Aktiviti Sempena Cuti Pertabalan Agung 24 April 2017

0

Harini hari Israk Mikraj, juga hari pertabalan Yang Dipertuan Agung Sultan Muhamad ke-5.

Kakda tak buat apa. Duk saja kat rumah.

Macam biasalah, takde plan nak g mana-mana. So, bangun je terus buat sarap.

Harini kakda buat sarapan mee goreng je. Guna mee keping kering tesco. Bentuk ala-ala maggi. Not bad lah bila dibuat mee goreng. Yelah kan, kadang-kadang perlu juga try mee lain selain guna bihun dan mee kuning yang cap sampan tu.

Entry harini lebih kepada diary.

Bosan juga asyik tulis benda fakta dan testimonial produk shaklee. Entry memori macam ni harus juga diselit. Esok-esok boleh baca balik. Boleh mengimbau balik apa kejadian yang berlaku pada harini.

Tiada Diary Dalam Kamus Hidup Kakda

Bila kakda fikir, seronok sebenarnya bila kita ada diary. Sebab semua memori, semua kejadian pahit atau manis kita rekod dalam sebuah buku. Dan boleh dibaca balik bila-bila masa yang kita nak.

Sedangkan kalau FaceBook throw back kan balik status lama kita yang setahun lepas, 2 tahun lepas dan semua yang lepas-lepas, kita rasa teruja balik. kan? seronok bila baca balik. Walaupun kadang malu juga, tak sangka kita boleh buat status lagu tuh.haha

Tapi agaknya kakda memang takda bakat untuk berdiary kot. Tak pernah berjaya buat diary. Dari zaman sekolah, tak rasa nak beli diary pun. Sebab rasa tak tau nak tulis apa.

Buat blog pun asalnya nak jadikan blog ni macam diary. Tapi bila sampai masa, tak juga menulis. Jadi, at last tiada memory pun yang direkod. Sayang sangat..huhu

Apa Yang Menarik Harini?

Jadi kakda nak tulis sikit apa kejadian yang berlaku harini.

Harini asalnya kakda ajak husben nak jalan-jalan kat Aeon. Jalan-jalan saja. Buang duit.

Tapii bila masa makin bergerak, seiring dengan matahari pun makin tinggi di atas, kakda rasa malas lah pulak.

Memang kakda ni, orang yang tak berapa gemar keluar rumah. Kalau boleh, nak duduk je dalam rumah. Peramm sampai jadi pekasam.haha

Tapi kalau bab pergi bercuti tu lain la. Memang laju je kalau bab bercuti ni.hahaha.. mau tak tidur malam kalau esoknya nak bercuti ke mana-mana.hahah

Untuk tidak membazirkan duit, jadi kakda masak lah lunch dulu. Plannya lepas lunch , lepas zuhur, boleh lah jalan.

Kakda masak menu special harini. Monggolian Beef. Memang sedap! Kalau masak menu ni, anak-anak dan suami memang habis je nasi makan. Tapi walaupun sedap, makan menambah tu memang tak lah. Laki ku jenis jaga makan sikit. Nasi memang tak tambah kalau makan.hehe

Lepas lunch, si kembar pun mengantok. So tidur lah belake.

Kakak Nuur just baring2 je atas abah. Abang Yusuff pula dari malam tadi duk rumah Tok Ma. Yelah kan harini cuti. Takyah g sekolah, jadi dari malam tadi dia g rumah tokma. Tidur sana. Siang tadi pula ikut Tokma g kedai tokma. Petang masa Maghrib baru balik.

Jogging Di Kompleks Sukan

Petang tadi pula kakda ikut husben g jogging. Ni pun sebab anak-anak paksa suh ikut abah. Kakda sebenarnya malas nak pegi. Sebab kalau pegi pun bukan dapat jogging. Nanti kan si Ahmad kata letih la, Muhamad suh pegang dia lah, kakak pula lari jauh tinggal mama lah. Macam-macam ragam.

Last-last tak dapat juga nak jogging.

Tiap kali g Kompleks Sukan paling-paling pun dapat buat warming up dan sedikit strecthing je.uhukuhkhuhk..bila lah nak kurus kalau macam ni.uwaaaa..

Ahmad dan Nuur. Requested by Nuur nak tangkap gambar. Beriya je kan bawak fon g jogging.hahah

Pastu kan, masa nak tangkap gambar ni tadi, ada lah sorang abe ni lalu. Badan dia agak gemuk lah juga. Masalahnya boleh Ahmad cakap kuat-kuat,

Mama, tengok abang gemuk jogging. Mama,mama tengok lah abang gemuk jogging.

Huhuhu.. mau tak menangis anak ko cakap camtu kuat-kuat?? kakda is malu. Asal lah budak ni tetiba pulak concern pasal orang-orang yang sedang jogging.huhu.. Maaf kan saya encik. Jangan kecik hati yaa..huhu

Ni yang makin malas nak g jogging ni.hahahha (Menangis!!)

Malam Anak-anak berdrama

Ingatkan tadi nak singgah beli nasi kerabu kat Kedai Lalat, tapi tak jadi. Lauk daging ada baki sikit lagi tadi. Cukup lah untuk makan malam. Kat rumah ni, husben kakda je yang paling banyak makan.

Kakda sedang kawal makan. Tak mau makan banyak. Takut terlebih kalori intake. Keje takde, makan banyak. Tak padan dengan tenaga yang nak digunakan. Last2 makanan tak ditukar kepada tenaga sebaliknya tukar jadi lemak. No!! Big No!

Silalah insaf sebelum terlambat wahai kakda!

Abang Yusuff mengamuk lagi malam ni. Letih weii bergaduh dengan Yusuff. Idea dia sangat lah banyak. Tak kuasa nak lawan. (Tapi mama sokmo doa, biar kecik-kecik ni dia kuat memberontak, supaya besar esok2 dia akan jadi pemimpin dan pendakwah yang hebat.)

Mama is gerammm juga, memang pukul tu sokmo doh. Abah dia je tak pernah jentik anak. Sungguh penyabar suamiku. Marah macam mana pun, tak pukul anak-anak. Memang kagum je dengan kesabaran dia. Sebab kakda sokmo pukul anak.

Sabar senipis kulit bawang. Nipis lagi kot.huhuhu…

Ya Allah takutnya tak dapat masuk syurga sebab tak sabar. Ya Allah bantulah aku jadi seorang ibu yang penyabar. Bantu aku untuk jadi sabar dalam menghadapi karenah anak2 ku..Aminnnn Ya Rabb.

Tamat

Jadi enrty diary harini cukuplah sampai sini je. Rasanya banyak dah tulis ni. Tak boleh juga nak cerita semua. Kalau cerita semua, memang panjang lagi nih.hahaha…

Assalamualaikum w.b.t..

 

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge