Cara Atasi Masalah Kulit Kusam Dan Tak Bermaya Agar Kelihatan Lebih Cantik Menarik

2

Macam Mana Nak Dapatkan Kulit Muka Yang Cerah Bermaya Dan Tak Kusam?

Kalau bukan masalah jerawat pasti masalah berkaitan dengan jeragat. Kita kaum wanita memang tak lari dah daripada dua benda ni.

Tapi bagaimana pula dengan mereka yang takde jerawat , takde jeragat tapi mukanya tak bermaya? Atau bahasa biasa kita panggil kulit muka kusam!

Apa Yang Dikatakan Sebagai Kulit Kusam?

Kulit kusam adalah satu keadaan kulit muka yang kelihatan tak bermaya, tona kulit tidak sekata, tidak mempunyai seri dan sering dikaitkan dengan kulit yang tidak sihat.

Kulit Kusam Buat Kita Kelihatan Jauh Lebih Tua Dari Usia Sebenar.

Cik Aini berusia 25tahun, baru setahun berkerja sebagai cikgu di sebuah sekolah yang terletak di ibu kota.

Kehidupan sebagai seorang cikgu memang agak memenatkan dan kadang-kala buat beliau stress.

Namun antara semua masalah tu, yang paling beliau tak tahan bila beliau sering dipanggil Puan sedangkan beliau masih bujang, belum berkahwin. Malah buah hati pun belum ada.

Bukan sebab wajahnya ada masalah jerawat. Bukan juga sebab banyaknya jeragat. Tapi sebab wajahnya kelihatan tak bermaya. Kusam dan kelihatan tua dari usia. Sangat berbeza dengan rakan lain yang sebaya.

Kenapa Kulit Muka Menjadi Kusam, Apa Puncanya?

Bagi kebanyakan wanita yang mempunyai kulit muka yang normal, kadang kala ia membuatkan mereka berada di zon selesa.

Ianya jauh berbeza dengan mereka yang mempunyai masalah jerawat.

Bila berada di zone selesa, tak banyak usaha yang dilakukan untuk menjaga kecantikan kulit wajah.

Dalam tak sedar, kulit mereka menjadi kusam dan kelihatan tak bermaya.

Berikut antara sebab kenapa kulit muka mudah menjadi kusam;

  1. Merokok
  2. Meminum alkohol
  3. Diet yang tidak sihat seperti banyak mengambil gula dalam makanan dan minuman.
  4. Tidak mengambil air yang cukup.
  5. Tidak mempunyai rutin penjagaan kecantikan yang konsisten.
  6. Tidak mengambil apa-apa supplemen.
  7. Kurang bersenam.
  8. Tidur lewat.

Produk Shaklee Yang Boleh Membantu Masalah Kulit Kusam

Produk shaklee yang membantu masalah kulit kusam terdiri daripada produk Skincare dan juga supplemen.

Skincare NutriWhite

Sebaiknya ambil ketujuh-tujuh produk didalam NutriWhite, namun jika anda mempunyai kekangan bajet, utamakan 4 yang Asas terlebih dahulu;

1. Gentle Deep Foaming Cleanser (Pencuci muka)

  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit
  • Alga Hijau melembapkan kulit dan membersih hingga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan meratakan tona kulit
  • Lembut dan menyegarkan

2. NutriWhite Soothing Radiance Whitening Softener (Toner/Lotion)

  • Melembapkan dan mengembalikan keseimbangan pH semula jadi kulit
  • Kulit terasa lebih segar dan lebih anjal dengan ekstrak Rosemary
  • Kudzu menegangkan dan mencerahkan kulit
  • Marshmallow membekalkan lembapan penting
  • Sungguh berkesan untuk menyihatkan dan menyerikan kulit

3. Daily Defense Whitening Essence (Serum)

Dirumus dengan kepekatan bahan-bahan asli agar kulit terasa lembut sehalus sutera dan tampil lebih menawan:

  • Bearberi untuk mencerahkan dan menegangkan kulit
  • Strawberi Begonia untuk meratakan tona kulit
  • Kacang Soya untuk memudarkan dan mengurangkan jeragat dan cela kulit
  • Mulberi untuk mencegah kesan-kesan kerosakan akibat sinaran matahari
  • Vitamin C aktif untuk memperbaiki penampilan kulit dan mengembalikan seri wajah
  • Tekstur esen yang licin dan mudah diserap oleh kulit

4. Overnight Renewal Whitening Cream

  • Bertindak sepanjang malam untuk memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit
  • Linden membekalkan khasiat dan melembapkan lapisan kulit paling dalam
  • Scullcap mencerahkan dan melegakan keradangan kulit
  • Vitamin C aktif mengurangkan jeragat dan cela serta mengembalikan kecantikan kulit
  • Kulit terasa lebih halus, lebih lembut dan tampak lebih berseri apabila anda bangun daripada tidur pada keesokan harinya

Supplemen Untuk Kulit Kusam

Berikut pula antara supplemen yang sesuai untuk masalah kulit kusam;

1. Vitamin B Complex

B Complex kini tidak lagi asing dalam dunia kecantikan. Namun kebanyakkan dari kita kurang tahu akan kelebihan vitamin B sebagai agen kecantikan. Yang kita tahu asyik-asyik vitamin C dan Kolagen je kan?hehe

Korang tahu tak, B3 (Niacin) dikatakan mampu menjaga lapisan kulit atas agar ia kekal lembap? Dengan keupayaan menjaga lapisan epidermis luar, kulit kita akan menjadi lebih lembut, halus dan tidak kering. Ia dapat mengelakkan kedutan!

Vitamin B12 akan membantu mengawal penghasilan hyperpigmentasi yang biasanya membuat kulit kelihatan gelap dan kusam. 

Manakala Vitamin B5 membantu mengawal masalah jerawat. Jika diambil bersama vitamin C, ia akan membantu luka jerawat untuk lebih cepat kering.

2. ESP – Energized Soy Protien

ESP akan membantu penghasilan sel-sel kulit baru yang lebih sihat, berkualiti dan cantik.

ESP juga merupakan salah satu sumber kolagen yang sangat berkesan untuk membuatkan kulit muka dan seluruh badan menjadi jauh lebih cerah malah dapat mengurangkan masalah selulit dan membantu memudarkan parut.

3. Sustained Release Vita-C

Terakhir sekali ialah vitamin C. Kalau nak kulit cantik, memang tak boleh tinggal dah vitamin C.hahah..

Salah satu sebab kenapa kita kena makan vitamin C untuk dapatkan kulit yang cantik ialah vitamin C mampu menghasilkan kolagen dalam badan.

Dan banyak supplemen yang memerlukan vitamin C untuk bertindak dengan lebih optimum!

Lawan Dari Luar Dan Dalam!

Nak lawan kulit kusam sebenarnya mudah je.

Lawan dari luar dan dalam.

Selain menggunakan Skincare Nutriwhite, anda juga perlu rajin membuat rutin penjagaan lain samada DIY atau membeli masker yang ada di pasaran.

Pastikan jaga diet anda sebaiknya. Kurangkan makanan yang tinggi kandungan gula kerana ia bisa membunuh kolagen yang ada didalam badan seterusnya akan membuatkan kita lebih cepat tua dari usia sebenar.

Tempahan:

Jika anda ingin mendapatkan produk ini hubungi kakda melalui Wasap di link ini untuk mendapatkan khidmat konsultasi tentang ssupplemen apa yang paling tepat dengan bajet dan situasi anda, tips serta cara pengambilan yang betul.

Kakda | 010 760 4946

Pengedar Shaklee Kelantan

COD Kubang Kerian, Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Binjai, Kedai Lalat

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Discussion2 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge