Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

KECANTIKAN

Set Kesihatan Shaklee

KESIHATAN

Resepi, Travel, Our Story

MY PRECIOUS LIFE

My Baby Raudah

Bersalin Di HUSM 2018 | Part 2

Assalamualaikum buat semua pengunjung blog kakda. Harini hari ke 29 berpantang. Baru ada rasa nak update blog. Bukan main lama lagi nak sambung part 2 kan. Hahaha.. (teruk betul perangai! ūü§£)

Ok ok. Dah jom sambung.

Yang belum baca Part 1, klik je kat sini.

22/10/18

Tadi Doktor dah pesan. Malam nanti kena puasa. Puasa kena start pukul 2am nanti.

Untuk info bagi yang tak tau, kalau nak bersalin czer, memang kita kena puasa minimum lebih kurang 8 ke 9 jam. Dulu masa bersalin si kembar, kakda puasa start pukul11 malam. Esoknya czer start dalam pukul 8am. Kiranya 8am tu dah start potong perut. Dalam pukul7am, kakda dah kena standby – salin baju bedah, pasang beg kencing dan telan ubat untuk tahan muntah.

Setel semua ni, barulah ditolaknya kita masuk bilik bedah. Ok done throwback.haha

Malam tu kakda sebenarnya tak berapa boleh nak tido sangat. Tempat baru kan. Kakda punya tabiat kalau first time tidur tempat baru, memang susah nak lena.

Tido-tido ayam je la. Lena masa mana pun xtau. Kejap-kejap terbangun. Kejap-kejap terbangun.

Adik sebelah katil kakda dah pesan. Pasang alarm. Senang nak bangun ‘sahur’. Kakda kata tak payah. Nanti dekat pukul2 kakda bangun la. Konon yakin lah boleh bangun.

Sebabnya duk agak, tidur pun tak berapa nak lena mesti senang je nak terjaga. Entah dimana silapnya. Tetiba lena la pulak. Mujur sempat bangun lagi 10minit nak pukul2am. Muahahaha..

Cepat-cepat kakda bancuh ESP Shaklee. Shake-shake guna air mineral, dalam 3 saat je habis togok. Pastu makan kurma dalam 3 ketul. Alhamdulillah setel sebelum pukul 2 pagi.haha

23/10/18

Pagi ni setel solat subuh dan mandi, nurse datang sambung air kat tangan. Wajib sebab kita kan puasa. Takut dehidrate sementara nak tunggu giliran dibedah.

Kalau dulu masa bersalin si kembar, kakda ambik pakej bersalin dengan USAINS. Kita bayar mahal-mahal, so layanan pun kena la setara kan. So memang tak payah tunggu lama. Kita akan jadi first case untuk disetelkan.

Kali ni kakda tak ambik pakej USAINS. Sebabnya dah tahu memang kena czer, jadi fikir takpayah la bazir duit ambik private. Lepas bersalin nanti je baru request wad bilik single untuk keselesaan.

Lepas sambung air di tangan, memang tak berapa boleh nak gerak sangat la. So, apa lagi, tidur la memanjang sambil berharap nama dipanggil cepat-cepat. Tak sabar dah nak tengok baby ni haa.haha

Ikut info yang doktor bagitau, harini ada 3 case yang perlu dibedah. Tapi semuanya kena standby. Kalau bilik bedah kosong, baru lah kami boleh menyelit untuk dibedah. Kalau bilik bedak full, maka tak dapat la nak menyelit.

Maka menunggu lah kakda dengan sabar. Macam ni lah nasib kalau tak ambik pakej private. Kita kena sabar ikut giliran. Sabar kakda..sabar…

Tengok jam dah pukul1pm. Semua orang makin sibuk tanya, ‘dah bersalin ka belum?’. Kejap mak wasap, suami wasap, adik beradik wasap. Cek FB, kawan-kawan pula duk komen, tanya benda yang sama. Semuanya tak sabar nak tahu, tapi kakda ni lagi lah tak sabar tau tak.

Bukan apa, perut ni haa..lapar. Tekak pun keringg.. bibir pun kering. Sebab dah nak 12jam dah puasa ni ooiii.haha

Contraction pun makin kuat. Agaknya baby pun stress nak tahu dapat keluar harini ke tak.hahah

Bila pasang ctg, asyik bunyi ‘beep’ je memanjang. Kalau bunyi ‘beep’ tu, maknanya contraction kuat. Sampaikan ada doktor team lain (setiap patient akan dibahagi-bahagikan ikut Team doktor yang akan handle kita)¬†datang tanya kakda ‘Puan, sakit sangat ka?’ ‘Sakit la jugak..’ jawab kakda.haha..

Tapi setakat tu je lah rasa sakit. Tak lama sakit tu pun hilang. Ingatkan dah nak bersalin dah tadi.haha

Tak Jadi Bedah

Lepas buang ctg (dalam pukul 3pm) barulah doktor bagitau tak jadi nak bedah hari ini. Sebab bilik bedah di labour room tak available. Banyak sangat kes Emergency Czer. Katanya lagi, esok 24/10/18 inshaAllah walau macam mana pun, diorang (Doktor Team A) akan fight jugak supaya kakda boleh dibedah.

Samada nak guna Bilik Bedah di Bilik Bersalin atau guna bilik bedah general (GOT – General Operation Theatre).

Antara kami bertiga yang duk standby tu, sorang je yang berjaya dibedah petang tu. Kes yang paling kritikal antara kami ber3.

Maka, ber’huhu’ lah kami yang tak jadi dibedah ni. Dah petang baru dapat makan minum. Nasib baiklah suamiku belikan Nasi Lemak Ayam yang super sedap. Terubat lah jugak letih puasa berbelas jam. Kesian mak buyung tahan lapar dan dahaga.haha

Malam ni kena puasa pula start pukul 2am. Harapnya esok takdelah menunggu sampai ke petang lagi sekali.haha

Sambung di Part 3 ya. Byee..

 

 

 

Previous Post Next Post

You may also like

2 Comments

  • Reply As

    Adusss…mencabar pula aku baca pengalaman ko ida..nasib pengalaman aku tak camni..

    December 2, 2018 at 1:47 pm
    • Reply KakDa

      Haha..kannn. Paling seram masa rasa sesak napas tu as. Aku ingat aku nak mati dah time tu.huhu.

      December 2, 2018 at 8:17 pm

    Leave a Reply

    CommentLuv badge

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.