Ketahui 8 Penyebab Utama Jerawat Untuk Mengelakkan Ianya Tumbuh
Mana-mana wanita yang mempunyai masalah jerawat pasti sangat suka dengan info berkaitan jerawat yang bakal kakda kongsikan ni.
Bila sebut pasal jerawat, jangankan banyak, sebiji jerawat pun tak mau. Tapi apakan daya, walau sudah dijaga dengan betul, jerawat tetap juga tumbuh dengan banyaknya malah ditempat yang sama!
Punca jerawat bukan saja disebabkan masalah muka berminyak mahupun muka kotor, tetapi sebenarnya ia lebih daripada itu. Jom kita cek satu persatu.
Keadaan Kulit Yang Menjadi Punca Jerawat
1. Kulit Muka Berminyak
Jenis kulit muka berminyak lebih mudah ditumbuhi jerawat berbanding kulit muka yang kering. Kalenjar minyak yang mengeluarkan minyak secara berlebihan akan menyebabkan liang pori mudah tersumbat.
Jika liang pori tersumbat, ia akan menyebabkan jerawat.

2. Kurang Menjaga Kebersihan Kulit Muka
Kurang menjaga kebersihan muka adalah antara penyebab jerawat tumbuh dengan cepat.
Kotoran dan debu yang berada dalam udara yang tidak kelihatan oleh mata kasar kita boleh menyebabkan liang pori muka tersumbat. Bila liang pori tersumbat, ditambah lagi dengan penghasilan sebum/minyak, kulit muka mudah dijangkiti jerawat. Lebih teruk lagi jika ianya adalah jerawat batu.
Usahakan untuk mencuci muka dengan bersih sekurang-kurangnya dua kali sehari terutamanya selepas habis melakukan aktiviti. Cucilah muka dengan cara yang betul untuk kulit berjerawat.

3. Stress Dan Tekanan
Emosi yang tidak stabil ataupun stress akan menyebabkan jerawat tumbuh. Keadaan ini menganggu metabolisma tubuh dan menyebabkan jerawat mudah naik.
4. Faktor Keturunan
Salah satu penyebab jerawat adalah keturunan. Cuba perhatikan ahli keluarga anda, jika mereka turut mempunyai masalah jerawat, besar kemungkinan punca jerawat anda adalah disebabkan keturunan.
5. Hormon Yang Tidak Seimbang
Jerawat yang disebabkan oleh hormon biasanya keluar disaat hampir nak period. Jerawat jenis ini biasanya mudah hilang once hormon dah stabil.
Namun sesetengah wanita masih mempunyai masalah hormon tak seimbang meskipun sudah melewati tempoh period. Jika anda dapat mengatasi masalah hormon tak seimbang, besar kemungkinan ia turut dapat menyelesaikan masalah jerawat yang disebabkan oleh hormon.
6. Jangkitan Bakteria
Propionibacterium acnes bacteria merupakan sejenis bakteria yang tinggal di dalam kalenjar sebum/minyak. Sebum merupakan sumber makanannya. Jika pengeluaran sebum berlebihan, ia lebih mudah membiak dan menyebabkan jerawat. Untuk mengelakkan jangkitan bakteria, selain menjaga kebersihan, amalkan memakan antobiotik semulajadi seperti bawang putih.
7. Memicit Blackhead
Tabiat memicit dan mengeluarkan blackhead boleh menyebabkan jangkitan pada kulit. Sewaktu memicit blackhead, bakteria dan kuman di tangan boleh berjangkit ke kulit muka dan mencetuskan jerawat.
8. Jenis Kulit
Jenis kulit juga mempengaruhi pertumbuhan jerawat di muka. Jenis kulit berminyak lebih mudah dijangkiti jerawat berbanding mereka yang mempunyai jenis kulit kering dan normal.
Malah jerawat batu juga hanya tumbuh pada kulit muka jenis berminyak.
Leave a Reply