Cara Berkesan Hilangkan Jerawat Dimuka Akibat Tersalah Beli Skincare

12

Cara Hilangkan Jerawat Di Muka – Sebab Tersalah Beli Produk Skincare

Baru-baru ini kawan kakda mengadu kulit mukanya naik jerawat balik. Memang sebelum ini, kulit muka beliau pernah mempunyai masalah jerawat yang agak teruk.

Tapi setahu kakda, masalah jerawat beliau sudah lama setel. Malah beliau pernah berkongsi gambar terbaru selepas menggunakan Set Kecantikan Shaklee selama lebih setahun.

Dalam gambar tersebut memang terserlah perbezaan kulit beliau – kulit cerah, tak nampak jerawat batu malah nampak jauh lebih putih. Sangat berbeza dengan gadis yang kakda temui semasa COD Shaklee di Pengkalan Chepa suatu masa dahulu yang mempunyai parut jerawat yang banyak dan kulit muka yang agak kusam.

Jerawat Naik Balik!

Kakda, jerawat saya naik balik.

Kakda yang terima wasap ni sedikit terkejut. Setelah beberapa tahun beliau memang konsisten makan supplemen shaklee, kenapa tiba-tiba saja jerawat boleh naik?

Macam mana boleh naik balik?

Berdebar kakda tau nak tunggu respon adik ni.

Saya salah beli skincare kakda. Saya ingatkan produk N*******A tu bagus, sebab tengok testimonial semua kata berkesan. Jadi saya cuba.

Dah sebulan saya pakai, memang teruk jerawat saya naik. Seller tu kata, mungkin healing crisis. Tapi ni dah terlampau teruk. Malu saya kakda.

Rawat Jerawat Bukan Hanya Dari Dalam Tapi Juga Luaran

Mungkin tak ramai yang percaya, sebenarnya bila kita nak rawat masalah jerawat, kita kena rawat dari dalam dan luar.

Jom kita tengok perkongsian Cik Nor Farizan kat bawah ni bagaimana beliau berjaya menghilangkan masalah jerawat yang sudah dialaminya lebih 7 tahun dalam tempoh yang singkat!

Menurut Cik Nor Farizan, beliau turut tersalah beli skincare yang akhirnya membuatkan mukanya naik jerawat yang sangat teruk. Jom tengok!

Kakda Pun Pernah Tersalah Beli Skincare Tau!

Kakda sendiri pernah mengalami masalah naik jerawat disebabkan tersalah beli skincare. Kakda beli produk lain, kononnya sebab dah bosan guna produk Nutriwhite Shaklee.hihi

Kakda rasa kulit muka tak cukup cantik lagi, so tergoda lah nak try skincare lain. Padahal kulit muka kakda ok je. Tak de masalah jerawat batu mahupun jerawat nasi. Jerawat pasir tu op kos lah ada. Lain lah kalau guna produk yang mengandungi merkuri dan sebagainya tu, hat tu mungkin la licin kan.heheh

Bila tengok testimonial-testimonial yang semua pun dah jadi cantik, kakda makin tamak nak cantik juga! Biasalah kan perempuan, nafsu nak cantik tu tak pernah puas.huhu

So, apa yang kakda dapat selepas bertukar skincare jenama lain?

Dahi kakda start naik jerawat nasi. Tiap biji jerawat tu, ada isi! Kakda pula jenis gatal tangan. Sokmo nak picit! Bila picit korang mesti tau apa jadi kan? PARUT! Yess.. parut.

Tak habis lagi nih..ada lagi.hahha..

Lepas tu, pipi kakda pun naik juga jerawat nasi ni. Padahal sebelum ni, pipi kakda memang tak naik jerawat tau. Kat rahang pun ada uolss. Kat rahang kiri kanan naik biji nasi juga.

Habis semua kakda kacau! kan kakda dah bagitau tadi, kakda jenis gatal tangan.huhu..

10 Sebab Yang Menyebabkan Jerawat Terjadi

Jerawat ni bukan saja-saja ja tau nak tumbuh. Ni kakda senaraikan antara faktor utama yang biasanya buat jerawat timbul kat muka kita.

  1. Perubahan Hormon 
  2. Tekanan (stress) 
  3. Pemakanan
  4. Toksin
  5. Faktor Genetik
  6. Allergic atau alahan
  7. Perubahan biologi badan
  8. Persekitaran dan Pencemaran
  9. Jangkitan pada kulit dan resdung
  10. Faktor cuaca

 

Paling bagus untuk merawat jerawat adalah kita kena kenal pasti apakah faktor yang menyebabkan jerawat kita naik. Jika jerawat terlalu teruk, ada baiknya untuk kita berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

Tips Mengurangkan Jerawat

  • Jaga emosi. Elakkan diri menjadi terlalu stress. Bila kita stress ia akan menyebabkan hormon kita menjadi tidak seimbang.
  • Minum air yang secukupnya untuk memudahkan pembuangan toxin dari dalam badan.
  • Bersenam untuk meningkatkan pengaliran darah. Ia boleh mengurangkan stress.
  • Jaga pemakanan. Kenal pasti makanan yang menyebabkan jerawat kita menjadi semakin teruk.
  • Ambil supplemen dalam diet harian.
  • Elakkan dari terlalu kerap memegang kulit muka.
  • Jangan kacau jerawat. Ia akan meninggalkan parut. Bila menjadi parut, lebih sukar untuk kulit repair.

Rawat Jerawat Dengan Supplemen Semulajadi Shaklee

Untuk merawat masalah jerawat, pastikan anda bertukar kepada skincare yang betul seperti produk NutriWhite. Produk NutriWhite merupakan skincare yang selamat dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.

Ia sesuai untuk semua jenis kulit wanita Asia.

Set Hilangkan Jerawat Shaklee

1. GLA COmplex

GLA Complex berfungsi membantu menjaga hormon kita agar sentiasa dalam keadaan yang seimbang.

2. Sustained Release Vita-C (Antioksidan)

Vitamin C membantu tubuh menghasilkan kolagen. Kolagen penting untuk menganjalkan kulit yang rosak kesan daripada parut jerawat. Ia juga berfungsi sebagai antivirus yang boleh membantu melawan bakteria dan virus yang menyerang kulit.

Selain itu, Vitamin C merupakan salah satu supplemen yang sangat berkesan melawan radikal bebas. Radikal bebas akan menyebabkan kulit mudah rosak.

3. Vitamin E With Selenium And Grape Seed Extract (Antioksidan)

Vitamin E sangat penting sebagai agen penyembuh parut. Jika ada parut jerawat, selain dimakan, anda juga boleh pecahkan 1 kapsul vitamin E dan sapu direct kat muka untuk mengurangkan kesan parut.

1 kapsul bertahan ikut penggunaan. Kalau parut banyak, so banyak lah kena guna.

Ia bagus untuk jerawat yang bengkak dan juga ulser kulit.

4. ESP (Energized Soy Protien)

Esp adalah protein.

Protien penting untuk penghasilan sel-sel di dalam badan.

Untuk menghasilkan sel yang berkualiti, sumber protien yang kita makan juga mesti dari sumber yang berkualiti.

Maksudnya, kalau kita nak kulit yang cantik, kita perlu minum ESP untuk bekalkan badan kita sumber protien yang berkualiti tinggi untuk menghasilkan sel kulit baru yang cantik-cantik semuanya.

So, no wonder lah bila kita konsisten minum ESP, kulit kita makin lama makin cantik. Dan bukan setakat kulit muka sahaja bahkan seluruh badan cantik. Dan tahukah korang, soya juga merupakan sumber yang kaya kolagen. Sebab itulah kita sokmo dengar, minum ESP kulit jadi tegang, jadi putih, parut pudar dan sebagainya.

5. Serbuk Kolagen Shaklee

Serbuk kolagen shaklee telah diuji secara klinikal akan memberikan kesan optimum selepas 8 minggu penggunaan secara berterusan.

Ada sorang kawan kakda yang mengalami masalah kulit terlalu kering, masa makan sachet ketiga, beliau dah dapat rasakan perubahan pada kulitnya. Best kan?hehe

Kolagen adalah supplemen yang paling berkesan untuk menyembuhkan parut jerawat berlubang. 

 Lagi Testimonial

Tempahan:

Jika anda ingin mencuba Set Kecantikan Shaklee, anda boleh membelinya secara online menggunakan debit/kredit kad melalui link di bawah ini.

Order Set Kecantikan Shaklee Disini

Postage : RM10.60 sm, Rm21.20 ss

Daftar Ahli Untuk Lebih Penjimatan disini

Cara 2: Jika anda tidak pasti, hubungi kakda melalui Wasap di link ini untuk mendapatkan khidmat konsultasi tentang ssupplemen apa yang paling tepat dengan bajet dan situasi anda, tips serta cara pengambilan yang betul.

Kakda | 010 760 4946

Pengedar Shaklee Kelantan

COD Kubang Kerian, Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Binjai, Kedai Lalat

 

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Discussion12 Comments

    • betul tu kak ina. Memang berbeza sangat rasa bila dah kenal produk Shaklee ni. Alhamdulillah bila badan sihat, hidup pun jadi kurang stress kan.

Leave A Reply

CommentLuv badge