Cadangan Tempat Penginapan Yang Murah, Lengkap Dan Selesa , Homestay Airbnb Hikaru-San Di Osaka

0

Tempah Homestay Di Osaka Menggunakan Applikasi Airbnb, Murah Dan Lengkap.

Banyak blog yang kakda jumpa, jarang bagi cadangan nama tempat tinggal ketika bercuti ke Osaka. Lagi-lagi ke Kyoto. Susah nak jumpa.

Sebab kalau ikut plan asal kakda, kami nak direct ke Kyoto. Hari terakhir baru nak pusing-pusing Osaka.

Tapi penat dah kakda cari tempat yang murah untuk area Kyoto, tak jumpa. hahah

Kalau ada pun kakda tak berapa berkenan. Ada pulak tu agak mahal. Tak sesuai dengan bajet kakda. Biasalah, kami kalau boleh nak jimat duit tapi selesa.(amboiii..hiihii)

Memang ada yang murah. Penginapan macam hostel murah. Kalau bujang boleh consider. Tapi risau gak kan, takut payah nak solat semua tu. Jadi kalau bujang pun, lagi-lagi kalau semua perempuan, cubalah cari tempat yang selamat dan selesa untuk kita solat dan tinggal.

Airbnb, cari homestay ‘Gran-Build Osaka, Room 3-D’ area Osaka.

Idea tempat penginapan untuk trip pendek percutian ke Osaka ni, kakda akan stay di tempah homestay kepunyaan Hikaru Tanaka di kawasan Kitagaya, Osaka City.

Bagi kakda, homestay ni cukup murah dah. Dapat tinggal sendiri. Tak campur gaul dengan orang lain. Ok lah kan.

Untuk 3 malam, kosnya cuma RM397.25. Lebih kurang RM132.42/ 1 malam. Not bad lah kan? Dia murah sebab cleaning fees nya murah.

Daftar di Airbnb Dan Dapatkan Travel Credit sebanyak RM105 Untuk Tempahan Homestay Anda Disini

Sesetengah homestay yang kakda jumpa harga 1 malam memang murah, tapi bapak punya mahal cleaning fees dia, hampir rm300 1 malam. Bila total up, 3 malam tu dekat seribu.hahah!!(nangess T_T)

Kenapa Kakda pilih Homestay Di Osaka Ni?

Salah satu sebab kenapa kakda yakin, sebab reviu homestay ni dekat 1k dah. Dan antara reviu-reviu tu, ramai je terselit reviu dari orang Melayu kita.hehe

Untuk info, Hikaru Tanaka ni memang bijak dan suka bisnes. Pasal apa? Pasal dia ada lagi bilik lain. Ada 3 bilik lain lagi di apartment yang sama. Tak silap kakda, 1 bijik di level 3, dan 2 bijik di level 5. Harga lebih kurang je. Tak beza mana.

Dan apartment ni takdak lif. Jadi kalau bawak beg troli yang besar, kena consider lah untuk tinggal di sini. Kalau just bawak backpack, ok lah. Walaupun letih gak sikit.hehe

Kalau korang nak juga booking homestay ni, korang just klik je kat sini.

Booking Homestay Osaka Murah

Kelebihan Homestay Hikaru-San.

Kalau baca reviu, apartment ni kecik tapi cukup selesa untuk 2 orang. Tapi rumah di Jepun, normal kot kecik, jadi no big deal lah. Lagi pun yang penting murah.hahah

Pastu rasanya kat sini tak dak microwave, yang ada cuma kuali dan oven tuk bakar roti. Tapi jangan risau, masa beli makanan kat Lawson atau 7E, kita suh depa panaskan terus.

Atau kalau nak beli kat supermarket pun sama, kita suh panaskan kat sana sesiap.

Atau boleh juga panaskan sendiri guna alatan memasak yang disediakan. Kalau tak yakin nak guna, bawak sekali sabun Taharah. Samak dulu sebelum guna.

Kalau ustad ngajar royak, kalau kita tak nampak ada najis pada pinggan atau bekas yang kita nak guna, kita tak payah samak. Sebab islam tu mudah. Jangan terlalu berlebih-lebih dan syak lebih-lebih.

Tapi bagi kakda sendiri, bergantung ada tahap keyakinan kita. Kalau tanya kakda, kakda tak yakin sangat. Sebab kakda tahu, ada pelbagai manusia yang duk sewa homestay ni dari pelbagai latar belakang dan fahaman agama berdasarkan reviu kat airbab.

Pastu pulak, kalau jenis nak duduk homestay, konfem lah sebab nak masak sendiri kan. Kalau tak nak masak, baik duk hotel je kan.

Jadi, kesimpulannya, kakda akan bawak seketul sabun Taharah dan akan samak sikit kuali, sinki dan pinggan sudu. huhuh

Sekian.

Kakda akan bertolak pada penghujung September 2017 nanti. Doakan semuanya selamat, dipermudahkan dan baik-baik saja. Kakda doakan korang pun sama. Selamat Ke Jepun!hehe

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge