Cara Mengatasi Jerawat Disebabkan Hormon Tak Seimbang

0

Hormon Tak Seimbang Buat Kulit Muka Berminyak

Masalah jerawat yang berpunca daripada masalah hormon yang tidak seimbang biasanya lebih kerap dialami oleh golongan remaja yang sedang membesar. Jadi tidak hairanlah, majoriti remaja lelaki dan perempuan mengalami masalah jerawat.

Semakin mencapai usia dewasa, hormon didalam badan mereka akan menjadi lebih stabil.

Namun, masalah hormon tidak seimbang juga kadang-kala dialami oleh golongan dewasa dan ianya turut menyebabkan masalah jerawat.

Hormon yang tak seimbang akan mengalakkan pengeluaran minyak yang berlebihan oleh kalenjar minyak kulit wajah dan akan mencetuskan jerawat.

Cara Mengatasi Jerawat Disebabkan Masalah Hormon Tak Seimbang

1. Makan Banyak Sayuran

Tahukah anda, mengambil banyak sayur dan buah dalam diet harian akan membantu untuk menyeimbangkan hormon didalam badan kita.

Sayuran merupakan sumber bagi vitamin A. Dan Vitamin A terutama yang mengandungi beta-karotena merupakan salah satu vitamin yang kaya dengan antioksidan selain vitamin C dan vitamin E.

Ketiga-tiga vitamin ini terkenal sangat penting untuk kecantikan kulit wajah dan membantu masalah hormon.

2. Rajin Cuci Muka

Disebabkan masalah hormon yang tak seimbang, kulit muka akan menjadi lebih berminyak. Pastikan cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk membersihkan kotoran yang melekat pada wajah.

Kotoron yang melekat pada wajah akan menyebabkan liang roma tersumbat dan menyebabkan jerawat.

Ketahui Cara Mudah Kecutkan Jerawat Batu Sepantas 3 Hari

3. Minum Sekurang-kurangnya 8 Gelas Air Putih

Mengambil air putih secukupnya amat penting bagi membantu tubuh mengeluarkan toxin dari dalam badan. Toxin akan keluar melalui peluh. Peluh yang lebih bersih akan mengurangkan risiko jerawat berbanding peluh yang kotor.

Kuantiti air kosong atau air putih yang perlu diambil sebenarnya bergantung kepada berat kita.

25KG berat badan anda = 1 Liter Air yang perlu diminum

Dah tahu sifirnya, sekarang semua orang dah tahu berapa liter air yang diperlukan oleh badan kita dalam sehari.

*google image*

4. Kerap Bersenam

Bersenam akan membantu tubuh mengeluarkan peluh. Lebih banyak peluh yang dikeluarkan semasa bersenam lagi bagus dan elok untuk kulit kita.

Dengan bersenam juga, pengaliran darah didalam badan jadi lancar dan ia membantu memperbaiki hormon.

5. Mengambil Ubatan atau suntikan hormon

Sebenarnya selain daripada melakukan aktiviti diatas, kita juga boleh mengambil ubatan mahupun suntikan untuk seimbangkan hormon.

Meskipun ianya tidak berbahaya, anda harus fikirkan sedalam-dalamnya jika ingin mengambil opsyen ini dan berjumpalah dengan doktor yang pakar. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Anda juga mungkin meminati:

Suplemen Semulajadi Ini Sudah Membantu Ramai Wanita Atasi Masalah Hormon Tak Seimbang

 

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge