Pagi tadi dapat whatsapp dari customer nak beli B Complex Shaklee COD ke Pengkalan Chepa. Jadi kakda terus bagitau encik suami petang ni nak ajak dia COD Shaklee sambil drop parcel Shaklee di Poslaju Pengkalan Chepa.
Dalam pukul 6 kami gerak dari Kedai Lalat. Sebelum tu singgah dulu rumah tok ma campak anak5. PKP kan mana bole gerak ramai-ramai. Mujur lah rumah tokma dalam 3 minit je kampung sebelah.hehe
COD Shaklee Pengkalan Chepa
Sambil COD Shaklee ke Pengkalan Chepa, sempat lah kakda singgah poslaju dulu untuk drop 3 parcel. Satu order ke Shah Alam, satu ke Kuala Lipis dan satu lagi ke Tuaran Sabah.

Yang bestnya sejak guna EasyParcel, proses pos jadi lebih mudah. Kakda paling tak suka nak beratur pos barang. Rasa rugi sangat masa menunggu giliran tu. Sebab tu kakda pilih Easyparcel. Kita boleh decide sendiri nak gunakan perkhidmatan kurier servis mana yang kita suka. Kita boleh compare harga sebelum pilih nak ambik yang mana.