Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

Masalah Kulit

Health is Wealth

Info Sihat

Dont's wait for opportunity. Create it.

Kakda Go Travel

Whitehead

Apa Beza Whitehead Dan Blackhead?

Perbezaan Whitehead Dan Blackhead.

Whitehead adalah biji kecil di muka yang berwarna putih. Ia juga kadang-kadang ada di hidung. Bila kita picit hidung, keluar sesuatu seperti krim berwarna putih. Itu adalah Whitehead.

Manakala blackhead pula, ia lebih keras dan berwarna hitam. Ia banyak terdapat di hidung. Jika di hidung, blackhead jauh lebih jelas kelihatan berbanding whitehead.

Punca Utama Whitehead Dan Blackhead.

Asasnya ialah penghasilan minyak yang berlebihan.

Kulit muka yang berminyak adalah disebabkan penghasilan minyak yang berlebihan oleh sebaceous gland (kilang minyak).

Minyak yang terhasil akan terkumpul dengan banyaknya di dalam liang rambut (folikal) dan akhirnya menggelembung.

Hormon yang tidak stabil menyebabkan Sebaceous Gland menjadi terlalu aktif. DHT ialah sejenis hormon yang menjadikan sebum menjadi terlalu aktif dan mengumbat liang pori- pori (folikal).

Whitehead

Whitehead terjadi apabila sebum (minyak) dan sel-sel kulit mati terkumpul di folikel rambut (liang pori-pori) yang tertutup atau sempit.

Ia menghalang oksigen daripada melakukan proses pengoksidaan minyak di liang kulit. Minyak tidak dapat keluar ke permukaan. Lalu bonjolan putih terbentuk (whitehead).

Whitehead biasanya disebabkan oleh kotoran atau sisa mekap pada muka.

Blackhead

Blackhead terjadi apabila sebum (minyak) dan sel-sel kulit mati terkumpul di folikel rambut (liang pori-pori) yang terbuka.

Ia terdedah kepada udara lalu teroksidasi. Ia kemudian bertukar warna menjadi kuning-coklat atau hitam.

Blackhead biasanya terjadi disebabkan lebihan keluaran minyak.

Anda mungkin meminati:

8 Punca Lain Penyebab Whitehead Di Muka Dan Hidung

Set Whitehead Dan Blackhead Shaklee – Hilangkan Biji Putih Dan Biji Hitam Di Muka Dan Hidung

Previous Post Next Post

You may also like

2 Comments

  • Reply Jaja

    Whitehead dengan blackhead ni tak suka tau, wajah tak flawless jadinya 🙁

    December 27, 2017 at 7:29 am
    • Reply KakDa

      Setuju sangat Jaja. Lagi satu geram, asyik nak kacau je rasanya. Dan last-last lekat parut.adehh.haha

      December 27, 2017 at 10:11 am

    Leave a Reply