5 Faktor Ini Perlu Diambilkira Kalau Nak Dapat Anak Kembar

0

tips-mendapat-anak-kembar

Mendapat anak kembar selepas mengalami keguguran bukanlah sesuatu yang pernah kakDa bayangkan. Apatah lagi dengan mengetahui genetik kembar yang langsung tak mengalir dalam darah kakDa.
 

Meskipun begitu, keinginan untuk memiliki anak kembar sentiasa ada dalam kamus hidup kakDa. Sebelum berkahwin lagi (lebih tepat lagi sejak zaman muda remaja) keinginan kakDa untuk mendapat anak kembar suda membara. Pantang jumpa buah-buahan yang kembar, kakDa mesti nak makan. 

 
Biasanya buah pisang yang melekat dan kadang-kadang buah rambutan. Walaupun sering dimomokkan kalau makan pisang yang melekat, nanti akan dapat anak kembar siam. Tapi kakDa telan juga.haha 
 

Semasa makan pisang kembar, haruslah niat sokmo. Niat kakDa makan pisang tu supaya bila dah kahwin esok-esok, harapnya biar lekat anak kembar. Dari dulu lagi kakDa sokmo berdoa kalau dapat anak kembar, nak anak kembar tak seiras dan bukan kembar siam. Jadi bila Allah dah bagi tu, syukuurrr sangat. Alhamdulillah! (beriya nya nak anak kembar ^_^)
 
 

Alhamdulillah. Pada tanggal 17 Februari 2014, kakDa selamat melahirkan anak kembar tak seiras melalui pembedahan ceasarian di USAINS, USM Kubang Kerian yang kami namakan sebagai Ahmad Bin Azlan (1st twin) dan Muhamad Bin Azlan (2nd twin)

Jadi, jom kakDa kongsikan sedikit info atau tips bagi anda yang teringin nak dapat anak kembar. Baca 5 faktor yang boleh meningkatkan peluang anda untuk hamil kembar.
 
 

5 Faktor Yang Boleh Meningkatkan Peluang Anda Untuk Mendapat Anak Kembar.

 

1. Sejarah Keluarga Isteri

Cuba cek dalam susur galur sejarah keluarga belah kita (wanita/isteri), ada tak sape-sape yang ada anak kembar. Mungkin mak kita adalah kembar, atau mungkin kakak kita ada anak kembar. 

Kebarangkalian kita mendapat anak kembar lebih tinggi jika genetik itu dari belah kita (belah isteri) berbanding genetik dari belah suami.
 
 

2. GayaHidup (LifeStyle Behaviors)

tips-mendapat-anak-kembar-tak-seiras

Wanita yang suka makan makanan berprotein tinggi seperti gemar memakan stik dan minum susu fullcream adalah lebih berpotensi untuk mendapat anak kembar berbanding mereka yang vegetarian dan yang mengamalkan diet rendah lemak.
 
 

3. Bilangan Anak

petua-untuk-mendapatkan-anak-kembar

Dikatakan wanita yang mempunyai anak yang ramai adalah wanita yang subur. Wanita yang mudah hamil berdasarkan kehamilan lepas juga adalah wanita yang berpotensi tinggi untuk mendapat anak kembar.
 
 

4. Usia Yang Lebih Tua

Ovum wanita cenderung menghasilkan lebih dari satu telur apabila memasuki usia 30-40 an. Ini disebabkan ovum wanita berkerja dan berfungsi agak berbeza pada fasa ini. Ia cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu telur setiap bulan. 
 
 

5. Membuat Rawatan Kesuburan (IVF)

rawatan-ivf-salah-satu-cara-dapatkan-anak-kembar

Menjalani rawatan kesuburan seperti IVF (In Vitro Fertilization) juga dikatakan adalah salah satu cara untuk mendapatkan anak kembar. IVF merupakan salah satu rawatan kesuburan bagi mereka yang mempunyai masalah sukar hamil.

Semoga sedikit info yang kakDa share ini dapat memberikan manfaat kepada rakan-rakan diluar sana. Jangan lupa share jika anda merasakan ianya bermanfaat untuk sahabat yang lain. Salam.. ^_^.
 
sumber

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge