Bila Sikembar Botak, Mama Pun Keliru.

0

Balik dari berpantang kat Sabah awal bulan Jun 2014 haritu, abah bawak si kembar pergi cukur rambut. Katanya nak bagi botak terus. KakDa pun memang setuju sangat bab-bab nak botakkan kepala anak-anak yang masih kecil ni.

Mudah nak jaga. Dorang pun tak serabut dengan rambut yang panjang. Yelah, kadang-kadang disebabkan serabut dengan rambut, baby akan rimas. Bila berpeluh mulalah ruam pula yang naik. Tak pasal-pasal maknya tambah serabut nak urus hal ruam pulak.heheh

 

 

Biasanya kami tak cukur sendiri. Bawak je kat kedai gunting rambut. Senang. Kat kedai gunting rambut ada mesin cukur tu kan, jadi mudah je nak botakkan kepala baby. Banding kalau kita nak cukur sendiri kat rumah, takut luka pulak.

 

Lagipun kalau baby menangis tak selesa dicukur, tukang gunting rambut pandai buat cepat-cepat. Jadi kalaupun baby nangis takde lah sampai melarat.

 

Cumanya kakDa ni rasa keliru pulak tengok gambar sikembar botak. Rasa takleh nak cam yang mana satu Ahmad, yang mana satu Muhamad.hahah..

Bila perati betul-betul barulah dapat agak. Yang berbaju tu Ahmad. Yang pakai lampin tu Muhamad. Masa ni si kembar baru masuk 2 bulan beberapa hari.  Sedap je kepala botak ye sayang. ^_^

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge