Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

KECANTIKAN

Set Kesihatan Shaklee

KESIHATAN

Resepi, Travel, Our Story

MY PRECIOUS LIFE

Si Kembar

Anak Kembar Sekelas Atau Lain Kelas. Apa Pendapat Anda?

Assalamualaikum semua.

Ada tak pembaca blog MamiKembar yang ada anak kembar? Tak kisah lah anak dah bersekolah ataupun masih kecik lagi.

Kakda ada anak kembar lelaki. Kembar tak seiras ataupun dalam bahasa perubatan dipanggil DCDA twins.

Tadika Tahun Kedua

Tahun ni 2019 si kembar masuk 5 tahun. Dorang start masuk tadika masa umur 4 tahun. Sebelum ni dorang sekelas. Tapi masuk 5 tahun ni kami request dengan pihak tadika, letak kelas asing.

Sebab apa?

Kembar kakda ni ada karekter yang berbeza tau. Kakda tak tau kembar lain macam mana. Ahmad dia jenis konfiden ceria dan tak malu sikit. Muhamad pula lain. Dia ceria juga tapi tak berapa konfiden. Kurang sikit. Orang kata low self esteem.

Jadinya perkembangan kat sekolah/tadika juga berbeza.

Ahmad lebih mudah hafal surah, nampak lebih bijak dan outstanding. Ahmad bila balik rumah, dia suka cerita apa jadi kat sekolah. Muhamad pun nak juga share, tapi biasanya budak kembar ni akan berebut cakap. Dua-dua nak cakap dulu apa yang jadi.

Lama-lama Muhamad makin banyak mengalah. Bila kita tanya pun dia tak berapa excited nak share. Macam dah surrender. Tak mau berebut dengan Ahmad.

Budak-budak ni, kalau dia kurang konfiden selalunya memang lambat progress dalam pelajaran. Sebab dia malu dan tak mau cuba, dia takut salah. Walaupun kami tak pernah gelak atau bandingkan budak kembar ni, tapi Muhamad makin lama makin tak yakin. Tanya ABC pun dia tak berapa nak jawab. Takut buka mulut.

Maybe sebab dia tengok Ahmad ni hebat sangat. So dia rasa tak yakin, takut jawab salah atau taktau jawab, dia tak dapat pujian dari kami macam yang Ahmad dapat.

Asing Kelas

So lepas meeting suami isteri, kami decide untuk asingkan kelas budak kembar ni. Request dengan pengetua Aulad Pintar, alhamdulillah pengetua bagi support.

Ahmad duduk kelas 5C, Muhamad duduk kelas 5E.

Sebelum Muhamad jadi semakin kurang yakin dengan diri sendiri, kami buat lain dari yang lain. Anak kembar normal je asyik berkepit, kembar kami, kami pisahkan. Biarlah orang nak kata apa.

As parents, kita tahu apa yang terbaik untuk anak-anak kita kan.

Semoga banyak perkembangan positif untuk anak kembar mama tahun ni. Aaaminn.

 

Previous Post Next Post

You may also like

Leave a comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.