Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

KECANTIKAN

Set Kesihatan Shaklee

KESIHATAN

Resepi, Travel, Our Story

MY PRECIOUS LIFE

Indonesia

Bercuti Ke Surabaya 2019 | Trip Keluarga Bersama Anak Kecil

Bismillahirrahmanirrahim..

Memandangkan dah lama tak update blog, rasa sedikit janggal nak menaip. Tapi takpe. Ku teruskan jua.. jap lagi dapat lah rentaknya tu.hehe

Okay. So nak dipendekkan intro, alhamdulillah kakda sekeluarga baru balik dari bercuti di Surabaya last week.

Sebenarnya nak update cerita trip ke Huahin, Thailand dulu. Sebab trip Huahin tu duluan lagi. Kakda p bulan Julai haritu. Trip anniversary ke 10 tahun kononnya. Tapi tak tau lah pasai apa malas sangat nak menaip. Sampaikan trip Surabaya pun dah habis, still tak update lagi cerita Huahin ni.(hua..hua..hua..hinnn betul.haha!)

Pastu siap nak skip, p kongsi cerita Surabaya dulu la pulak.haha.. takpe la kan. Yang penting dua-dua trip kakda share dalam blog ni nanti. InshaAllah.. semoga kakda rajin. Aminn..

Okay jom start. Actually tak tau nak start dari mana. Kakda cerita je la ye..huhu. Yang rajin baca, sila lah baca.

Surabaya 10hb September 2019

Trip Surabaya ni asalnya trip couple ke Bromo. Memang normal la orang Malaysia kalau beli tiket bercuti ke Surabaya, tak lain tak bukan memang biasanya sebab nak enjoy sunrise di Mt.Bromo dan nak tengok Blue Fire di Ijen.

Tapi plan ke Bromo kami tak menjadi. Sebab entah macam mana, ramai pulak nak mengekor. Dari 4 orang tetiba jadi 21 orang.hahah.. dari percutian laki bini,tetiba jadi percutian bersama anak-anak.

Bila dah ramai macam ni, banyak kepala banyak selera. So trip ke Bromo cancel. Kira nak buat trip enjoy-enjoy dan santai-santai untuk bagi anak-anak hepi. Tu je lah fokus utama percutian kali ni.

InshaAllah kalau umur panjang, anak-anak dah besar sikit, boleh lah kami p enjoy Bromo dan Ijen.

Itinerari Percutian Bersama Anak Kecil Ke Surabaya.

Tiket promo AA, pulang balik (Kl-Surabaya) tak sampai Rm200 seorang.

4 family. 2 bertolak dari KB naik flight, 2 lagi drive sehari sebelum terbang ke Surabaya.

10 September 2019.

Kami bertolak dari Kota Bharu naik flight pukul 7 pagi. Gerak dari rumah pukul 6, sampai airport dalam 6.20pagi terus masuk dalam sebab takdek nak drop luggage.

Anak-anak senang je bersiap sebab semua pun tak sabar nak jalan.haha.. Kami tak beli luggage. Semua bawak beg masing-masing. Anak-anak kakda angkut je beg sekolah masing-masing. Alhamdulillah.. berdikari semuanya.haha..

Sampai airport terus solat subuh kat dalam Depature Hall. Habis solat terus beratur masuk dalam flight. Alhamdulillah tak bosan menunggu. Sedang molek masa..

8:10am – Selamat landing di KLIA2. Terus cari breakfast di foodcourt arrival level. Kol nenek, alhamdulillah nenek pun baru selamat turun dari Grab. Nenek pun join sekali trip kali ni. Cuma nenek stay rumah aunty na di Semenyih, nenek sampai KL since 4hb lagi. Awal youu..haha.. sempat lah beliau beramas mesra dengan anak cucu nya di sana.hehe

Suami dan anak-anak makan Nasi Goreng super mahal. Beli 2 pinggan dekat rm20. Share-share 5 beranak. Kakda dan nenek beli nasi lemak bungkus kat tempat jual air. Tak tau la berapa harga nasi lemak ni. Tak ingat nak tanya suamiku. Tapi yang pastinya mesti lah mahal. Benda kat Airport kalau murah tu memang pelik. Kalau mahal tu biasa.haha!

10:00am – Kami naik p level 3. Lepak tepi Maybank – ada area lapang, tunggu lagi 2 family sampai.

Tak sampai 20minit, semuanya sampai. Terus menuju ke balai perlepasan. Semua orang bawak hand carry je. So cepat setel.

Perjalanan ke gate pelepasan yang agak jauh tak terasa sebab banyak ‘iklan’. Bila jalan ramai-ramai, konfem lah banyak karenah. Jadi memang sesuai sangat kami masuk awal walaupun flight ke Surabaya tu lambat lagi, pukul 12:55pm. Hahaha..

Alhamdulillah semua geng trip kali ni OK. Jenis selamba tak rushing, tak kalut dan jenis rileks. So semua orang hepi-hepi je.

12:15pm-Sampai di gate pelepasan. Kakda ambik kesempatan mandikan Raudah, tukar baju dan salin pampers siap. Isi balik botol-botol air yang dikosongkan masa lalu tempat scan tadi.

12:55pm- Terbang ke Surabaya. Flight mengambil masa selama lebih kurang 2jam setengah.

Masa ni perut dah start lapar. Mujurlah kakda dan family ada order in-flight meal siap-siap. 1 meal Rm8 je siap dapat air mineral dalam cup. Family lain dorang beli atas kapal, mahal dalam rm15 tak silap.

Kami order Nasi Padang 2, Chicken Teriyaki, Roasted Chicken, Rice with Basil Chicken (Thai-pedas). Alhamdulillah sedapp. Pandai kakda pilih.haha!

Siap makan, layan anak-anak. Tak dapat nak tido. Dorang boleh p mari p mari dalam flight. Yelah kan ramai kanak-kanak. Kemuncaknya, masa dekat nak landing tu, Ahmad muntah. Perghhh.. kena atas beg, kena kat seluar bapaknya. Mujurlah kakda ada bawak tisu basah. Bolehlah lap. Tapi kesian lah kat pramugari AA, terpaksa cuci bersih muntah atas lantai. Huhu.. (maaff)

2:40pm WIB (Waktu Indonesia Barat) – Setelah 2jam 35min di udara, alhamdulillah kami selamat tiba di Juanda International Airport Terminal 2.

Sebelum keluar di balai ketibaan, kami terus singgah solat kat dalam. Di Airport Juanda ni, tempat solatnya jenis kongsi. Wanita dan lelaki share tempat sama. So pandai-pandai lah nak solat.

Masa ni dah masuk Asar, so kami buat solat Jamak Taakhir.

3:40pm – Keluar di balai ketibaan, terus cari simkad. Punya main mahal. Rp100.000. kalau nak simkad jenis boleh hotspot, Rm150.000. (1j = Rm295)

Tiap family wajib beli 1 simkad. Senang nak kontek nanti. Lagipun kami plan nak gunakan Grab je sepanjang trip kecuali masa nak ke Batu, Malang nanti. Nak tempah grab, fon kena ada internet lah kan.

Untuk info, GRAB tak boleh masuk dalam area Airport Juanda ni. Sama kes macam kakda p Huahin haritu. Kat sana, Grab pun tak boleh masuk airport.

Kalau nak juga order Grab, kita kena keluar ke luar kawasan Airport lebih kuang 1km. Then baru bole panggil grab. Kena jalan kaki dulu lah.huhu

Kalau just berdua dengan suami, boleh je jalan. Tapi sebab trip ni ramai kanak-kanak, so tak boleh lah buat macam tu. So kami tempah teksi Airport 3biji innova untuk bawak kami p makan sebelum cek in apartment Airbnb.

(Tapi kalau nak ke Airport dari hotel, tu boleh lah. Yang tak boleh, dari Airport ke hotel.)

Juanda International Airport to Malioboro Tulang Ayam Lunak Rp130.000/cab

5:40pm – Selamat sampai di Malioboro Tulang Ayam Lunak. Makanannya enakkk banget! Must try. Tulang ayamnya lembut. Boleh makan.haha..

Total kerugian kat sini dalam ±Rp300.000 untuk family kakda sahaja. (3 dewasa, 4 budak)

Menunya ada jenis paket (set) tapi kakda pilih ala carte. Must try ayam telur asin. Sedappp!!! Rasanya macam softshell crab with salted egg yolk.haha! Kami siap tambah order sebab tak cukup.hehe

6:50pm siap makan dan bertolak ke Pakuwon Mall untuk check-in apartment Airbnb di Tanglin dan Orchard Apartment.

7:30pm Sampai di Apartment. Self Check in, collect kunci di mailbox apartment. Kami ambil 3 unit apartment. Unit kakda di Tanglin Tower. Apartment ni bawahnya Mall. So memang best. Dia ada 2 tower apartment. Tower Tanglin dan Tower Orchard. Lobby nya sama.

Lepas cek in, kakda dan bapak nya turun p Mall cek kawasan.hahah.. Nuur n Muhamad mengekor. Nenek, Yusuff dan Ahmad stay je kat bilik.

Family lain taktau buat apa. Layan diri masing-masing. Esok pula baru berkumpul balik.

Kakda round2 cari roti buat alas perut takut lapar tengah malam.haha

Pakuwon Mall ni sangat besarrr!! Memang tak habis round sampai hari walaupun stay atas tu je.haha!

Habis day 1. Day 2 menyusul kemudian ya. 😘

Previous Post

You may also like

Leave a comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.