Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

KECANTIKAN

Set Kesihatan Shaklee

KESIHATAN

Resepi, Travel, Our Story

MY PRECIOUS LIFE

Indonesia Medan

Bercuti Ke Medan Bersama Anak Kecil, 2015

Sebenarnya entry pasal Medan ni kalau diikutkan logik tak payah tulis pun takpa sebab dah basi tahap terlampau basi! Tapi disebabkan percutian ke Medan ni merupakan percutian first time kami ke Oversea, jadi kena jugak lah tulis masuk dalam blog.haha

Bertitik tolak dari percutian ke Medan inilah, alhamdulillah kakda dapat travel oversea tiap tahun. Kenapa tiap tahun? Sebab passport kan valid 5 tahun, jadi jalan lah. Dah bayar RM200 buat passport, kalau tak gunakan sepenuhnya kan rugi tu. cehh..haha!

Itinerary Ringkas

Tak banyak yang kakda boleh share sebab benda dah lama.haha

  • Tiket promo RM0 AA beli setahun lebih awal
  • Buat Passport untuk 1 family – RM800
  • Hotel Danau Toba International Cottage, Parapat- malam pertama
  • Hotel di Berastagi tak ingat nama apa – malam kedua
  • Four Point By Sheraton Medan – malam terakhir
  • Ambil supir dan trip totally ikut apa yang supir dah plan.

Day 1 – Parapat / Pulau Samosir

Jalan-jalan ke Pulau Samosir. Kena naik feri. Area Danau Toba ni sejuk. Dalam bilik tiada kipas tiada acon. Kami sampai kat sini dah lewat malam. Lebih kurang pukul11 malam. Sarapan percuma, tapi jujur kakda nak bagitau, masa makan sungguh tak yakin dengan status halal. Ya Allah, semoga Allah ampunkan dosa-dosa kami. Memang newbie sangat kan, orang tak pernah keluar negara ni, sedih-sedih je. Main bedal je, anggap sama macam kat Malaysia. huhu

Belakang tu Pulau Samosir

Lake Toba ke Berastagi

Balik dari Pulau Samosir sekitar pukul12 tengahari, kami terus makan lunch di masakan Padang dan solat di Masjid berdekatan. Teruskan perjalanan ke Berastagi. On the way ke Berastagi, view memang cantikkk sangat. Sampai satu tempat tu, kami stop untuk berfoto-foto. Berlatarbelakangkan Lake Toba. Tapi masa ni memang tak banyak gambar yang kakda ambil.

Day 2 – Berastagi

Malam baru sampai. Hotel Sibayak Internasional Berastagi. Seratus lebih semalaman. Berastagi pun kawasan yang sejuk. Malam tu memang tak lena tidur. Suhu turun sampai belas-belas. Masa tu kakda masih BF kan si kembar. So memang payah nak lekat selimut sebab nak susukan anak kembar serentak. Pagi tu sebelum bertolak balik ke Medan, kami jalan-jalan di pasar. Beli buah-buah dan sedikit ole-ole. Naik kereta kuda round pekan.

Setel kat Pasar, kami teruskan perjalanan balik ke Medan. Ada juga lah singgah beberapa tempat.

Kami cek in di Four Point by Sheraton. Hotel besarr dan mewah gila. Tapi tak mahal. Seratus lebih ja semalaman masa tu. Sekarang tak tau lah.

Paling best makanan di Medan semua sedap. Kalau nak repeat Medan pun ok sebab makannya semua sedap banding di Bandung, Jakarta dan Surabaya. Ayam penyet terbaik yang pernah kakda makan setakat ni yang paling sedap jumpa kat Medan. Restoran tepi jalan ja, kami makan bertambah-tambah. Masa mula-mula landing singgah makan, hari terakhir sebelum terbang balik Malaysia makan sekali lagi.haha

Oh ya Wong Solo Ayam Penyet pun ada. Supir ada cerita serba sedikit pasal Wong Solo ni. Rupanya memang asalnya dari Medan. Kedai Wong Solo kat Medan ni pun besarrr. Kami ada singgah makan.

Kalau ada rezeki lagi, memang teringin nak ke Medan. Tapi just round bandar je lah kot. Food Hunting ja. Yang paling ingat kat Medan ni, makanan sedap dan kubur orang Batak yang besar-besar tinggi tepi rumah dorang. Tu ja. The End.haha

Previous Post Next Post

You may also like

Leave a comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.