Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

YOUTH Skincare

Kongsi Pengalaman Besarkan Anak Kembar

Intai Si Kembar

Pengalaman Travel & Tips Menarik

Kakda Go Travel

Whitehead

5 Pantang Larang Jika Nak Makan Set Hilangkan Whitehead Dan Blackhead

Pantang Larang Makan Produk Shaklee Untuk Whitehead Dan Blackhead.

“Kalau period, boleh makan tak set ni kak?”

“Ada pantang larang tak kalau nak makan produk shaklee?”

Kalau period, semua vitamin dan makanan tambahan Shaklee boleh dimakan. Jangan risau.

Tapi bab pantang larang tu memang ada. Meh kakda bagitau.

1. Kena Konsisten Makan Suplemen

Kalau dah beli fullset produk untuk hilangkan whitehead dan blackhead, pantang larang dia adalah tak boleh skip-skip makan. Makan dengan konsisten.

Cara pengambilan yang kakda dah ajar tu, pastikan ikut ya. Jangan pandai-pandai kurangkan dos.

Sebab apa? Sebab berbahaya untuk kesihatan ka kakda?

Dok pun. Tapi sebab ia akan jadi punca set ni tak berkesan seperti yang sepatutnya. (Tak adil lah kalau ada yang kata ‘tak jadi pun makan shaklee’ padahal ko sendiri makan tak betul).

2. Amalkan sekurang-kurangnya 3 bulan.

Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, amalkan produk untuk whitehead ni sekurang-kurangnya 3 hingga ke 6 bulan.

Pantang larang kedua ni, tak boleh nak hasil yang cepat. Shaklee bukan produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya tau.

Tiap tahun Shaklee belanjakan sekitar RM250Juta untuk kajian klinikal, research and development(R&D) setiap produk-produknya.

Dan juga lebih 100,000 ujian kualiti dibuat setiap tahun untuk memastikan kualiti produknya berada pada tahap terbaik.

Bagi peluang sistem dalaman badan kita untuk membuat pembaikan apa-apa yang patut.

Anggap macam ni lah, whitehead dah bertapak bertahun kat muka kita kan, jadi sudah tentu ia akan mengambil masa untuk hilang.

Bagi lah peluang untuk badan kita repair apa yang patut. Okay?

3. Jaga Pemakanan

Selain mengambil suplemen, jaga pemakanan.

Elakkan makanan-makanan yang boleh menyebabkan whitehead tambah banyak. Antaranya kerap mengambil makanan yang berminyak dan produk tenusu.

Banyakkan makanan yang kaya dengan serat seperti buah dan sayur. Sebenarnya pemakanan kita sangat berkait rapat dengan whitehead dan blackhead ni.

Kalau tak percaya, cuba ubah apa yang biasa kita makan. Pasti ada kelainan. Cubalah!

4. Kerap Mengambil Air Kosong

Bab air kosong ni patut dah tak payah sentuh.

Naik bernanah telinga dengar cerita pasal air kosong.hahah!

Rumusnya begini, 25kg berat badan kena minum 1 liter air.

So kalau berat 50kg, silalah minum 2 liter air setiap hari. Kalau berat lagi, sila kira sendiri.

Tak payah congak, tekan je kalkulator!haha

25 kg = 1 liter air

x kg = y liter air

Jika x = 60kg , maka 25y =60 liter ,

Oleh itu y = 2.4 Liter air.

Boleh tak anak-anak? Ada soalan tanya ya..hehe

5. Jangan Sentuh

Iyaa.. jangan disentuh kulit muka mu itu sayang ku.

Jari kita ni macam-macam ada. Bukan takat ada sisa makanan, tapi juga ada bakteria jahat.

Makin kerap kita sentuh kulit muka, makin mudah bakteria tersebar ke seluruh wajah.

Kakda memang perasan bab ni. Kadang blackhead tu bukan besar pun, kalau pakai kanta baru nampak.

Tapi sebab gatal tangan. P kacau sikit jaa, dah nampak beza. Dah nampak merah. Dah tinggal bekas. Aduuhh..

Makin banyak lah whitehead, jerawat dan blackhead.

Paling penting, takut lekat parut!

Whitehead senang je nak hilang lagi-lagi kalau guna Makeup Remover Nutriwhite yang dah tak jual tu, tapi parut akan mengambil masa.

Melainkan kalau memang konsisten gila-gila minum ESP dengan makan Vitamin C, inshaaAllah memang laju lah pudar parut tu. Tapi jarang-jarang manusia je yang konsisten makan 2 benda tu.

Yang ramai, beli dan minum seminggu straight. Pastu tinggal. Bosan katanya. haha!

Iya.. begitulah.

Penutup

Wahh, posting kali ni siap ada tajuk untuk penutup.haha

Untuk penutup, inilah dia 5 pantang larang kalau nak makan suplemen shaklee untuk atasi whitehead dan blackhead.

Bukan takat telan makan harini, esok dah hilang whitehead tu.

Tapi kena ada kesungguhan, sabar dan konistensi. Gituwww.. baru lah akan rasa perubahannya tu. Okay?Bye.

Previous Post Next Post

You may also like

Leave a comment

Leave a Reply

CommentLuv badge