Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

YOUTH Skincare

Kongsi Pengalaman Besarkan Anak Kembar

Intai Si Kembar

Pengalaman Travel & Tips Menarik

Kakda Go Travel

SANTAI

Cara Betul Mendidik Anak Umur 0 Hingga 6 Tahun. Perkongsian Prof Muhaya.

Dulu pernah kakda dengar perkongsian yang lebih kurang sama macam ni daripada seorang ustaz terkenal di Youtube. Bagi kakda, info yang dikongsi sangat bermanfaat sebab tak ramai ibubapa yang peka terhadap perkara ini.

Kebanyakan daripada kita tersalah cara mendidik anak. Kita sangkakan cara kita betul, tetapi sebenarnya ia adalah cara yang salah.

Oleh sebab itu, kakda rasa kakda perlu kongsikan pula kepada semua pembaca terutamanya kepada pasangan yang mempunyai anak di sekitar usia Golden Age ini.

Ilmu yang bermanfaat macam ini mesti dipanjang-panjangkan agar lebih ramai parents di luar sana sedar dan tahu cara mendidik anak yang betul.

Jom baca perkongsian daripada Prof.Muhaya ni. Kakda kongsi disini.

Golden Age Usia Kanak-kanak Berumur 0 Hingga 6 Tahun.

Merujuk pada apa Golden Age ni?

Bukan Flash Cards
Bukan Hafazan Al Quran
Bukan Solat
Bukan Buku kanak-kanak
Bukan Educational Toys
Bukan Set Pembelajaran yang harga 4 angka
Bukan Nursery Rhymes

Rupanya silap banyak sangkaan saya.
Tersentak saya bila dengar kupasan mengenai nasihat Luqman dalam al Quran.

Nasihat pertama berbunyi:

Wahai Anakku, Janganlah engkau menyekutukan Allah,
Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) itu adalah benar-benar kezaliman yang besar”

Rupanya asas pendidikan anak ketika kecil pada masa kritikal yang kita gelarkan sebagai Golden Age ialah pendidikan AQIDAH.

Eh, kenapa tak sebut solat dulu? Solat jatuh ke tangga agak bawah dalam nasihat Luqman.

Rupanya anak yang dberi asas pendidikan AQIDAH ketika 0-6 tahun akan mudah untuk bersolat pada usia 7 tahun nanti.

Bagaimana pula dengan didikan kenal Al Quran dan ajar solat seawal kecil?

Bagus..! Dan sepatutnya diteruskan.
Cuma jangan terlalu disibukkan dengan Flash Card atau Hafazan dan Solat hingga tertinggal aspek pendidikan Aqidah.

Membaca Al Quran dan Hafazan hanya merupakan skill yang kita mahu anak kuasai. Tetapi benih keimanan bermula dengan menanam Aqidah.

Bagaimana mahu tanamkan Aqidah dalam diri anak kecil?
(Tips ini untuk anak yang 2 tahun keatas)

1) Perkenalkan Allah dan CiptaanNya

Mak, kenapa Allah buat kita ni ada gigi ?

Soalan anak saya yang berusia 4 tahun sambil tunjuk dalam mulut.

Mak, dah hujan. Kenapa Allah turunkan air dari atas?

Saya pasti setiap anak kita selalu tanya soalan pelik-pelik pasal diri mereka atau Allah. Usahakan untuk beri jawapan, dan kaitkan dengan sifat-sifat Allah (asma’ ul husna).

Contoh jawapan saya beri:

Allah bagi adik dan mak gigi supaya kita boleh koyakkan makanan, dan boleh kunyah makanan sampai hancur sebelum telan. Adik bayangkan kalau kita tak de gigi, tercekik nak telan makanan keras dan besar. Baikkan Allah sebab bagi kita gigi?

Kadang-kadang giliran kita pula bersoal jawab dengan anak.

Contoh:

Adik agak kenapa Allah bagi jagung ni ada rambut?

Kenapa Allah jadikan malam gelap..tak de cahaya?

Galakkan anak untuk berfikir tentang kejadian alam dan setiap yang Allah ciptakan tidak sia-sia. Tugas ibu ayah ialah lebihkan bercerita mengenai Allah dan CiptaanNya.

 

2) Perkenalkan Allah sebagai Ar Rahman Ar Rahim. Bukan Allah yang garang. Bukan Allah yang suka menyeksa.

Yang ni aspek paling penting! Ramai yang silap didik anak bab ini.

Kenapa kena solat?
Sebab kalau tak solat Allah marah..(ini ayat biasa kita)

Tukar ayat ke:

Kenapa kena Solat?
Sebab Allah sayang orang solat. Adik nak masuk syurga dengan mak dan ayah kan?

Umur 0-6 tak perlu cerita pasal azab ALLAH atau Neraka. Ceritakan tentang sifat Allah Ar Rahman dan Ar rahim. Ceritakan mengenai syurga dan isi kandungannya.

Minta anak bayangkan nikmat syurga yang dia bakal dapat jika buat kebaikan yang Allah suka.

Saya terkejut dengan imaginasi anak saya mengenai syurga. Bagaimana dia bayangkan dia akan mandi dalam sungai di syurga nanti.

Mudah untuk mendorong anak buat kebaikan jika hati mereka terpaut pada sifat-sifat Allah Ar Rahman Ar Rahim.

3) Bila anak sudah mula bertanya mengenai Allah. PUJI mereka.

Bila kita sentiasa berbicara mengenai Allah, anak akan merasakan keberadaan Allah sepanjang masa.

Pada peringkat ini, anak akan mula bertanya pelbagai soalan.

Ibu ayah jawablah dengan bijak dan berilmu.
Jika kurang pasti dengan jawapan jangan segan untuk beritahu pada anak kita tak tahu jawapannya dan kita akan mencari.(ini adab ilmu)

Saya masih teringat dialog anak saya ketika dia berusia 3 tahun.

Dia takut untuk tidur kerana bilik gelap. Saya belum sempat nak comfort tiba-tiba dia sendiri menjawab bahawa “Allah ada..jangan takut “ lalu dia tidur dengan lena.

PUJI anak bila mereka selalu kaitkan kehidupan mereka seharian dengan Allah,
kerana bila kita memuji anak mereka akan faham bahawa perbuatan mereka adalah “desirable attitude” (perbuatan yang baik) yang kita mahu kekalkan.

Tanpa pujian, anak akan kurang mengerti mengenai “desirable attitude” yang kita mahu mereka ada dari kecil.

Apakah desirable attitude yang kita mahu?

  • Anak sentiasa merasa Allah berada dimana-mana, Melihat mereka, Mendengar mereka.
  • Anak yang faham mengenai keberadaan Allah akan takut untuk buat sesuatu yang Allah tak suka atau Haram.

Maka peringkat seterusnya iaitu pendidikan solat akan menjadi lebih mudah pada usia 7 tahun nanti, inshaAllah kerana mereka sendiri akan terdorong untuk bersolat, menutup aurat dan membaca Al Quran dan Hadith.

Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada kita semua. Aminn.

 

Previous Post Next Post

You may also like

Leave a comment

Leave a Reply

CommentLuv badge