Sedari usianya setahun lebih, bila dia mulai makan makanan pejal, kakDa perasan sesuatu yang pelik di lidah Ahmad. Ahmad adalah 1st twin ataupun dalam bahasa kita Abang kembar. Adiknya Muhamad pula penghidap eczema.
Kalau diikutkan, sudah lama sangat kakDa perasan akan lidah Ahmad yang agak pelik. kakDa ingatkan mungkin disebabkan termakan benda panas. Tapi disebabkan Ahmad tak pernah mengadu sakit malah kuat makan, kakDa abaikan je lidahnya yang kelihatan agak pelik tu.

Haa.. acu mommies tengok, pelik tak? nampak macam thrush ka? Ada yang kata benda ni adalah kulat susu (thrush). Tapi kakDa tak yakin benda ni kulat susu sebab biasanya (ikut pengalaman kakDa) kulat susu ni, sekeliling dinding mulut ada putih-putih.
Tapi kat mulut Ahmad tak dak pun benda alah putih tu. Dia cuma ada kat lidah ni je. Nampak lekuk ke dalam sedikit. Agak merah sedikit berbanding warna lidah dan sekelillingnya warna putih.
Sebelum kakDa bertolak pergi bercuti (sambil hilangkan stress kerja) berdua dengan suami ke Jakarta-Bandung minggu lepas, kakDa decide untuk bawa Ahmad jumpa doktor.
Dan alhamdulillah rupanya keadaan lidah macam tu disebut sebagai ‘Geographic Tongue’ dan ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan. Ia bukan sejenis penyakit dan sesiapa sahaja boleh mengalaminya tak kira usia dan jantina.
Lidah Geografik adalah satu keadaan dimana permukaan atas lidah seseorang itu muncul bentuk seperti peta. Ianya juga boleh berlaku di tepi lidah. Ia juga boleh bertukar kedudukan dan bentuk dalam masa yang sekejap.
Apa yang doktor sarankan adalah banyakkan makan vitamin C untuk membantu mengalakkan pertumbuhan lidah yang berlekuk tu. Ubat apa pun doktor tak bagi. Sebab katanya normal. Tak perlu risau. Alhamdulillah.. ^_^
Untuk rujukan mommies, boleh klik blog ni untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Geographic Tongue versi Bahasa, dan klik sini untuk versi English.
InshaaAllah kakDa akan update lagi dimasa akan datang. Tadi kakDa cuba snap gambar lidah Ahmad, tapi dia taknak duduk senyap. Duk main jelir masuk lidah. Ni je termampu. huhu..
Baca Pengalaman Anak 2 Tahun 3 Minggu Patah Tangan Sebab Jatuh Ketika Bermain
Sebenarnya kan, peta baru ada lagi. Tapi duk kat belakang sikit. Ada satu je. Susah nak snap sebab dia tak tahan nak jelir lidah lama-lama.hahah
Ada tak yang alami benda yang sama macam anak kakDa ni? Jom kongsi kat sini.
salam kenal… saya anna dari jakarta. setelah baca ternyata anak saya juga sama mengalami geographic tongue. anak saya juga tidak merasa sakit. jadi geographic tongue itu tidak berbahaya yaa? saya cukup khawatir dengan lidah anak saya. sekarang umur anak saya 15 bulan. geographic tongue mulai muncul saat masih usia 4 bulan.
Hai Anna.. salam kenal.
Iya Anna. Ga usah risau kok. Ternyata Geographic tongue itu tidak berbahaya. Cuma pastikan untuk top up nutrisi anak terutamanya vitamin C.
alhamdulillah… jadi lega…
terima kasih sarannya… ini saya beri buah yang banyak vit c ny dan bisa meminimalisir munculny geogrp tongue nya.
Salam kak… anak sy yg sulung pun ada… igt kn sbb kurang air… stiap kali jd mcm tu, sy stiasa reminds die minum air byk… risau sakit jew die… dr umur setahun smp la skrg 4tahun… dah hilang, jd smula…
Wslm Eniey..
Mungkin bila makin besar keperluan vit C dia makin meningkat dan dah tak cukup. Sbb tu dtg balik.
Try la bg supplemen kat anak. K.da cadangkan bagi Mealshakes atau Vitalea For Children. Dua² ni produk shaklee.
Umur saya sekarang 16 tahun.. beberapa hari lepas cek lidah tgk tgk ada bende tu.. mula mula rasa cemas pon ade..yela..x penah jadi kan.. takut la ada kanser mulut ke apa.. tapi lps bace pengalaman kat atas tu.. lega dah.. baru ingt nk jumpa dokter..huhu
Kann.. memang menakutkan. Kalau k.da sendiri yg kena pun mesti risau bukan main. Nnt ain boleh amalkan vitamin C. Kalau nak beli shaklee punya, boleh wasap kakda k.