3 Faktor Yang Mempengaruhi Tahap Kesuburan Wanita

0

Seperti yang kakDa janjikan di entry sebelum ini, sekarang kakDa nak kongsi secara ringkas apakah 3 faktor utama yang mempengaruhi tahap kesuburan sesorang wanita.

1. Faktor Gaya Hidup

Faktor yang pertama adalah gaya hidup. Gaya hidup seseorang wanita mempunyai banyak kaitan dengan tahap kesuburannya.

Bersenam, mendapatkan berat badan yang ideal, bijak mengawal stress serta tidak merokok merupakan antara amalan gaya hidup sihat yang mesti diamalkan oleh wanita yang ingin kekal subur.

Ingat lagi dulu, ada sorang member kakDa yang sukar hamil. Doktor berpesan kepada beliau untuk menukar cara hidup nya (lifestyle behavior). kakDa pun taktau apa yang tak kena dengan cara hidup yang dia amalkan. Setiap individu ada cara hidup tersendiri. Hanya kita je yang tau, cara hidup kita ok ka tak. Betul tak? Tak dan orang lain nak tolong perati jaga hidup sesorang. Kita bukan tuhan. Ye dak?hehe..

 

 

2. Faktor Persekitaran

Faktor persekitaran adalah seperti mengehadkan penggunaan bahan kimia berbahaya dan mengurangkan pendedahan terhadap toksik dan radiasi.

Setiap hari wanita terdedah kepada penggunaan bahan kimia berbahaya yang terdapat dirumah seperti produk pembersihan rumah, sabun basuh baju, sabun basuh pinggan serta alat kosmetik yang digunakan seharian.

Ramai yang tidak sedar dan tidak peka kepada situasi ini.

Jika anda tergolong dalam golongan wanita yang sukar hamil, pastikan anda pertimbangkan untuk menggantikan semua bahan pencuci di rumah dengan bahan pencuci yang lebih semulajadi dan bebas dari bahan kimia berbahaya.

Produk jagaan muka, sabun mandi mahupun syampoo juga perlu diambilkira. Bertukar lah kepada yang lebih selamat.

Jika anda kurang yakin benarkah penggunaan bahan kimia boleh menyukarkan anda untuk hamil, fikirkan semula. Kerana ini adalah antara usaha anda untuk mendapatkan zuriat.

Tidak rugi pun jika anda mencuba. Malah menggunakan bahan-bahan yang bebas bahan kimia berbahaya adalah lebih baik untuk tahap kesihatan anda keseluruhannya. Betul tak?

 

3. Faktor Pemakanan

Faktor pemakanan juga mempunyai impak yang sangat besar terhadap tahap kesuburan kita. Sangat banyak makanan diluar sana yang memberikan kesan buruk kepada kesihatan kita, lebih-lebih lagi ia turut mempengaruhi tahap kesuburan seseorang wanita.

Cuba amalkan pemakanan yang sihat.

Elakkan mengambil makanan yang mengundang kemudaratan seperti makanan proses, makanan sejuk beku, penambah perisa, makanan bergoreng terutamanya yang dibeli seperti pisang goreng kerana minyak yang digunakan berulang kali adalah sangat tak elok untuk kesihatan kita.

Sekali sekala mungkin tak mengapa. Cuma pastikan jarang-jarang sahaja.

Pemakanan yang tidak sihat bukan saja boleh menjejaskan tahap kesuburan, malah boleh menyebabkan penyakit-penyakit yang lebih berbahaya seperti kanser.

Lengkapkan badan kita dengan nutrisi seperti protien, vitamin C dan asid folik. Ianya boleh diambil secara semulajadi dari makanan yang kita makan dan boleh juga didapati melalui suplemen berasaskan bahan semulajadi seperti suplemen jenama Shaklee.

Semoga bermanfaat!

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge