Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

KECANTIKAN

Set Kesihatan Shaklee

KESIHATAN

Resepi, Travel, Our Story

MY PRECIOUS LIFE

KECANTIKAN YOUTH Skincare

7 Rutin Harian Ini Bantu Hilangkan Whitehead Dan Blackhead Di Hidung Dan Muka

Tips Buang Whitehead Dan Blackhead Paling Mudah.

Nak hilangkan whitehead bukannya mudah. Kalau mudah, takdok lah orang google cara mudah hilangkan whitehead. kan?hehe

Umumnya punca whitehead dan blackhead ni disebabkan oleh masalah liang pori yang tersumbat akibat kotoron, minyak yang berlebihan dan tersumbat dengan sel-sel kulit mati.

Sebenarnya tips paling mudah nak hilangkan whitehead ni adalah dengan cara biarkan je. Let it be gitu..Tak soh kosek ore kelate kata. Sama lah juga dengan blackhead.

Apa Beza Whitehead Dan Blackhead?

Tapi siapa lah yang tergamak nak biarkan saja macam tu kan?

Mestilah tak! Konfem jari jemari akan korek dan cuba juga ikhtiarkan bagi benda tu keluar. End up koho banyak dan lekat parut. Masalah lain pula. haha!

7 Petua Hilangkan Whitehead

Tak kisah lah whitehead tu di hidung, di pipi, di dahi ataupun di dagu, korang boleh cuba petua simple ni.

Kakda tahu ia nampak simple. Tapi sebenarnya 8 tips inilah perkara asas untuk mengelakkan whitehead, blackhead dan jerawat.

Ok jom kita cek satu persatu.

1. Basuh Muka Bersih-bersih

Biasanya kita amalkan basuh muka dengan pencuci muka 2 kali sehari kan.

Untuk kaum lelaki, kalau tak pakai pencuci muka, masa ambil wuduk tu basuh lah bersih-bersih sikit. Sebelum ambik wuduk, basuh dulu. Bagi hilang minyak-minyak dan kotoran yang melekat kat muka.

Dah rasa agak bersih baru start ambik wuduk. Sama juga masa mandi. Basuh muka bersih-bersih ya.

Kalau yang perempuan pula, nak jalan tu bawa sekali pencuci muka. Walaupun period, still kena cuci muka kalau berjalan.

Masa kawan yang lain solat atau pakwe (wow dah lama tak guna perkataan pakwe.hahah) atau suami tersayang singgah solat, ambik kesempatan untuk refresh balik kulit. Cuci muka pastu buh la BB Cream atau Foundation yang baru.

Mekap balik. Muka pun lebih cantik dan you’ll ook fresh gitu! (Ko mesti suka kan?)haa..buat!

Foundation, bedak, BB Cream, EE Cream dan semua produk kosmetik tu merupakan punca utama Whitehead di kalangan kita kaum wanita.

Jadi kena ingat. Rajin-rajin bersihkan muka ya anak-anak.hehe

2. Air Suam

Pernah tak korang cuba basuh muka dengan air suam?

Masa cuci muka basahkan muka dengan air suam terlebih dahulu. Tujuannya untuk buka pori-pori muka.

Lepas tu cuci muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit kita.

Nak tahu tak pencuci muka yang sesuai untuk semua jenis kulit muka, tak kisah kulit berminyak, kering atau sensitif? Haa.. kakda kongsi kat sini. Baca jangan tak baca. Tak baca rugi!

Pencuci muka ni yang kakda rasa paling best dan paling menjadi untuk hilangkan Whitehead.

Dengan harapan semua kotoron, minyak dan sel kulit mati yang melekat di dalam liang pori kulit muka dapat dinyahkan. Kemudian bilas dengan air suam.

Dah bersih baru bilas sekali lagi dengan air sejuk untuk tutup balik pori muka. Siap!

3. Skrub Muka

Selain cuci muka dengan pencuci muka yang best, skrub muka pun penting.

 

Pilih skrub muka terbaik. Jangan gosok kasar-kasar sangat masa skrubkan muka. Lembut-lembut je tau. Berhemah dan penuh dengan kesopanan gitu.haha

Ini untuk mengelakkan kulit muka menjadi rengsa which is kulit jadi panas, gatal dan boleh naik ruam.huhu

Kalau taktau pilih skrub muka yang molek, baik buat sendiri je kat rumah. DIY Face Scrub

** Kakda nak kongsi cara kakda tanggalkan sel-sel kulit mati dan buang kotoran yang duk dalam liang pori.

Percaya tak, kakda just guna Toner je. Toner yang kakda guna best sangat tau. Sebab toner ni tak pedihkan muka malah dapat tanggalkan semua kotoran kat muka termasuk sel kulit mati. Buktinya, tiap kali lepas cuci muka dengan pencuci muka, sapu toner, still kapas jadi kaler coklat tau! Nampak kan, cuci muka saja sebenarnya tak cukup.

Memang puas hati sangat, sebab sejak pakai toner dan pencuci muka sekali, whitehead kakda memang almost hilang! Percaya tak? Kalau tak percaya memang rugi ah!haha..)

Klik sini kalau nak tahu skincare apa yang kakda guna tu.

4. Exfoliating / Pengelupasan

Exfoliate atau melakukan proses pengelupasan kulit penting untuk membuang sel-sel kulit mati yang buat liang pori tersumbat.

Tak perlu buat setiap hari. Cukup sekali seminggu.

Jika dibuat terlalu kerap, ia akan memburukkan lagi keadaan kulit dimana kulit akan merengsa dan jerawat pula lebih mudah naik.

5. Cuci Rambut

Jangan tak tahu, rambut yang kotor dan berminyak boleh menyebabkan liang pori tersumbat.

Terutamanya untuk rambut yang panjang. Minyak dari rambut boleh mendatangkan banyak masalah kepada kulit wajah termasuk lah masalah jerawat dan whitehead.

Cuci lah bersih-bersih terutamanya untuk mereka yang kerap memakai tudung kerana sering berada di luar.

Kalau macam kakda yang kebanyakan masa duduk di dalam rumah bak orang berpantang bersalin ni kita kira sebagai kes terpencil!haha!

Kenali 8 Punca Muka Banyak Whitehead Dan Blackhead – Susah Pula Nak Hilang

6. Minyak Rambut

Masih ramai kah yang suka pakai minyak rambut?

Kalau wanita mugkin jarang kot sebab kita kan bertudung.

Tapi bagi lelaki yang suka pakai minyak rambut, gel rambut dan apa-apa saja produk yang berkaitan dengan rambut, sila elakkannya dari terkena kulit muka.

Suami kakda is kes terpencil dalam isu ini sebab memang dia tak pakai minyak rambut. Tadi kakda. Kali ni giliran dia pulak! unik kan kami? hahah!

7. Gajet Bersih

Pastikan apa-apa saja gajet atau alat atau barang yang kerap bersentuhan dengan kulit muka kita sentiasa bersih.

Paling kerap rasanya adalah smartphone kita, bantal, selimut, cadar dan spek mata.

Usahakan agar semua benda-benda ni bersih daripada minyak-minyak, kotoran dan bakteria.

Sekian tips simple dari kakda. Benda biasa yang kita sering terlepas pandang.

Anda mungkin nak cuba ini;

YOUTH Skincare | Bebas 1500 Jenis Bahan Kimia Berbahaya Ini Terbukti Buat Whitehead & Blackhead Terus Hilang!

Set Whitehead Dan Blackhead – Hilangkan Bintik Putih Dan Hitam Di Hidung Dan Kulit Muka Dari Dalam

 

Previous Post Next Post

You may also like

2 Comments

  • Reply Nur

    Salam akak, macam mana nak dapatkan produk nutriwhite tu? Ada jual kat mana ?

    July 7, 2018 at 8:50 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.