Berpuasa Sunat Hari Arafah Pada 9 Zulhijjah Dihapuskan Dosa 2 Tahun

0

Hari ini merupakan hari kemerdekaan negara kita yang ke 60. Ianya juga jatuh pada Hari Arafah salah satu hari yang sangat penting bagi umat islam seluruh dunia.

Pada hari ini, kita disunatkan berpuasa sempena Hari Arafah. Para jemaah haji akan melakukan wukuf di padang Arafah pada hari ini.

 

Setiap tahun pada tarikh 9 Zulhijjah, semua umat islam yang tidak melakukan haji dan berkemampuan disunatkan untuk melakukan ibadat puasa di siang hari dan diteruskan lagi beribadat sepanjang malam raya.

Antara ibadat yang boleh kita kerjakan adalah seperti banyakkan berzikir, bersolat sunat, mengaji dan paling penting banyakkan meminta pengampunan daripada Allah Swt

Nabi saw bersabda yang maksudnya:

Puasa pada hari Arafah, aku berharap Allah akan mengampunkan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. [Shahih Muslim (1162]

Oleh kerana pahalanya yang sangat besar, maka sepatutnya sebagai ketua keluarga, para bapa hendaklah memastikan seluruh ahli keluarganya melakukan ibadat puasa sunat ini.

Sa’id Bin Jubair rahimahullah berkata;

BANGUNKANLAH (daripada tidur) pembantu-pembantu kamu supaya mereka bersahur untuk berpuasa pada hari Arafah.

Marilah kita sama-sama bepuasa dan saling mengingatkan sesama kita, mengingatkan ahli keluarga dan rakan-rakan kita untuk melakukan ibadat puasa sunat yang sangat besar ganjarannya ini.

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita, memadamkan nama kita sebagai ahli neraka dan memasukkan kita ke dalam senarai ahli syurga. Aminnnn

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge