Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

KECANTIKAN

Set Kesihatan Shaklee

KESIHATAN

Resepi, Travel, Our Story

MY PRECIOUS LIFE

Indonesia Surabaya

Bercuti Ke Surabaya September 2019|Trip Family – Day 2

Baca cerita Day 1 kat sini.

Full itinerary disini.

Hari kedua semuanya excited. Kami plan beraktiviti di Batu, Malang. Sepanjang hari ni transport menggunakan supir. Booking bas mini dengan bayaran sebanyak IDR1.4juta. Share bayar.

Kami berkumpul di lobi pukul 7.40am Waktu Indonesia Barat (WIB). Posing-posing depan bas then bertolak. Tak singgah makan apa semua, supir kata kalau singgah makan takut kang makin lewat nak sampai ke Malang. Sebab katanya macettt..yelah kan hari keje. Orang sibuk keluar p keje, ko sibuk jugak keluar. Haa.. gituu dong. Makanya harus langsung masuk higway. Nanti sampai di satu tempat yang sesuai, kita singgah sarapan pagi.

Semua orang setuju. Jadi bertolak lah kami dengan perut yang belum diisi. Sesetengah tu ada yang dah alas perut sebelum turun tadi. Kami pun dah makan roti hasil belian malam tadi. Jadi takde lah lapar sangat.

Sebenarnya perjalanan dari Surabaya ke Batu Malang takde lah jauh sangat. Tapi sebab ramaiii.. jadinya banyak lah perangai.

Supir singgah 2 3 kedai untuk sarapan, tapi ada ahli yang tak bekenan. So turun naik bas 2 3 kali lah jugak termasuk ada yang nak kencing la, nak berak la. Adududu.. Last-last kakda kata kat pak supir, mohon singgah di Alfamart aja pak. Kira breakfast segera je la semuanya. Pakat memborong 1 kedai. Beli roti la, air kotak la, jajan la. Yelah kan, bekal nak kunyah-kunyah dalam bas. Jauh lagi ni nak menyampai. haha

Sebelum masuk Zuhur, Restoran Warung Wareg.

Setelah beberapa kali cuba jaya intai-intai restoran hat bekenan nak makan, akhirnya semua anggota bersetuju untuk singgah makan di Restoran Warung Wareg Karangploso, Malang.

Restorannya memang ohsem bangett! Kami pilih meja yang duduk bersila di tepi ladang jagung. Makan sambil cuci mata tengok view ladang yang luas. Menunya pun sedapppp ya ampunn. Must try ikan masak salted egg yolk. Yes! ikan ye. Malam tadi dah makan ayam salted egg yolk di Ayam Lunak Maliaboro, kali ni ikan pula.

Korang yang nak ke Batu Malang, atau nak ke Bromo harus lah consider untuk singgah makan kat sini. Warung Wareg ni ada banyak cawangan. Kat Batu pun ada. Yang kami singgah ni tak sampai lagi Batu Malang.

Sayangnya kakda terlupa nak bergambar di depan kedai. So tiada gambar melainkan gambar kami tengah makan. Tapi korang boleh google je. InshaAllah keluarlah tu.

Seingat kakda lah kan, sebelum p Surabaya, sepanjang buat study pasal tempat makan best, belum jumpa lagi blog yang rekemen makan kat sini. Yang biasanya kakda baca, asyik suruh singgah makan kat Restoran Sawah tu je. Tapi masa kakda lalu restoran Sawah ni haritu, tengok depan mata, takde lah rasa macam nak try singgah makan. Dari segi penampakan ‘gah’, Warung Wareg ni lebih mengancam mata kakda dan rasa lebih teruja nak singgah.hehe

Tapi walau apa pun, selera masing-masing kan. So sila lah pilih ikut suka hati masing-masing. Sebab yang bayar pun, duit masing-masing kan. (bukan aku yang bayarkan ko makan pun kan. ahaha..) dan sebenarnya sepanjang nak ke Batu Malang, ada banyak lagi kedai makan yang besar-besar dan nampak menarik. So, boleh pilih sendiri masa kat sana nanti.

Sebelum sambung perjalanan, kami terus solat jamak takdim disini, so dah takpayah risau bab solat. Tinggal lagi nak jamak taakhir je nanti masa kat bilik.

Wisata Taman SELECTA

Sekitar pukul 1pm, kami pun sampai di Taman Selecta. Turun je bas terus sejuk je hidung bernapas sebab area Batu ni kawasan yang sejuk. Nyamann je rasa. Cehhh..

Taman Selecta masuk berbayar. Tapi tak ingat dah berapa. Yang pasti murah je la. Sebab dalam park tu nanti, ada benda yang kita kena bayar suku kalau nak main.

Taman Selecta ni basically banyak bunga. Masa kami sampai tu, dah banyak bunga yang kembang besar, tapi still dorang duk tanam lagi bunga lain. Means dia rasa tak cukup banyak lah tu kan.

Kat sini ada jugak water park. Tak besar mana, tapi sesuai lah untuk budak mandi. Just macam variation yang kita boleh pilih untuk spend masa kat situ lah. Pool dia tu, orang tua nak mandi pun boleh. Ada 2 kolam, 1 kolam besar siap ada slide tinggi. 1 lagi tu tempat budak-budak. So korang spare je lah baju mandi. Sebab biasanya kan budak kalau nampak je kolam mesti sibuk nak mandi walaupun tempat tu sejuk.hehhe

Aktiviti kakda dan anak-anak kat sini – bergambar-gambar, makan eskrim sambil tengok abang Yusuff mandi kolam dengan anak kak zie, naik Sky Ride sambil dukung Raudah, pusing-pusing sekitar kawasan sambil santai-santai.

Ada banyak aktiviti boleh buat kat sini, antaranya bergambar, mandi kolam, naik Sky ride (berbayar), Family Roller Coaster (berbayar), ride itik dalam pool, cinema 5D?6D?7D? tak ingat.hahah dan ada banyak lagi. Tapi kakda sebut yang macam main attraction je lah ye.

PETIK EPAL

Bersebelahan dengan Taman SELECTA ni ada ladang epal. Kalau ikut pada itinerary kakda, bukan nak petik epal kat ladang ni. Tapi sebab masa dah suntuk, masa ni dah pukul 3 lebih dah masuk asar, jadi kami pun p je lah.

Macam dah tak sanggup je nak p tempat lain semata-mata nak cari ladang yang cantik. Lagipun bendanya still sama kan, petik epal jugak, nak merasa petik epal je kot. So, mana-mana pun voleyyy. gituu…

Masuk ladang epal ni pun kena bayar jugak. Dan maaf, kakda tak ingat berapa harga. Tapi lebih murah daripada ladang yang plan nak pegi tu. So baguslah, Jimat duit..haha.

Kat ladang ni kita boleh petik dan makan. Tapi tak boleh bawak balik. Kalau nak bawak balik, kena bayar. Tips pilih epal yang manis, cari yang hijau kekuningan, dia rasa rapuh dan manis. Kalau pilih yang kemerahan rasa dia macam berhampas gitu. Rasa tak sedap, taktau cemana nak cakap.

Istana Oleh-Oleh Brawijaya

Puas petik epal, kami pun bertolak ke lokasi seterusnya. Misi membeli buah tangan ataupun oleh-oleh. Pak supir bawak kami ke Istana Oleh-Oleh Brawijaya. Besarrr banget kedainya bukk. Terus rambang mata nak beli apa, semua jenis oleh-oleh ada. Dari kerepek, crepe, bronis, kek, pia, semua ada.

Tapi masalahnya banyak sangat jenama. Taktau jenama keluaran apa yang paling sedap. Masa ni ada rasa sedikit kecewa sebab tak study molek pasal oleh-oleh yang sedap.hahah..

Masa sibuk pilih-pilih, belek-belek, ambik letak ambik letak tu, Raudah muntah lah pulakk.huhu.. Turun bawah p cari tandas, baru perasan Raudah ada terberak jugak sikit. Badan dia pun start panas macam nak demam.

Dalam cuaca yang sejuk tu, air paipnya sejukk ya ampun, ku gagahkan jugak hadap nangis Raudah sebab kesejukan. Dah lah demam, berganda lah sejuk yang dia rasa tu kan. kesiann baby mama.huhu.. masa ni Raudah tak cukup setahun lagi. baru 11 bulan. Takpelah kan nak, kenangan..

Dipendekan cerita, proses mengurus Raudah tu sebenarnya mengambil masa yang agak lama. Sebab beg isi pempers dan baju dalam bas. Kakda nampak je bas tu parking kat mana, tapi masalahnya pak supir pula entah ke mana. di helo-helo tak angkat aduhhh pak. gawatt nihh!

Sampaikan bila semuanya dah setel, semua orang dah siap shopping. Siap tunggu kat luar kedai lagi tu. Kami baru sibuk nak beli. Jadinya sebab tak mau orang lain tunggu lama, maka ambik je apa apa pun. Yang penting oleh-oleh untuk cikgu-cikgu dan kawan-kawan anak-anak kakda semuanya sudah dibeli. huhu..

Restoran Bakso Malang

Setel beli, hari pun dah malam. Masa urus Raudah tu lagi dah azan Maghrib. Kami singgah makan bakso di restoran Bakso Malang. Kedai tepi jalan je, tak besar sangat, dia macam lot kedai biasa. Banyak lagi restoran lain yang nampak lebih hebat, tapi sebab misi nak cari bakso belum tertunai maka kami singgah makan dengan gembira.haha (sepatutnya nak sarapan bakso pagi tu, tapi supirnya taktahu kat mana boleh cari.haha)

Lagipun kalau masuk lagi kedai makan besar dan gah, takut sempat muflis sebelum balik Malaysia.hahha

Intai-intai kota Batu dari dalam bas, boleh tahan meriah jugak. Dari kejauhan nampak JATIM PARK punya lampu, bukan main terang benderang menampakkan betapa happeningnya theme park itu.

Kami hanya mampu ber’huhu’ je lah. Sebab plan asal memang nak ke JATIM PARK 2, tapi sebab kami sampai ke Batu tu dah kategori sangat lewat, jadi kami skip JATIM PARK, satu sebab nak masuk tu mahal, 100ribu. RM30 je sebenarnya, murah dah tapi sebab kami ramai jadi jatuh mahal lah kan. Agak tak sanggup disitu nak habiskan duit dalam RM240 untuk main sejam dua saja. Kalau start dari pagi tu lain lah kan. Berbaloi gak.

Jadi nasihat atau sedikit tips untuk korang, better bermalam lah di Batu, Malang 1 malam. Maybe boleh consider sampai dari Malaysia tu, terus ke Batu, ataupun bermalam je kat Surabaya 1 malam, esoknya baru bertolak dan bermalam di Batu satu malam. Sebab sebenarnya kat area Batu ni banyak tempat menarik dan cuacanya yang dingin dan nyaman sangat sesuai untuk kita yang ada anak kecil bersuka-ria berbanding Surabaya yang panas tu.

Kami sampai apartment dalam pukul10. Walau badan dah letih dan ngantuk, gagahkan jugak lah solat jamak taakhir. Panjang benar dah ni. Tamat lah Day 2.

Sambungan Day 3 disini.

Dah booking homestay di Surabaya? Nak cari homestay jenis Apartment banyak bilik? Klik disini untuk dapatkan diskaun penginapan sebanyak RM120 bila menggunakan aplikasi Airbnb.

Tak pasti nak buat macam mana? Wasap kakda jom.

Previous Post Next Post

You may also like

Leave a comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.