6 Bahan Yang Boleh Dijumpai Di Dapur Rumah Kita Ini Mampu Mencantikan Kulit Muka – Malah Sangat Selamat!
Siapa yang tak suka bila kulit muka cantik, bersih dan licin kan? Kakda pun sama. Apatah lagi kalau kita bukanlah orang yang pakar dengan hal berkaitan kecantikan.
Sedangkan nak masuk kedai alat mekap pun boleh blurr nak beli apa tapi still masuk juga sebab ada rasa nak cantik macam orang lain. Betul tak?heheh..
Biasanya tahap kecantikkan kulit muka kita bergantung kepada apa rutin penjagaan muka yang biasa kita buat. Ada pendapat mengatakan kalau setakat cuci, toner dan lembap, itu saja konfem tidak mencukupi!
Jadi disini kakda nak share 6 petua atau tips yang mudah untuk mencantikkan kulit muka. Apa yang membuatkan ia lebih menarik ialah bahan-bahan yang diperlukan konfem ada dapur rumah kita! Senang je kan? ^_^
1. LEMON
Ok lah.. tak semua rumah ada lemon. Kakda tau.. sebab dapur kakda pun kadang-kadang je ada.hahah.. tapi kalau betul boleh cantikkan kulit, apa salahnya beli sebiji dua di Tesco. Kan?heeeee…
Harga sebiji lemon biasanya dalam RM1.++ tak akan sampai lah RM2. So cukup murah kan?
Cara-caranya:
Untuk Melembapkan Kulit Muka;
- Sapukan jus lemon yang segar ke seluruh muka dan leher. Biarkan 10 minit. Setelah cukup 10minit, bilas muka dan leher dengan air suam. Kemudian, ambil beberapa hiris timun, dan gosokkan keseluruh wajah. Lakukan setiap hari. Rutin ini boleh membantu melembapkan dan melembutkan kulit muka.
- Satu cara lagi, anda boleh juga campurkan jus lemon dengan 1 atau 2 sudu besar madu. Sapukan ke seluruh wajah dan biarkan selama 15 ke 20 minit kemudian bilas.
Untuk Buang Kulit Mati Dan Muka Glowing;
- Campurkan 2 sudu besar perahan jus lemon dengan 2 sudu besar gula.
- Sapukan ke seluruh muka, leher dan tangan.
- Gosok secara lembut dengan gerakan membulat.
- Kemudian biarkan selama 10 minit.
- Bilas dengan air suam
Amalkan rutin ni sekali seminggu untuk dapatkan kulit wajah yang glowing.
2. Kunyit
Biasanya kita guna kunyit untuk masak je kan? Nak goreng ikan, masak daging goreng kunyit dan macam-macam lagi.
Apa kata kali ni, kita guna serbuk kunyit ni untuk cantikkan kulit muka pula.
Cara-caranya:
Untuk Pudarkan Jeragat;
- Campurkan 1 sudu besar serbuk kunyit bersama jus buah nenas (secukupnya).
- Sapu bancuhan serbuk kunyit + Jus nenas tadi ke muka dan leher.
- Biarkan sehingga ia kering.
- Bilas dengan air suam
Ulang 2 ke 3 kali seminggu untuk kesan terbaik memudarkan jeragat.
Untuk Hilangkan Parut Jerawat;
- Campurkan serbuk kunyit + tepung kacang kuda (gram flour) + air atau susu.
- Sapukan ke seluruh wajah dan leher
- Biarkan sehingga kering kemudian bilas dengan air suam.
- Sambil bilas, urut muka dengan gerakan membulat.
Lakukan rutin ini seminggu sekali untuk mencerahkan tona kulit dan menghilangkan parut/parut jerawat.
3. Madu
Madu ni kalau bancuh dengan Performance Drink pastu buh ais batu pulak rasa dia tu mak aiiihhh… sedapnyaa!! ^_^
Bulan-bulan puasa ni, sangat lah heaven kalau air honey+PD+batu mengalir di anak tekak kakda.haha..
Okay..okay..
Korang tau tak madu ni sangat bagus untuk melembapkan kulit? Selain tu ia juga bersifat antibakteria tau!
Cara-caranya:
Nak Bagi Kulit Moist;
- Ambik je madu dari bekas.
- Sapu kat muka dan biar sehingga kering.
- Jangan sesekali keluarkan lidah, kang tak pasal-pasal terbatal puasa ko kang! ^_^ (okay gurau!heheh)
- Dah kering tu, boleh lah bilas dengan air suam.
Rutin ni akan buatkan kulit muka jadi lembut dan lembap.
4. Aloe Vera
Orang kampung kakda panggil pokok Lidah Buaya. Hat ni pun memang dah tersohor banyak kebaikannya untuk kulit.
Ia mengandungi antibakteria yang boleh membunuh bakteria yang menyebabkan masalah jerawat, boleh mengurangkan rasa gatal akibat radang atau jerawat di muka dan mampu menyembuhkan parut.
Cara-caranya:
- Ambik je beberapa batang Aloe Vera dan kopekkan sampai nampak isi kat dalam.
- Sapu je direct kat seluruh muka.
- Tunggu sehingga kering barulah bilas dengan air suam.
Lakukan rutin ni setiap hari untuk kesan terbaik.
5. Baking Soda
Sejak kenal benda bernama baking soda ni, rasanya ia adalah satu bahan yang sangat banyak kegunaan.
Selain digunakan untuk kek dan pastri, ada juga tips kakda baca ia boleh membersihkan lantai rumah malah kotoran lain juga.
Baking soda bantu mengekalkan pH kulit kita. Bila pH balance, kulit jadi cantik.
Ia juga bersifat anti-septik dan anti-radang menjadkan ia sesuai untuk membantu masalah berkaitan jerawat dan jeragat.
Cara-caranya:
- Bancuh 1 sudu teh serbuk baking powder bersama 1 sudu teh air biasa atau jus lemon.
- Gosok muka menggunakan campuran tadi untuk membuang kulit mati.
- Setelah itu bilas muka menggunakan air suam.
- Lap muka dengan tuala bersih.
Lakukan rutin ini dua atau tiga kali seminggu.
6. Timun
Timun ni sedap kalau makan dengan budu. Tapi bukan buah timun tau, jangan salah faham. Sayur timun! Kalau buah timun tu dah jadi buah tembikai!hahah
Kakda tak tau orang negeri lain panggil tembikai = buah timun, tapi rakyat Kelantan memang panggil macam tu.
Timun sangat sinonim dengan kecantikkan. Selalu tengok orang letak timun kat mata. Kan?
Rupanya timun ni sangat bagus untuk membuang kulit mati, memperbaiki sel kulit yang rosak dan buat muka jadi fresh!
Cara-caranya:
- Hiris timun membulat, macam biasa lah.
- Sebelum tidur gosok timun hiris tadi ke seluruh muka. Biarkan semalaman.
- Esok baru bilas.
sumber
Sekian petua kecantikan dari kakda. Jom lah kita sama-sama amalkan petua-petua ni untuk dapatkan kulit yang cantik. Jangan malas-malas kalau nak cantik! ^_^
Pkai bahan semulajadi untuk kecantikan
waaaa.info yg sangat berguna.teruskan berkongsi benda baik
Wah bgus ni..sangat semulajadi..terima kasih tipsnya
Wah.. boleh godek-godek dalam dapur lepas ni cari bahan
Solehah Khidir recently posted…Rahsia Bagaimana Wanita Ini Hilangkan Keputihan Tidak Sampai Sebulan
Senangnya. Tak perlu keluarkan belanja besar nak atasi masalah kulit muka.
Tip ni bagus, senang nak praktik. Pokok lidah buaya banyak tanam kat rumah saya. Lepas ni boleh buat selalu.. 🙂
AyuRosman recently posted…Cara Membantu Mengatasi Masalah Gout Dengan Berkesan
Tips yang sangat bagus untuk cantikkan kulit,tq share
Sama-sama Akak Comel. ^_^
barang-barang nya semua ada di rumah je…
mudah je nak cantik. YAng penting, effort 😀
Rajin dengan tak je.hihi..
Saya pernah cuba yang aloe vera dan timun tu. Rasa best jeee sebab 2 bahan tu sejuk tapi macam biasa tak konsisten dengan petua semulajadi ni sebab malas hihi
Hahah..memang susah kan nak cantik. Nak konsisten tu lagi lah susah. Kena berkorban. Beauty is pain gituu.hehe
KakDa recently posted…Bersalin Di HUSM 2018 | Part 3
Nak tanya kakda. Kalau guna kunyit tu apply kat muka tak jadi kuning ke nanti? Risau pulak 😅
Hai Cik Jaja. Haa.. tulah masalahnya. Memang kuning pun.hehe
Susah-susah pakai je Youth Skincare, memang best. Whitehead, jerawat makin jarang naik. Kulit muka jadi halus,parut pun cepat hilang.
Kalau nak campurkan elovera skali dgn madu x blh ke??
Tak sure la sis. Boleh cuba dalam kuantiti yg sikit. Try sapu sikit2 dulu tengok sesuai tak dgn kulit kita. Sbb walaupun guna bahan semulajadi, ada sstgh bahan sensitif dgn kulit kita.
Paling senang terus guna skincare natural yang suda dikaji keberkesanannya dan kesannya terhadap kulit. dan 100% bebas dr bahan kimia berbahaya. youth Skincare. Memang best sis 😊