Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

YOUTH Skincare

Kongsi Pengalaman Besarkan Anak Kembar

Intai Si Kembar

Pengalaman Travel & Tips Menarik

Kakda Go Travel

Hal Anak Kakda

Bersalin Di HUSM 2018 | Part 1

Lepas jumpa Pakar O&G khamis lepas (18/10/18), doktor terua bagi tarikh untuk czer.

Mula-mula tu, kakda tanya jugak. Boleh ke tak kalau nak bersalin normal. Sebab rasanya ada je yang dh 3 4 kali czer, tetiba boleh bersalin normal.

Jadi kakda pun try lah tanya. Cuba Jaya. Tak tanya taktau kan.hihi

Tapi malangnya doktor kata tak boleh negotiate hal nak bedah atau normal sebab dah ada 2 previous scar.

Kalau dah ada 2 scar, yang ketiga memang konfem kena czer. Agaknya yang berjaya normal selepas 2kali czer tu sebab ambik pakej bersalin di hospital private dan doktor yang handle pula sanggup tanggung risiko.

Kakda pun xsure sejauh mana kesahihan benda ni.

Yang penting kakda kena masuk wad p serah diri 22hb Okt 2018.

22hb Oktober 2018

Kakda kena masuk wad pukul 10am di Wad 2 Akik. Sebelum masuk, sampai je HUSM terus ke Kaunter Bayaran.

Serah kad pink dan surat arahan untuk admit wad, dan buat bayaran Rm30 sebagai deposit.

Masa ni kakda terus tanya staf yang jaga kaunter macam mana cara kalll nak booking Wad Karporat selepas bersalin nanti?

Staf kata, masuk wad dulu. Dah konfem bersalin, baru g kat Kaunter Bayaran untuk request pindah ke Wad Berbayar.

Setel buat bayaran di Kaunter Pembayaran, kakda dan suami terus menuju ke Wad 2 Akik yang berada di tingkat 2.

Misi dah alert dengan kehadiran kakda. So masuk je dalam Wad 2 Akik terus disuruh nya kakda ke katil yang sudah disediakan.

Setel letak bag semua, suami pun blah.

Kat rumah ada nenek (mak k.da). Kakda tak bagi dia ikut. Takut letih. Lagipun belum sampai masa nak bersalin kan.

Anak-anak semua kat sekolah. Kakda pesan kat suami, takyah datang melawat lah harini.

Menyusahkan dorang je nanti.

Esok je baru datang. Lagipun plan doktor, esok (selasa) standby untuk dibedah. Kalau ada rezeki bilik OT kosong, boleh lah bedah.

Kalau tak available, Rabu konfem akan bedah.

So harini kakda just rest. Borak-borak dengan kawan-kawan katil sebelah menyeblah.

Tadi dah buat ctg (cek jantung baby), jap lagi nak kena ambik darah. Contraction pun dah rasa. Tapi tak konsisten.

Start pukul 2 pagi nanti dah kena puasa. Untuk standby czer esok. Dan 1 lagi, czer kali ni kakda akan buat btl – ikat tiub fallopio.

So dah tak boleh mengandung lagi lah lepas ni.huhu

Sekian cerita Part 1.

Nanti ada benda, kakda update lagi.

 

 

Previous Post

You may also like

1 Comment

  • Reply intan

    thanks for sharing this experience
    intan recently posted…Rawatan Rambut Gugur Lelaki Supaya Tidak BotakMy Profile

    November 2, 2018 at 10:56 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.