Biskut Raya Kedua Jadi Mangsa Si Kembar – Walau Murah Tapi Sedap!

2

Baru nak masuk 10 terakhir Ramadan, dah 2 bekas biskut raya kakda habis di makan oleh si kembar. Biskut pertama choco chips cookies. Yang kedua biskut Dahlia jenama Tea Break.

Biskut Dahlia tu kakda beli kat AEON Mall Kota Bharu. Harganya cuma RM14.90 kalau tak silap. Tak ingat pulak sen dia berapa! *hahaha*

Tapi kat TESCO dia ada buat promosi jadi RM10.90 kalau tak silap masa Jumaat lepas. Pendek kata RM11 lah!

Cumanya kakda memang lah tak beli yang kat TESCO tu sebab dah beli kat AEON kan.. kakda hanya mampu ber’huhu’ je lah tengok harga kat TESCO lagi murah. Makanya dah namanya bukan rezeki kita ..ye dokk?hehe

Murah Tapi Sedap!

Yang paling kakda tak sangka, biskut tu sedap tau. Selama ni kakda sokmo pandang serong pada biskut-biskut raya yang dijual sebegitu. Konon tak mau beli sebab tak asli. Bukan orang buat kat rumah.

Nampak tak kesombongan diri kakda disitu. Sila jangan tiru ya anak-anak. Tak baik! Kakda pun dah insaf dah ni.huhu *tak baik berburuk sangka walau hanya pada biskut*

Renung-renungkan Dan Selamat Beramal

Kakda nak kongsikan sedikit tips untuk mereka yang nak jimatkan kos raya.

Kalau korang ada anak ramai, mesti banyak duit yang perlu dibelanjakan untuk raya ni kan?

Jadi antara perkara yang kita boleh cuba jimatkan ialah tak payah beli biskut raya yang standard-standard. Tahun ni kakda rasa biskut raya 50pcs RM30 tu sangat mahal!

Padahal masa bujang-bujang dulu kakda rasa tak ada apa yang salah pun dengan harga tu.

Bila dah beranak-pinak ni, pandai pulak kakda kata mahal!hahaha.. *nampak tak ada tekanan ekonomi disitu*

Jadinya, kakda dah berazam. Start tahun depan, kakda akan beli biksut raya kat TESCO je yang harganya bawah dari RM20 hinggit! *RM16 to be exact!haha*

Selain daripada sebab memang nak jimat, kakda nak pupuk hati jadi rendah diri. Sombong hanya akan bawak kakda jauh dari Syurga.

Tapi bukan maksud kakda korang yang beli biskut mahal jahat tau! Jangan salah faham. Ini hanyalah terapi iman untuk diri kakda sendiri. Cara kakda nak pupuk hati jadi rendah diri. Nak buang sifat sombong jauh-jauh.

Zaman ekonomi sekarang ni, kita kena jimat-jimat. Melainkan memang kita ni banyak duit lebih, tak kisah lah nak beli yang mahal pun. Itu kan duit korang, suka hati korang lah nak belanja apa kan.haha

Cuma untuk mak-mak yang macam kakda, yang memang rasa perlu jimat, maka jom lah kita berjimat.

Baju raya pun kakda tak beli banyak. Satu sebab memang kakda tak nak beli sebab kakda stay at home mom kan. Tak keje.. Sehelai je yang baru. Cukuplah tu.

Sehelai lagi adik ipar kakda sponsor. Sebab dia tokey baju Masyarabia. Alhamdulillah dapatlah baju free setiap tahun. Yeehhaaa!!haha. *korang sila jangan nak cemburu buta pulak tau ;p*

Korang yang keje lagi-lagi keje cikgu, haruslah pandai-pandai cari baju yang murah dan cantik.

Sebenarnya kan, kat kedai-kedai kita pun banyak baju murah dan cantik. Tak payah nak bergantung sangat dengan kedai online. Lagi-lagi baju budak. Kat Mydin berlambak baju murah. Kain pun elok harga RM40 je kakda tengok tadi.

Banyak pengajaran cara shopping raya tahun ni yang kakda dapat. Semoga raya tahun depan, kakda lebih baik dalam berbelanja.

Sebenarnya walaupun duit kita banyak, yang paling penting sekali jangan melebih-lebih dalam berbelanja.

Bulan Ramadan bulan untuk kita mendisiplinkan diri. Kena praktik kan betul-betul yaa…

Itu je lah celoteh untuk petang ni. Selamat mencari LailatulQadar. Jangan lupa baca doa lailatul qadar. Antara banyak-banyak doa dan hajat kita, paling penting sekali adalah doa mohon keampunan dari Allah.

Masa sediakan sahur tu, baca lah ulang-ulang kali pun sampai waktu subuh.

Semoga Ramadan kali ini membawa seribu perubahan dalam diri kita, perubahan dalam tahap keimanan dan keyakinan kita kepada Allah s.w.t dan semoga ia menjadi Ramadan yang lebih baik daripada yang sebelum ini.

Salam ukhuwah dari kakda. muahh!!

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Discussion2 Comments

  1. amboi sis ida, mention cikgu nampak hahahaha, alang2 dyg mc berdua ngan hubby, baju 2pasang jak beli sb hubby kata, xpayah beli byk2….xmuat lemari…

    adooooi…telan liur jak lah tgk baju lawa2 *yang hakikatnya baju tu memg nda muat ngan dyg sb besar kahkahkah

Leave A Reply

CommentLuv badge