Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

KECANTIKAN

Set Kesihatan Shaklee

KESIHATAN

Resepi, Travel, Our Story

MY PRECIOUS LIFE

My Baby Raudah

Bersalin Di HUSM 2018 | Part 3

Assalamualaikum semua. Kita sambung Part 3 dan terakhir ya.

Baca Part 1 pengalaman bersalin di husm kat sini.

Baca Part 2 pengalaman bersalin di husm kat sini

24/10/18

Semalam lepas buka puasa, misi cabut line air garam dan gula (sebab kakda ada gdm masa pregnant). Jadi pagi ni lepas siap solat subuh dan mandi, misi start pasang balik.

Doa-doa semuanya dipermudahkan harini. Kakda masih tak tahu, pukul berapa nak dibedah. Harapnya tak sampai ke petang lah menunggu macam semalam

Sambil tunggu, mengaji sikit. Dah bosan, tidur kejap.

Dekat pukul 9 pagi, kakda tengok mommy yang kes baby songsang (Team C) semalam yang tak jadi bedah sekali dengan kakda tu, dah standby atas katil untuk dibawak ke bilik bedah.

Huhu.. masa ni hatiku dah start rasa kecewa.

Sebab sebenarnya kami masing-masing duk berharap sangat-sangat dapat giliran awal. Siap main teka-teka siapa dapat turn dulu.haha

Doktor Team C janji kat patient dia (mommy baby songsang), team dorang akan bedah dulu pagi ni. Doktor Team A pula janji dengan kakda, kakda akan dibedah dulu.

Jadi bila nampak mommy tadi dah baring atas katil standby untuk ditolak, terus kakda sedih. Sebab nampak gaya, dia dapat turn dulu.huhu (takpelah.. redho..huhu)

Terus kakda wasap husband. Bagitau dia orang lain dah dapat giliran dulu. Sedih lah kengkonon. Sebab nak tunggu satu-satu kes bedah selesai, lama juga. Adalah dalam 1 jam setengah ke 2 jam kata misi. (eh lama ker?haha)

Tu belum lagi kalau tetiba ada kes emergency. Walaupun dah ditolak ke Wad Bersalin, bole jadi je ditolaknya kita masuk ke wad menunggu balik. Lagi lah sedih kan kalau jadi cenggitu.haha

Sebab duk fikir semua kebarangkalian yang mungkin terjadi tu lah yang buat kakda rasa kecewa tak dipanggil dulu.haha!

Lepas tu, kakda pun cuba bertenang dan redho. Allah tahu apa yang terbaik. Cewahh..

Belajar Teknik Urut Breast – Ransang Penghasilan Susu Badan.

Tak lama lepas tu 2 orang misi datang katil kakda. Rupanya misi ni bertugas di bahagian Breastfeeding. Kami borak-borak dan kakda di ajar cara urut breast untuk rangsang penghasilan susu. Anak ke-5 baru lah dapat ilmu mengurut yang betul. (bikin malu je kan.haha)

Tapi takpa, ilmu. Ilmu tak kira usia, bila-bila masa boleh belajar. Dan memang berbaloi ilmu yang dikongsi tu. Susu kakda cepat je keluar berbanding masa berpantang sebelum-sebelum ni. Biasanya mesti panggil tukang urut dulu. urut-urut Miss B dulu, barulah akan rasa Miss B bengkak penuh susu. Kali ni dak. Kakda urut sendiri je. Hebat tak?haha..

10:00 Pagi (24/10/18)

Sedang syok borak-borak dengan misi bahagian Breastfeeding Support tadi, dengar nama kakda dipanggil suh masuk dalam Bilik Persediaan ke bilik bedah. Oh my! Asal cepat sangat pulak. Mommy tadi masih duk situ lagi terbaring atas katil depan pintu Bilik Persediaan, tak tolak keluar pun lagi nama kakda pula kena panggil.

Ni apa kes ni?apa kes ni? acu explain sikit..cehhh.. padahal hati berbunga-bunga dah. Dah sampai giliran aku. Yahuuu!!haha!

Terus wasap husband bagitau dah sampai giliran. Padahal sebelum tu bukan main mengadu lagi youu..haha! Dasar mak buyung, suka sangat mengadu tak tentu fasal kan. Nasib baik lakiku layan kan aje..haha

Antara perbualan kami laki bini sebelum dibedah.haha

Prosedur sebelum dibedah;

Kita akan masuk dalam Bilik Persediaan. Apa yang berlaku dalam tu?;-

  1. Misi akan pasang beg kencing – sebab kalau dibedah, kita kena baring lama. Tak boleh bangun. Tak boleh p tandas. So mesti pasang beg kencing untuk kencing lorr.
  2. Kita akan disuruh telan sejenis ubat cair. Ubat tu tak silap fungsi dia adalah untuk elak kita termuntah masa dibedah. Tak silap kakda, rasa muntah disebabkan kesan bius. So minum ubat ni betul-betul, jangan cerewet kalau tak nak cipta sejarah muntah dalam bilik bedah. Korang dapat tak bayangkan dengan perut yang ‘koyak’ tetiba korang muntah. Habis keluar isi dalam perut makkkk!! Seram woii!haha
  3. Bra spender cabut semua. Rantai cincin subang pun tanggalkan semua.
  4. Salin baju bilik bedah. Pakai dari depan. Kat belakang takdak butang apa pun. seksi youu.. kalau tak pegang molek, bole bogel satu belakang.haha! tapi jangan risau, misi akan tolong pegangkan dan tutup belakang kita.
  5. Pakai topi bilik bedah. Ala.. macam shower cap tu je.. Kita boleh request nak pakai tudung dulu. Sampai Bilik Bedah baru buang. Sebabnya nak ke Bilik Bedah tu, kita akan lalu koridor laluan awam, masuk lif keluar lif. Memang akan bertembung dengan rakyat jelata. So, kalau tak pakai tudung, terdedah lah aurat kita. Orang awam yang duk lalu lalang semua nampak nanti. Tang badan pula, minta tolong misi tarik sikit selimut biar tertutup semua badan kita termasuk lengan. Kalau kita tak request, biasanya misi tak tolong tutup pun. So, mulut kena buka lah ye. Rajin-rajin minta tolong. Misi baik-baik. Dorang tak marah pun.

Lepas siap semua, misi suruh baring atas katil trolly. Katil tu dah standby kat luar Bilik Persediaan. Baring kejap. Tunggu arahan dari Dewan Bedah General (GOT). Masa ni barulah kakda tahu, mommy tadi rupanya duk standby untuk di panggil ke Dewan Bedah bilik bersalin , kakda pula akan dibedah di GOT.

Kat Bilik Bersalin ada 1 je bilik bedah. Kalau kat dewan bedah biasa, ada banyaakkk bilik bedah.

Lepas beberapa minit, dapat arahan dari GOT. Misi pun tolak la kakda keluar dari Wad 2 Akik. Mommy tadi pula masih duk menunggu lagi kat situ. Kesian dia dah sejam lebih menunggu.huhu..

Dewan Bedah Umum (General Operation Theatre, GOT) – Bilik Penerimaan Pesakit.

Bilik Penerimaan Pesakit – Misi tolak sampai sini jaa. Pastu misi bahagian Bilik Bedah akan ambil alih.

Sampai sini, suami dan MIL dah tak boleh ikut. Tunggu di luar.

Gambar ni husband kakda snap dari luar pintu. Kakda tengok je dari kejauhan. Tetiba rasa sebak. Macam-macam kakda fikir. Nangis juga sebenarnya. Nasib baik la husband kakda duk luar nuhh. Malu jugak kalau dia nampak. Dan konfem makin banyak air mata keluar nanti. haha

Then, sempat lah jugak salam-salam. Minta maaf, minta halal semua. Takut tetiba mati masa dibedah kan. Mana lah kita tahu. Biar mati dalam rehdo suami.huhu

Dalam tu misi cek balik segala mak nenek borang-borang yang perlu kita sign sebelum dibedah. Double check kot ada yang tertinggal. Misi konfemkan balik kakda dan suami setuju buat BTL. Iya.. kakda dah ikat. 3x dah czer. Takut dah.

Dalam GOT ni ada banyak pesakit tengah standby untuk dibedah. Semua dah baring atas katil penuh dengan wayar di badan. Tinggal tunggu ditarik masuk dalam bilik bedah masing-masing. Memang berselerakkan lah kami semua kat situ.haha

Memula tu ingatkan kena tunggu giliran lagi. Rupanya tak. Nasib baik..hehe

Dalam Bilik Bedah.

Lepas setel semua urusan di luar, kakda pun ditarik masuk dalam bilik bedah. Bilik bedah sangat sejuk tau. Tak tau lah berapa suhu acon dalam tu.

Masuk dalam bilik bedah, kita kena tukar katil lain yang lebih kecik. Katil khas untuk bedah lah kot. Fit-fit badan kita je. Katil tadi ditolak keluar. Then start la proses nak dibedah.

Dalam bilik bedah, Ada 4 orang misi yang handle kakda. 2 perempuan, 2 lelaki. Sorang doktor bedah lelaki dan doktor pembantu perempuan, sorang doktor bius. Ni jaa yang kakda ingat.

Start dengan bius. Kakda ambik bius jenis Spinal. Bius separuh badan. 2x czer sebelum ni pun kakda ambik bius yang sama.

Kita akan disuruh bangun duduk. Kaki melunjur straight. Pastu peluk bantal dan kepala tunduk sedikit landing atas bantal tu. Jangan risau, nanti misi ajar lah.haha

Doktor bius akan suntik tulang belakang kita. Lebih kurang aras pinggang. Kakda tak ingat berapa kali masuk jarum, rasanya macam 2x atau 3x. Taktau lah, tak ingat. Korang try la google proses bius macam mana. Kakda malas nak ambik tahu, takutnya nanti makin bertambah rasa takut.haha

Sakit? Sakit jugak. Tapi takdelah sakit sangat sampai rasa nak nangis. Ala.. suntik kat lengan pun sakit kan. hehe..Yang penting set dalam otak, semua tu tak sakit. Dan sepanjang proses bedah ni, jangan stop baca ayat-ayat quran. Selawat kaa..istighfar ka.. baca doa nabi yunus kaa.. baca jaa yang mana ingat. Yang penting ingat Allah. InshaaAllah kita lebih tenang dan kuranglah rasa takut dan sakit tu.

Lepas je kena suntik, kakda dapat rasa, area punggung ke peha start jadi kebas. Dapat rasa macam ada sesuatu mengalir kat punggung. Actually risau juga kalau bius tak menjadi. Takut je masa kena belah perut, tetiba rasa sakit. Serammm. Takut nak bayangkan. Nasib baik lah bius menjadi. Hahah!

Lepas dibius, kita dibaringkan semula dan di’set up’ kan macam dalam gambar kat bawah ni.hehe

Dua-dua lengan kena buat macam tu. Macam nak terbang.haha.. wayar kiri kanan disambung. Jari dipasang dengan heart monitor untuk pantau jantung kita. Bidai diletak depan muka nak elak kita nampak proses pembedahan. Kipas panas dimasukkan dalam selimut area dada kakda. Lengan yang terdedah dengan udara kakda minta diselimutkan sekali sebab kakda tak tahan sejuk. Pastu tunggu je lah sampai proses selesai.

Sepanjang proses pembedahan berlaku, ada satu masa tu tiba-tiba kakda rasa macam sesak nafas. Macam tak boleh nak tarik napas, rasa saluran nafas jadi sempit. Cuba tarik lagi, rasa susah jugak. Eh aku ni dah kenapa. Terus rasa panik. Tapi doktor rileks je. Kalau betul ada masalah, mesti heart rate kakda menurun kan.cehhh.. pepandai je aku.haha

So bila doktor tak kata apa, tak dak tanya-tanya, maksudnya ok je la kot. Kakda pun cuba set kan minda. Semuanya OK, semuanya OK. Then lepas beberapa minit ke saat ke.. alhamdulillah dah rasa ok balik. Legaa..huhu

11.26am Baby Keluar

Masa baby keluar, doktor terus azankan. Actually kakda pun tak pasti siapa yang azan tu. Doktor kaa.. misi kaa.. pembantu kaa.. yang penting kakda dengar suara lelaki. dan sudah pasti bukan suamiku. Sebab suamiku diluar tak boleh masuk.haha!

Kesan merah sebab doktor guna forsep masa nak keluarkan Raudah dari perut mama.

Tak lama lepas tu misi bawak baby datang dekat. Cium2 sikit..besttt!haha Pastu misi bagitau nak bawak baby keluar ke tempat bapaknya diluar. OK misi.

Pukul 12 lebih, siap bedah. Rehat jap kat luar bilik bedah sementara tunggu semua urusan. Lepas azan zuhur, tak lama lepas tu kakda pun ditolak masuk kedalam Wad 2 Nilam. Baring la sampai esok.haha

Lepas czer kita memang tak diizinkan bangun. Kena bed rest dulu. Makan minum pun tak boleh lagi. Kena tunggu 8jam kot tak silap. Atau sampai ubat bius hilang? haha. sori lah tak ingat. Adehhh.. tapi rasa macam betul dah.hehe

Lepas 8jam macam tu, wayar/line air garam akan dicabut. Kita dah boleh start minum air kosong dulu. Lepas minum air kosong, kalau takdak muntah ka apa ka, bole cuba minum air manis pulak.

Esok pagi baru kakda start makan. Makan pun kena start dengan bubur nasi dulu.

Masih bed rest. Tak boleh bangun lagi.

Semuanya kena slow-slow. Arahan makan minum ni atas arahan doktor yang pantau kita. Ikut condition kita la kot. Doktor akan bagi arahan sesuai dengan tahap kesihatan kita.

Kakda syukur, kentut pun cepat je. Orang yang kena bedah ni, lepas bedah kita mesti dan wajib kentut. Kalau tak keluar kentut, biasanya memang ada problem la tu dalam perut. So jangan pelik kalau doktor asyik tanya, dah kentut ke belumm..hehe

25/10/18

Dalam pukul10pagi misi datang cabut beg kencing. Kita dah kena cuba bangun slow². Kena usaha jalan p kencing kat tandas. Selagi tak bangun dan tak kencing kat tandas, selagi tu tak bole balik rumah.

Suasana sekitar wad.

Memang perit sikit kali ni sebab bersalin kat HUSM, tak boleh ada orang teman. Malam je boleh teman. Pagi ni memang agak sedih la sebab kena urus sendiri semua.

Nak bangun pun payah, nak bagi susu baby lagi. Nak salin pampers baby lagi.huhu..

Ni je lah yang tak bestnya kakda rasa sepanjang bersalin kali ni. Yelah biasanya bersalin kat private, sepanjang masa ada peneman. Tak rasa susah. Ada orang boleh tolong2 kita.

Pastu nak p tandas pun dekat sebab tandas dalam bilik. Duduk kat Wad biasa ni, katil kakda punya main jauh dengan tandas. Tapi gagahkan juga jalan. Slow-slow la kan.hehe

Petang tu dalam maghrib alhamdulillah dapat pindah p Wad Karporat. Wad Karporat ni wad berbayar. 1 malam Rm200. Risau jugak tak dapat bilik. Sebab misi bagitau dari siang tadi, katanya bilik penuh. Alhamdulillah ada rezeki kami pindah wad.

Senang mak kakda nak tido malam. Anak-anak, suami dan family lain pun selesa datang melawat kalau bilik single kan.

Secara keseluruhannya, pengalaman bersalin di HUSM agak best dan selesa. Paling penting, jimat berganda-ganda. Kemudahan lengkap, wad selesa, misi baik doktor pun baik.

Kos bersalin kali ni paling jimat. Tak sampai 1k pun. Kos bersalin dalam Rm200, bilik 2 malam Rm400. Sebelum ni dah habis Rm6k lebih anak sulung, Rm3k lebih anak 2nd, Rm7k si kembar. Haha.. suami kakda siap tepuk dahi terima bil hospital sebab tak sangka caj rawatan bersalin kali ni berkali ganda murah. Inilah namanya rezeki kan. Alhamdulilah..

Kenapa kakda pilih bersalin di private sebelum ni? Sebab nak bersalin dengan doktor perempuan. Kalau kat HUSM kita tak boleh pilih doktor kan. Tu je. Kali ni pilih HUSM sebab 1- dah konfem czer, 2- dah kali ke-3 czer better HUSM sebab alat lengkap.

Sekian cerita pasal bersalin di HUSM. Terima kasih pada yang sudi baca sampai habis.haha!

 

 

Previous Post

You may also like

Leave a comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.