7 Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebaik Mengetahui Anda Sedang Mengandung Kembar

0

Apa yang perlu dilakukan sebaik mengetahui yang anda sedang mengandung kembar? Memandangkan ini adalah pengalaman pertama anda mengandung kembar, mungkin anda tidak mempunyai idea apa yang harus dan wajar anda lakukan seterusnya.

7-perkara-yang-anda-harus-lakukan-sebaik-mengetahui-yang-anda-sedang-mengandung-kembar

Bagi anda yang sudah berpengalaman melahirkan anak sebelum ini, mungkin tidak begitu kekok. Namun, bagaimana pula dengan anda yang baru pertama kali mengandung dan kehamilan pertama anda ini adalah kembar?

 

KakDa sendiri sudah berpengalaman dua kali melahirkan anak sebelum mengandungkan sikembar. Anak pertama dilahirkan secara pembedahan disebabkan masalah fetal distress, anak kedua pula dilahirkan secara normal.

 

Meskipun sudah mempunyai dua orang anak semasa melahirkan sikembar, kakDa masih rasa tertekan semasa membesarkan sikembar bersama-sama dua anak yang masih kecil ketika itu. Semasa sikembar lahir, yang sulung baru berumur 3 tahun 6 bulan dan anak yang kedua lagi seminggu nak masuk 2tahun.

 

Berdasarkan pengalaman kakDa yang tak seberapa ni, suka kakDa kongsikan sedikit tips dengan rakan mommies yang bakal menyambut kelahiran bayi kembar dalam keluarga. Tidak bermaksud apa yang kakDa katakan ini tepat, kakDa cuma ingin memberikan sedikit idea dan gambaran kepada ibu diluar sana agar “perjalanan” anda lebih mudah. InshaaAllah.

 

7 Perkara Yang Anda Harus Lakukan Sebaik Mengetahui Yang Anda Sedang Mengandung Kembar.

1. Cuba belajar dan fahami serba sedikit jenis kandungan yang sedang anda kandung. Kehamilan kembar ada beberapa jenis dan mempunyai tahap risiko yang berbeza. kakDa mengandung DCDA twins (Dichorionic Diamniotic).

 

Perlu untuk belajar serba sedikit untuk mengetahui apakah risiko-risiko yang mungkin bakal kita hadapi.

jenis-jenis-kembar

2. Jika kehamilan anda ini bukan kehamilan pertama, anda pasti letih sepanjang mengandung kerana perlu menjaga dan menguruskan suami serta anak-anak yang lain. Jaga pemakanan anda.

 

Pastikan ambil supplemen yang bersesuaian dan selamat untuk dimakan bagi membantu anda untuk kekal sihat dan bertenaga. Juga bagi memastikan bayi-bayi anda sihat dan membesar dengan baik.

 

3. Sertai kumpulan sokongan kembar di Facebook. Antaranya ialah group DiAnugerahkan Kembar dan Kelab Kembar Malaysia. Tujuan kita untuk sertai grup macam ni adalah supaya nanti mudah berkongsi pengalaman, bertanya tips dan meminta pendapat kalau ada apa-apa masalah.

 

Hanya ibu yang mengandung kembar sahaja faham apa yang ibu mengandung kembar yang lain lalui.

support-group-kembar

Kalau anda rasa sakit, jangan risau, kami pun faham rasa sakitnya tu macam mana. Kalau anda stress, jangan risau, kami pun faham tahap stressnya tu macam mana. ^_^

 

4. Melahirkan dua bayi serentak merupakan momen yang sangat dinanti-nantikan. Ia sesuatu yang menggembirakan tetapi ia juga bermaksud kos yang perlu ditanggung adalah lebih banyak berbanding melahirkan seorang bayi.

 

Jika sebelum ini anda sudah biasa melahirkan anak di hospital swasta, mesti anda tidak akan selesa untuk bersalin di hospital kerajaan. Dan sudah tentu untuk kelahiran kali ini kos untuk bersalin di hospital swasta lebih mahal kerana ianya adalah bayi kembar.

 

kakDa dulu bersalin di Usains USM Kubang Kerian dengan Prof.Nik Zaki atas cadangan dan khidmat nasihat Dr Suzy dari TMC. Semasa kelahiran pertama dan kedua dulu, kakDa bersalin di KBMC Kota Bharu dengan Dr Suzy, atas sebab itulah kakDa minta nasihat beliau untuk kelahiran sikembar.
Persediaan dari segi kewangan perlu difikirkan lebih awal. Selain kos untuk bersalin, kita juga perlu consider keperluan lain yang perlu dibeli.

pre-loved-kembarSebelum membeli keperluan bayi kembar anda, cuba intai group Jual Beli Keperluan Kembar kat Facebook. Banyak barang keperluan anak kembar yang nak di let go kat sana. Bukan setakat yang 2nd hand, barang baru pun ada. Jadi anda dah boleh jimat dah kat sini.

 

5. Bersedia lebih awal menyiapkan barang keperluan hospital sikembar. Kebanyakan bayi kembar akan lahir lebih awal daripada jangkaan.

 

Dan sekiranya anda dibedah, anda akan tinggal lebih lama di hospital iaitu sekurang-kurangnya 3 malam. Jadi sila siapkan keperluan sikembar untuk tempoh itu dan tidak lupa juga barang keperluan anda.

 

Dan pastikan anda juga suda memberitahu ahli keluarga yang lain untuk bersedia membantu menjaga anak-anak yang lain (jika ada) sepanjang anda berada di hospital.

 

6. Bagi ibu yang bekerja, anda mungkin tak perlu risau untuk menjaga sikembar kerana sudah pasti semasa anda di tempat kerja, sikembar akan dihantar ke pusat asuhan.

 

Namun jika anda tidak bekerja, anda perlu berbincang dengan suami kebarangkalian sukarnya untuk menjaga anak-anak yang masih kecil seorang diri.

Ingat! Anda juga perlu masa untuk diri sendiri (Me Time) bagi mengelakkan stress. Jika perlu, upahlah seorang pembantu.

 

Atau macam yang kakDa buat, kakDa hantar sikembar ke rumah pengasuh tapi hantar secara bergilir-gilir. Rumah pengasuh tu jiran selang 3 rumah je. Tapi disebabkan kakDa kena jaga anak yang nombor dua sekali, sukarnya Ya Allah, terpaksa buat macam tu.

20140806_091749

Bayangkan lah masa kita kena tumpu pada sikembar terutamanya masa menyusukan sikembar, si kakak tadi nak mama, nangis-nangis nak mama layan dia. Yelah dia pun nak berteman juga.

 

Dan-dan je sikembar dah tido, kakak pula nangis dengan volume paling kuat. Bangun pulokk doh sikembar. Mama nak ke tandas pun duk tangguh sokmo. T_T

 

Mana nak masak lagi untuk suami dan semua yang ada kat rumah mentua. Nak mengemas lagi, basuh baju, sidai, basuh pinggan yang banyak. Sapu lantai.fuhhh..hahaha.

 

Banyak lagi nak cerita tentang rutin kehidupan kakDa sebenarnya yang tinggal dengan keluarga mentua. Banyak sangat ujian dan dugaan. Memang tertekan. Sebab tulah lebih baik tinggal berasingan, tapi kalau tak mampu juga, banyak kan je bersabar. Dan cuba cari jalan penyelesaian macam kakDa buat ni hah.hahaha

20140412_134730

Benda ni berulang setiap hari. Lama-lama kakDa jadi stress. Tiap hari mesti ada je keadaan yang akan buat kakDa stress sampai menangis-nangis tau.

 

Stress dengan keadaan yang macam tu, stress sebab takde masa untuk diri sendiri, stress nak struggle bagi susu badan pada sikembar. Stress bila fikir apa kesan kat anak yang dah besar bila hari-hari tengok mama dia nangis. Stress takut mentua fikir apa. Macam-macam la. Biasa lah orang pompuann..huhu

 

Sebab tu kakDa buat macam tu. Upah pengasuh tapi hantar kembar bergilir ikut hari. Sebenarnya ikutkan hati kakDa, memang rasa bersalah sangat pada sikembar sebab asing-asingkan macam tu (stress lagi T_T). Rasa down. Sebab rasa tak dapat jadi ibu yang terbaik. Tapi kakDa redha je. Sorry anak-anak.huhu

 

7. Jika anda berniat untuk memberikan susu ibu sepenuhnya kepada bayi kembar yang bakal lahir nanti, jangan lupa untuk belajar teknik penyusuan untuk anak kembar.
Ada pelbagai posisi yang memudahkan proses penyusuan sikembar. Pastikan anda susukan sikembar serentak. Supaya bila sikembar tidur serentak, bermain serentak, menyusu serentak, anda sebenarnya sedang memberikan masa untuk diri anda sendiri.

posisi-untuk-menyusukan-anak-kembar

Kebanyakan posisi yang ada dalam rajah kat atas ni kakDa guna masa sikembar masih bayi lagi. Bila dah makin besar, inshaaAllah kita secara automatik akan buat posisi-posisi yang lebih kretif mengikut keselesaan anak dan ibu sendiri.

 

Bila sikembar dah tidur atau sibuk bermain, pastikan anda cepat-cepat menguruskan diri, makan, minum. Dan jika sempat, tidur lah masa sikembar tengah tidur. Anda juga perlu berehat.

 

Sekian 7 tips dari kakDa. Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk-buruk jangan ikut datangnya dari kakDa sendiri. InShaAllah, kakDa yakin, korang boleh buat jauh lebih baik dari kakDa. Semoga dipermudahkan urusan bakal mommy twin. aminn.

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge