7 Tips Dan Item Wajib Bawa Semasa Travel Ke Jakarta Bandung

0

Tips Dan Item Wajib Bawa Semasa Bercuti Ke Jakarta Bandung

Ada beberapa tips yang kakda nak sampaikan khas untuk anda yang nak travel ke Jakarta-Bandung berdasarkan pengalaman kakda tahun lepas.

Walau bagaimanapun, tips ini hanyalah tips. Mungkin tidak sesuai untuk sesetengah orang. Bagi yang rasa ianya bermanfaat, alhamdulillah.

1. Beli Tiket AirAsia Promo KL-Jakarta

Kalau korang bercadang untuk ke Bandung, sila cari tiket AirAsia Promo ke Jakarta. Tiket ke Jakarta sebenarnya jauh lebih murah. Sekitar RM40/way boleh dapat. Sedang tiket KL-Bandung, setakat ni kakda pernah jumpa paling murah pun RM90/way.

Jakarta dan Bandung jarak 3 jam. Sambil kenal Bandung, boleh kenal Jakarta sekali.

Kalau rajin boleh beli tiket balik dari Jakarta. Tapi kalau dah malas nak patah balik, beli je la Bandung-KL walaupun lebih mahal.haha

2. Supplemen Shaklee sentiasa bawa masa travel.

Bagi kakda, travel memerlukan tubuh badan yang sihat. Kalau sakit, walaupun setakat selesma dan batuk, ianya pasti mengganggu percutian kita.

Seminggu sebelum bertolak kakda dah sedia untuk boost immune system kakda. Caranya adalah dengan menjaga makan dan mengambil suplemen secara konsisten dan extra.

Bukan apa, biasanya kakda ni pandai skip-skip juga ambil supplemen.hehe

Tapi sebelum bercuti, memang kakda akan jaga sungguh. Contohnya kakda akan ambil Sustained Release Vita-C secara extra lebih kurang 4 biji sehari, minum ESP, kurangkan makan manis dan banyakkan minum air kosong.
Exercise sedikit untuk bagi loose sendi-sendi.Kot lah kena jalan banyak kan nanti. hahah

Masa travel 3 item ni wajib kakda bawak.

  • B Kompleks untuk bagi tenaga dan elakkan sakit urat. Suami kakda mudah sakit urat, wajib makan B Kompleks tiap pagi. Kakda pun makan jugak untuk tenaga extra!hehe
  • Vitamin C untuk elak sakit. Masa travel ni, cuaca di tempat orang dan environmentnya baru. Kita tak tau macam mana badan kita berkerja untuk protect diri dari terkena jangkitan virus dari orang sekeliling. Jadi vitamin C is a MUST. Penting untuk sistem pertahanan tubuh kita.
  • Ostematrix untuk elakkan kaki kejang masa tidur malam. Yelah siang ko dah jalan banyak, panjat sana panjat sini, malam biasanya memang akan cramp. Makan oste untuk elak sakit betis, bagi rehat otot-otot. Supaya bangun esok hati manyak senang dan hepi.Yeayy.hahah

Ada banyak lagi supplemen shaklee yang kakda bawak. Mestilah sebab kakda is hantu shaklee. Semua kakda suka.haha.

Tapi untuk korang yang jarang-jarang je nak makan supplemen, tiga item ni adalah the best ever! Jangan lupa bawak bersama jika tak mau kenangan bercuti anda menjadi sesuatu yang menyedihkan.huhu

3. Travel Insurance

Boleh amik yang travel insuran AirAsia (AA). Tapi boleh jugak ambik insuran lain yang banyak di pasaran. Biasanya travel insuran ni tak mahal mana.

Masa g sini, kakda ambik AA punya insurance. Masa ke Osaka bulan September lepas kakda ambik AXA Insurance. Harga Premium AXA Insurance untuk couple lebih kurang RM52.

4. Ubat-ubatan

Selain supplemen, perlu juga standby ubat-ubatan untuk masa-masa kecemasan. Biasanya ubat yang perlu dibawa ialah;

5. Kutip Duit Makan

Jika bercuti dengan kawan-kawan atau lebih dari 1 family, sebaiknya kutip duit untuk makan. Tentukan jumlah tertentu yang perlu dibayar.

Masa bercuti ke Jakarta-Bandung haritu, kami bersetuju setiap dewasa kena bayar Rm200 sorang untuk belanja makan sepanjang percutian kami selama 5h4m. Dari kutipan ni jugak , kakda korek untuk bayar tiket masuk ke TransStudio dan siap ada baki lagi. So Rm200 adalah lebih dari cukup.

Kanak-kanak tak ambil kira sebab consider dia tak akan order 1 menu penuh macam orang tua makan. Melainkan kanak-kanak yang dah besar berumur 7 tahun keatas, boleh lah kutip half bayaran.

Tujuan kita kutip duit makan adalah untuk memudahkan urusan bayaran masa makan. Tak payah susahkan cashier nak kira satu-satu.hehe

Dan pastikan setiap orang adalah tak kisah ko nak order apa. Jangan ada rasa terlalu berkira sangat. Order jaaa…Kan kita nak enjoy ni.

6. Pocket Wifi atau Simkad

Sekiranya perlu, boleh dapatkan Pocket Wifi melalui Travel Recommend. Pocket Wifi ni boleh share guna ramai-ramai. Untuk Indonesia, rate nya sekitar RM15/Day.

Travel Recommend ada di KLIA1 dan juga KLIA2. Cara tempahan amat mudah, secara online. Sebelum terbang, pick up item kat kedai Tune di Level Arrival. Nak pulangkan semula pun just drop je kat kedai yang sama.

Total kos boleh share bayar atau potong je dari duit makan yang dah kutip tu.

Kalau tak mau sewa pocket wifi, boleh beli simkad masa dah sampai kat Jakarta atau Bandung. Simkadnya pun murah je. Boleh on hotspot dan share reramai.

Berbanding masa ke Medan pada 2015, kali ni semua orang tak mau beli simkad. Semuanya nak online guna wifi hotel je. Lagipun perjalanan sentiasa dengan Supir. So macam tak berapa perlu sangat. Yang penting komunikasi kena tepat.

Janji betul-betul kat mana nak jumpa dan sebagainya sekiranya kita bergerak sendiri.

7. Aktifkan ‘Pengeluaran Antarabangsa’ Akaun Bank Anda

Walaupun kita boleh buat pengeluaran antarabangsa tapi sebaiknya tak perlu lah sampai nak kena keluarkan duit lain.

Rancang perbelanjaan sebaiknya. Tapi kalau memang betul-betul tak dapat elak dari shopping, maka keluarkan je lah duit lain.hahaha

Oleh itu sila pastikan untuk aktifkan ‘Pengeluaran Antarabangsa’ akaun bank anda. Jangan jadi macam kakda masa hari ke empat di Bandung tu.haha

 

Selamat Bercuti ke Jakarta dan Bandung!

Walaupun lonih semua orang duk sibuk nak ke Jogja, tapi kakda tahu, Bandung masih ada peminat tersendiri.Cewahh!

 

Baca lagi:  Percutian Bajet Ke Jakarta-Bandung 5h4m Oktober 2016, Part 1

Artukel lain: Itinerary Bercuti Ke Jakarta-Bandung 2016

 

 

 

 

 

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge