10 Sunnah Ramadan, Perkongsian Daripada Dr. Zaharuddin

0

10 Sunnah Yang Harus Diamalkan Sepanjang Bulan Ramadan Bagi Merebut Pahala Berlipat Kali Ganda

Alhamdulillah hari ini dah masuk hari ke-empat semua umat islam seluruh dunia berpuasa. Kaum wanita agaknya kurang bermasalah untuk melalui hari-hari pertama dalam bulan Ramadan sebab dah biasa ganti puasa kan.

Tapi berbeza dengan kaum lelaki yang biasanya jarang berpuasa melainkan hanya ketika di bulan Ramadan sahaja. Jadi kakda rasa pasti agak sukar untuk mereka.hehe

Walauapapun, semoga Ramadan kita kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya. Jom tengok apakah 10 perkara sunnah yang boleh kita lakukan sepanjang bulan puasa.

1. Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

Niat puasa ada dua. Iaitu niat puasa sebulan dan niat puasa esok hari. Niat puasa sebulan hanya perlu dibaca sekali manakala niat puasa esok hari perlu diniatkan setiap malam.

2. Bersahur di akhir malam dan beribadah serta banyakkan istigfar.

Pastikan rebut kelebihan bersahur. Bersahur pula jangan terlalu awal. Sebaiknya lewatkan waktu sahur. Sebelum bersahur digalakkan untuk membuat ibadah lain seperti bersolat tahajjud dan banyakkan istigfar.

(Jika tak sempat masak atau terbangun lewat, minuman bertenaga seperti ESP dan Performance Drink pasti membantu anda. Kakda nasihatkan, pastikan sekurang-kurangnya anda ada setong ESP atau Performance Drink kat rumah untuk menghadapi masa-masa kecemasan macam ni. Okay!)

3. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

Banyakkan membaca al-quran di bulan Ramadan berbanding bulan yang lain.

4. Banyakkan doa semasa berpuasa dan fahami ertinya.

5. Memperbanyakkan doa ketika hampir berbuka.

Bagi mak-mak, biasanya jarang dapat kesempatan untuk berdoa semasa hampir berbuka kan. Sebab biasanya masa ni, kita akan makin kalut nak siapkan juadah berbuka.

Jadi, sebaiknya cuba rancang sebaiknya agar juadah sudah disiapkan lebih awal lebih kurang 30minit sebelum berbuka.

Dengan cara tu, kita ada peluang untuk fokus berdoa.

Walaubagaimanapun, sambil masak boleh jugak berdoa. Cuma mungkin kurang fokus dan ada doa yang kita tertinggal nak minta.

6. Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.

Jangan melewat-lewatkan waktu berbuka.

7. Berbuka dengan beberapa biji rutab (kurma basah) atau tamar (kurma kering)

8. Sedekah harta bagi juadah berbuka orang ramai.

9. Solat sunat terawih secara berjemaah.

10. Tahajjud di malam hari sebelum sahur atau selepas (sebelum fajar)

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge