Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

YOUTH Skincare

Kongsi Pengalaman Besarkan Anak Kembar

Intai Si Kembar

Pengalaman Travel & Tips Menarik

Kakda Go Travel

MASALAH KULIT Whitehead

Ketahui 8 Punca Muka Banyak Whitehead Dan Susah Pula Nak Hilangkan

Punca Whitehead Terjadi.

Bila sebut pasal Whitehead, ianya adalah sesuatu yang berlainan dengan jerawat. Jerawat biasanya merah dan bernanah, manakala whitehead pula adalah biji kecil dan berwarna putih.

Whitehead mudah terjadi sebab kulit muka kita menghasilkan minyak secara berlebihan dan sel-sel kulit mati menyebabkan liang pori yang terbuka jadi tersumbat. Bila tersumbat, lama-kelamaan ia akan membentuk whitehead.

Jom kakda kongsi faktor-faktor yang menyebabkan whitehead mudah terjadi.

1. Berlaku Perubahan Hormon

Hormon kita sentiasa berubah-ubah. Bukan sahaja wanita. Lelaki juga sama.

Dari remaja menginjak dewasa. Dari mengandung kepada bersalin. Dari bersalin kepada menyusukan anak. Dalam hidup kita ni, kita sentiasa mengalami perubahan hormon tak mengira usia.

Bagi sesetengah individu, masalah perubahan hormon ini berlarutan dan lebih teruk lagi sehingga menjejaskan tahap kesihatan. Antaranya masalah cyst dan sukar hamil.

Dalam kes kita ni, bila hormon menjadi tidak seimbang, kalenjar minyak akan menghasilkan sebum/minyak secara berlebihan dan tidak terkawal.

Minyak yang terlalu banyak akan menutup pori-pori muka. Keadaan ini juga disebut sebagai masalah liang pori tersumbat.

Atasi Masalah Jerawat Disebabkan Masalah Hormon Tidak Seimbang

Jadi salah satu kesan daripada perubahan hormon ni ialah masalah jerawat dan whitehead salah satu daripadanya.

2. Faktor Genetik

Jika masalah whitehead disebabkan oleh faktor genetik, memang dah tak boleh buat apa lah.

Faktor genetik ni orang kata memang dah ada dalam darah yang kita warisi daripada mak ayah kita.

So no wonder lah, ada je rakan-rakan yang memiliki kulit muka yang halus dan takdok jerawat teruk macam kita.

Mewarisi kulit muka jenis kulit berminyak bukanlah penamat untuk masalah whitehead kita. Kita still boleh amalkan beberapa petua untuk kawal penghasilan sebum secara berlebihan secara semulajadi contohnya membuat masker putih telur dan sebagainya.

6 Petua Cantikkan Kulit Guna Apa Yang Ada Di Dapur Rumah Kita

Sekurang-kurangnya masalah whitehead kita tu tidak lah terlalu melarat kerana masalah whitehead yang sangat teruk boleh menjejaskan keyakinan diri kita sendiri. (low self esteem)

3. Salah Produk Kosmetik Atau Produk Jagaan Kulit

Pencuci muka, BB Cream, Foundation, Sunblock, krim siang, krim malam dan sebagainya juga antara penyebab terjadinya whitehead.

Sesetengah produk tak sesuai untuk kulit kita, lalu akan menyebabkan masalah liang pori tersumbat.

Jika liang pori tersumbat ia tidak dapat bernafas dan akan menyebabkan masalah whitehead.

Apa lagi jika produk yang kita gunakan berasaskan bahan berminyak, ditambah lagi dengan kulit wajah kita pun memang jenis berminyak, sudah tentu liang pori akan tersumbat dengan teruk sehingga naik jerawat dan whitehead yang banyak.

Jika kita dah tahu muka kita jenis kulit berminyak, maka carilah produk yang bersesuaian dengan type kulit muka. Jangan gunakan produk yang khas untuk jenis kulit kering, belilah produk yang bersesuaian.

4. Memakan Pil Hormon

Sesetengah wanita yang mengalami masalah hormon ada mengkonsumsi pil hormon untuk membetulkan balik hormon.

Dalam pada memakan pil tersebut, tetap akan berlaku perubahan hormon.

Perubahan hormon ini akan menyebabkan kalenjar kilang minyak kulit muka menghasilkan minyak secara berlebihan dan menyebabkan masalah liang pori tersumbat.

Liang pori tersumbat kemudiannya akan membentuk jerawat dan whitehead.

5. Kehamilan

Wanita yang sedang hamil pula memang melalui fasa perubahan hormon dari wanita biasa kepada wanita yang mengandung. Hormon Estrogen wanita hamil jauh lebih tinggi daripada wanita yang tidak hamil.

Peningkatan hormon estrogen ini membuatkan segolongan wanita hamil tiba-tiba saja naik jerawat dan whitehead.

Puncanya tak lain tak bukan disebabkan hormon.
Masa ni kulit mereka tiba-tiba naik jerawat dan jadi tak cantik.

6. Faktor Pemakanan

Makanan penyebab whitehead adalah makanan yang berasaskan produk tenusu, makanan berminyak dan digoreng dan makanan manis.

Makanan yang berlemak jika dimakan ia akan tersimpan didalam badan. Untuk membuang lemak-lemak tersebut, kalenjar minyak perlu berkerja lebih keras.

Caranya adalah dengan menghasilkan lebih banyak minyak. Lemak-lemak tadi dikeluarkan dari dalam badan dengan cara ini.

Seperti biasa, bila banyak minyak, pori-pori lebih mudah tersumbat. Proses ini biasanya akan menyebabkan jerawat dan whitehead terjadi.

7. Jarang Bersihkan Kulit

Kakda sendiri ada pengalaman bab tak bersihkan kulit ni dan naik whitehead yang teruk.

Masa kakda travel ke Jepun tempoh hari, kakda tak boleh solat.

So memang dari pagi keluar rumah sampailah balik malam, memang kakda tak basuh muka langsung.

Kesannnya, balik je kat Malaysia muka kakda jadi kasar dan naik biji-biji kecil berwarna putih di sekitar rahang.

Ketahui Punca Jerawat Berdasarkan Di Mana Ia Tumbuh

Kakda agak whitehead tu jadi sebab mungkin kotoron dari tudung dan ditambah dengan tak basuh muka sehari suntuk dan ditambah lagi dengan produk kosmetik ditepek di muka.

Fuhh!! Menjadi molek whitehead kakda.Hahah!

Jadi jangan tiru macam kakda. Korang kena rajin-rajin bersihkan muka dan tudung. (bagi wanita yang bertudung).

8. Merokok Dan Mengambil Alkohol.

Aktiviti merokok bukanlah sesuatu yang menyihatkan.

Jika diperhatikan, majoriti mereka yang merokok pasti mempunyai masalah jerawat, whitehead dan blackhead.

Rokok dan alkohol menyebabkan pengaliran darah tersekat dan tidak lancar. Lama-kelamaan kulit akan kehilangan nutrisi untuk menghalang dan membunuh bakteria penyebab whitehead dan jerawat.

Elakkan 8 punca utama ini, inshaaAllah whitehead pasti makin berkurangan dan hilang. Good luck!

 

Anda mungkin meminati:

Set Whitehead Dan Blackhead Shaklee – Cara Hilangkan Whitehead Dan Blackhead Di Hidung 

Previous Post Next Post

You may also like

2 Comments

  • Reply Hani

    Kalau selalu mekap whitehead memang senang je muncul..

    December 26, 2017 at 12:12 am
    • Reply KakDa

      Setuju dengan Hani!
      Sebab kulit tak boleh bernapas tu yang mudah naik whitehead.

      December 26, 2017 at 12:21 am

    Leave a Reply

    CommentLuv badge

    WhatsApp chat