Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

KECANTIKAN

Set Kesihatan Shaklee

KESIHATAN

Resepi, Travel, Our Story

MY PRECIOUS LIFE

KECANTIKAN

4 Cara Buat Masker Putih Telur Untuk Menghilangkan Jerawat

Masker Putih Telur Untuk Menghilangkan Jerawat

Hari ini kakda nak share cara buat masker putih telur. Putih telur adalah antara bahan semulajadi yang paling sesuai untuk dijadikan masker buatan sendiri. Selain ianya sangat mudah diperolehi, ia juga merupakan antara bahan yang sangat mujarab untuk menghilangkan jerawat.

Putih telur mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang boleh membuatkan jerawat susah nak tumbuh. Antaranya seperti fosforus, mangan, magnesium, kalium, kalsium, zat besi, asid folik dan zink.

 

Jom kita tengok apa kebaikan putih telur ni untuk kulit muka kita.

  • Bertindak sebagai pelembap 
  • Menghaluskan dan mencerahkan kulit muka
  • Membuang sel-sel kulit mati
  • Menghilangkan kotoran pada wajah
  • Mengawal penghasilan minyak berlebihan
  • Mengecilkan liang pori-pori kulit
  • Menegangkan dan menganjalkan kulit
  • Menghilangkan radang (gatal dan merah) pada wajah
  • Memudarkan parut jerawat
  • Memudarkan jeragat

Cara Membuat Masker Putih Telur Mengikut Jenis Kulit

1. Masker Putih Telur Untuk Kulit Jenis Normal

Campurkan putih telur dengan madu dan sapu rata ke seluruh wajah. Biarkan sehingga kering. Masa ni kita dapat rasa kulit macam ditarik dan menegang.

Kemudian bilas muka dengan menggunakan air suam untuk membuka liang pori muka. Diikuti dengan air sejuk untuk menutup balik pori muka.

Nota: Kulit muka jenis normal jarang naik jerawat. Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna jerawat memang konfem tak naik. Biasanya jerawat hormon dan jerawat kecil tetap ada.

Tips Untuk Menghilangkan Jerawat Disebabkan Masalah Hormon

Jadi apa salahnya jaga kecantikan kulit muka dengan mengamalkan masker ini. Madu mengandungi manfaat antioksidan dan vitamin C yang tinggi. Antioksidan dan vitamin c dapat membunuh bakteria penyebab jerawat. Ia juga membantu menghasilkan sel kulit baru yang lebih cantik dan sihat.

 

2. Masker Buatan Sendiri Untuk Jenis Kulit Berminyak

Untuk kulit berminyak pula, memang mudah sangat naik jerawat. Biasanya jerawat banyak tumbuh di kawasan T-Zone (area dahi, hidung dan bawah tulang pipi juga).

Campurkan perahan lemon bersama-sama dengan putih telur. Sapu rata keseluruh wajah. Setelah kering basuh dengan air bersih.

Nota: Lemon mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi. Selain itu ia juga mengandungi vitamin B-6 dan magnesium. Ia membantu mengawal penghasilan minyak/sebum secara berlebihan. Selain lemon, tomato juga sangat sesuai untuk dijadikan masker.

Masker menggunakan lemon dan putih telur walaupun sangat mudah untuk dibuat tapi hasilnya sangat memberangsangkan. Cuba lah!

3. Masker Untuk Kulit Kering

Mereka yang memiliki kulit kering biasanya mempunyai tekstur kulit yang kasar. Selain kasar, kulit muka jenis kering sering kelihatan kusam, kurang cerah dan terasa gatal. Jika jerawat tumbuh, biasanya jerawatnya adalah jenis jerawat batu dan sangat susah nak hilang.

Cara Menghilangkan Jerawat Batu Sepantas 3 Hari

Bahan yang diperlukan untuk mengatasi masalah seperti ini ialah dengan menggunakan bahan yang mengadungi asid amino, minyak essential dan anti-oksidan contohnya buah Avocado.

Campurkan putih telur bersama-sama dengan puree avocado. Avocado sangat berkesan untuk mengatasi masalah kulit kering.

Kisar Avocado yang dah masak dan campurkan bersama-sama dengan putih telur. Sapu rata pada wajah dan tunggulah sehingga kering.

Bilas wajah menggunakan air suam dan diakhiri dengan air sejuk. Avocado akan membuatkan kulit wajah menjadi lebih halus dan lembap.

4. Masker Untuk Kulit Yang Berjerawat

Jika kulit memang dah berjerawat, cara berkesan untuk menghilangkan jerawat dan parut jerawat adalah dengan menggunakan timun atau lidah buaya.

Timun dan lidah buaya antara bahan semulajadi yang mengandungi astrigen. Ia digunakan sebagai tonik wajah.

Cara membuat masker timun adalah dengan mencampurkan putih telur dengan timun yang sudah diparut. Sapu ke seluruh wajah dan tunggu sehingga kering. Setelah itu bersihkan menggunakan air.

Biasanya jerawat tumbuh disebabkan masalah liang pori tersumbat disebabkan oleh kulit mati, minyak berlebihan dan kotoran seperti debu. Ketahui lebih lanjut 8 punca jerawat mudah tumbuh di sini. 

Selamat mencuba!

 

 

Previous Post Next Post

You may also like

4 Comments

  • Reply Dayangkulehainie Ag Ag salleh

    waah…suka tips nie….good info….nanti mw cuba…tq ya

    December 19, 2017 at 1:53 pm
    • Reply KakDa

      Selamat mencuba!

      December 19, 2017 at 3:28 pm
  • Reply Nida

    Boleh buat lepas ni. Buat selalu lun nda pa. All natural

    December 19, 2017 at 2:31 pm
    • Reply KakDa

      Yes. Sambil blogging, tepek masker ni.hihii

      December 19, 2017 at 3:29 pm

    Leave a Reply

    CommentLuv badge

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.