4 Kelebihan Menggunakan MakeUp Remover Shaklee Terutamanya Untuk Kulit Jenis Sensitif

7

Kelebihan Menggunakan Makeup Remover.

Setiap hari kulit muka kita terdedah dengan pelbagai jenis kotoran. Kotoran yang datang bukan saja daripada solekan yang kita gunakan tetapi daripada persekitaran, air dan juga sentuhan.

Persekitaran kita terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran. Habuk dari kawasan pembinaan yang berdekatan, asap dari kenderaan malah udara kita sendiri kini semakin banyak bahan cemar yang terkandung didalamnya.

Air yang kita gunakan untuk berwuduk juga mengandungi bahan cemar. Air hujan yang terkena kat wajah juga mengandungi bahan cemar.

Sentuhan dari jari kita sendiri mempunyai bahan cemar. Sentuhan dari si manja juga tidak kurang tercemar.

Hakikatnya dalam kehidupan kita seharian, kita banyak terdedah kepada banyak pencemaran yang boleh menyebabkan liang-liang roma kulit muka kita tersumbat sekaligus menyebabkan masalah whitehead, blackhead dan jerawat.

Kenapa Kita Tak Nak Liang Roma Tersumbat?

Liang roma yang tersumbat akan menyebabkan pembentukan whitehead, blackhead dan juga jerawat.

Jadi untuk mengelakkan whitehead, blackhead dan jerawat, kita kena berusaha untuk menjaga kebersihan kulit muka kita.

Dan salah satu caranya adalah dengan menggunakan MakeUp Remover!

4 Keistimewaan Gentle MakeUp Remover NutriWhite

1. Biasa tak bila sentuh muka rasa kulit kasar dan ada biji-biji halus? 

Kalau ada anda wajib cuba pakai makeup remover Nutriwhite ni sebab ia berfungsi untuk melicinkan kulit. Lepas guna anda akan dapat rasakan perbezaannya. Di mana kulit muka akan rasa lebih licin dan lebih lembut. Ia juga membantu menyerikan wajah anda.

Penggunaan yang lebih lama pasti membuatkan kulit anda menjadi semakin baik.

2. Jika menggunakan Makeup Remover Nutriwhite Shaklee ini, anda dah tak perlu untuk membeli scrub muka.

Ini kerana salah satu bahan yang terkandung di dalam makeup remover ni iaitu Tunas Pokok Bic, ia akan membantu untuk membuang kulit mati di muka anda!

Anda hanya perlu mengambil sedikit makeup remover lebih kurang saiz sebiji kacang dan gosok perlahan-lahan sehingga keluar kotoran (macam daki pemadam pensil).

Tunas Pokok Bic bertindak lembut untuk menyingkirkan sel kulit mati dengan menyeluruh tanpa merosakkan kulit muka kita. Ia juga sangat sesuai untuk kulit jenis sensitif.

3. Aleo Vera juga termasuk dalam ramuan makeup remover shaklee ini. Ia akan memberikan rasa segar pada wajah dan membantu untuk menegangkan kulit wajah!

Caranya; Sebelum anda mengosok kulit muka (scrub), sapu makeup remover ke seluruh wajah dan biarkan selama beberapa minit.

Ia bertindak seperti masker dan membantu menegangkan kulit.

4. Makeup Remover Nutriwhite ini merupakan produk semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan kulit.

Malah ia turut menjalani saringan untuk lebih kurang 350 bahan cemar yang berkemungkinan terdapat di dalam bahan mentahnya semasa proses penanaman.

Setelah melepasi ujian saringan untuk 350 bahan cemar, barulah ia digunakan untuk membuat Gentle Action Makeup Remover Nutriwhite.

Kalau anda mempunyai jenis kulit sensitif, anda tak perlu risau. Ia amat sesuai dan selamat untuk anda.

Muka Dijamin Lebih Bersih

Dengan menggunakan Makeup Remover ini muka anda dijamin jauh lebih bersih hingga ke liang-liang roma.

Jika anda mempunyai masalah whitehead dan blackhead yang teruk, inilah masanya untuk menghilangkannya!

 

 

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Discussion7 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge