Cara Nak Dapatkan Tiket Murah Ke Osaka Jepun

0

Tebus Point Big AirAsia Untuk Dapatkan Tiket Murah Ke Osaka Jepun

Bersempena dengan promo AirAsia X untuk kali yang ke berapa dah tahun ni, alhamdulillah kakda berjaya merembat tiket murah ke Osaka. (Yeayy!!)

Tiket KL-KIX-KL (tak masuk insuran travel dan luggage) hanya RM550/pax.

Takde lah murah sangat sebenarnya, boleh dapat murah lagi kalau pergi musim panas. Kakda punya trip ni pada hujung bulan September. Acah-acah Autumn.

Tapi rasanya untuk area Osaka, Kyoto, Nara dan Kobe, tak masuk lagi Autumn. Kalau Saporo, mungkin iya.

Cuma kakda still berharap, akan adalah pokok sebatang dua yang sudi tukar kaler sikit.huhu..

Travel Sendiri?

Sebenarnya dah lama kakda bercita-cita untuk travel bekpek berdua bersama suami ke mana-mana negara. Setakat ni, kakda pernah ke Medan, Jakarta dan Bandung je.

Tapi bukan berdua tau, beramai-ramai.

Duk ajak lama dah, tapi suami kakda tak yakin.

Tapi siapa kita untuk menghalang kerja Tuhan. Sedang Dia yang pegang hati hamba-hambaNya.

Atas izin Allah, suami kakda tiba-tiba beriya nak bekpek berdua ke Jepun!!Alhamdulillahh..

Macam Mana Nak Dapat Tiket Murah AirAsia Ke Osaka?

Bukan takat ke Osaka je sebenarnya, masa kakda beli tiket ni, promo ke Perth jauh lagi murah. Ikutkan hati, nak je beli semua. Tapi agak-agak lah. Kena cek poket juga. Duit cukup ka tak.hahah

Jadi, untuk dapatkan tiket murah ni, pastikan korang dah buat benda ni;

  1. Register kat AirAsia Big.
  2. Rajin-rajin cek email promosi dari AirAsia.
  3. Kalau tak perasan juga, sila follow FB Traveljunkie.my atau Imran Idris. Kalau nampak depa duk up iklan ada promo, maksudnya AirAsia tengah buat promo lah tu.
  4. Masa ni boleh lah klik masuk dalam Apps Big. (install Apps BIG AirAsia kat henfon)
  5. Sila lah buat belian. Kalau tak cukup point, jangan risau. Kita boleh bayar dengan cash nanti.

Sekian tips simple dari kakda. Semoga bermanfaat.

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge