Bila Abang Yusuff Masuk Darjah 1, Si Kembar Blurr

0

Sejak abang Yusuff masuk tahun satu, si kembar takde kawan nak main siang-siang. Biasanya kan ada abang. Hari-hari abang Yusuff main dengan kembar sebab abang Yusuff tak masuk tadika masa umur 6 tahun.

KakDa hantar Yusuff masuk Tadika Aulad Pintar sejak umur 3 tahun. Tapi masa tu sebenarnya dia pun tak cukup umur 3 tahun lagi sebab Yusuff lahir bulan 10. Jadi, kiranya kami hantar dia bersekolah masa umur 2 tahun 3 bulan. Kecik sangat lagi.

Masa tu Tadika Aulad Pintar masih guna program Little Caliph. kakDa sebenarnya teruja tengok tempat yang disediakan. Memang menarik, kemas dan teratur. Setiap student kat situ ada bilik darjah masing-masing. Setiap kelas ada dalam 10 ke 12 orang pelajar.

Budak 3 tahun masa tu ada dalam 10 orang je seingat kakDa. Jadi memang dorang ada kelas untuk budak-budak 3 tahun juga. Dalam kelas tu ada meja, kerusi dan alat bantu mengajar yang kebanyakannya nampak macam barang-barang IKEA. Jadi, memang menarik.hehe

Bila Yusuff masuk 6 tahun, dia kata dah bosan duduk kat sana. Dia tak nak sekolah. Nak duduk rumah. Kami suami isteri pun ok je dengan keputusan Yusuff. Lagipun masa tu dia dah lancar membaca dan dah hafal bacaan-bacaan dalam solat. Surah-surah pendek pun dia dah hafal.

Takut juga bila dia masuk darjah satu nanti, dia akan rasa bosan sebab dah pandai banyak benda. Kami agak kalau tak masuk tadika, sekurang-kurangnya bila masuk darjah satu nanti, dia akan rasa teruja balik. Sebab mesti ada benda yang dia dah lupa, jadi dia akan rasa rindu nak belajar balik.

Alhamdulillah, betul perancangan kami. Yusuff memang betul-betul teruja masuk darjah 1. Lagi buat dia teruja, bila  cikgu selalu puji dia pandai dan asyik suruh dia je buat tugasan. Minggu depan nanti cikgu suruh dia baca pantun kat dewan atas pentas sambil pegang mic. Menurut Yusuff dia terpilih untuk baca pantun sebab dia pandai membaca. Hebat anak mama! Yang penting, kakDa nak Yusuff ada sifat berani dan yakin diri yang tinggi.

Jadi sekarang ni, kat rumah, kembar masih dalam fasa nak membiasakan diri tanpa abang dorang. Memang rasa pelik, walaupun kembar berdua, tapi dorang macam takde idea tau nak main apa. Kesian juga, tapi harap-harap minggu depan kembar semakin dapat membiasakan diri bermain berdua.

Bila pasang cerita kartun pun, kembar hanya tengok cerita kartun yang dorang tengok masa ada abang Yusuff. Kartun lain dorang memang tak tengok walaupun kartun tu best. haha..

KakDa pula kena banyakkan bersabar sementara nak tunggu kembar pandai bawak diri tanpa abang dorang.haha.. cepat-cepat la adapt wahai kembar. mama nak layan cerita korea pulak ni.haha..gurau!

 

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge