Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

YOUTH Skincare

Kongsi Pengalaman Besarkan Anak Kembar

Intai Si Kembar

Pengalaman Travel & Tips Menarik

Kakda Go Travel

Cara Paling Selamat Atasi Alahan Teruk Semasa Hamil Pilihan Set Ibu Hamil SET SHAKLEE

Cara Paling Berkesan Menghilangkan Alahan Teruk Semasa Mengandung

Petua Atasi Loya, Muntah Dan Pening Semasa Hamil Dengan Cepat.

Alahan semasa hamil ataupun Morning Sickness biasanya akan mula berlaku sekitar 6 minggu usia kandungan. Namun tak semua wanita hamil merasakan morning sickness seawal bulan kedua kehamilan ini. Ramai juga yang mula merasakan perubahan seperti loya, pening dan muntah sekitar 3 ke 4 bulan usia kandungan.

Apa yang menarik, tak semua wanita hamil mengalami ‘Morning Sickness’ atau juga orang kita panggil ‘alahan semasa mengandung’.

Sesetengah wanita tidak berasa pening mahupun loya melainkan perubahan pada selera makan. (hat ni kakda la ni.heheh)

Morning Sickness ni tidak hanya berlaku di waktu pagi. Sebaliknya ia boleh saja berlaku pada bila-bila masa dan boleh jadi ia berlaku sepanjang hari. Jom kita baca lebih lanjut.

Apa Punca Morning Sickness?

Rasa pening, loya dan muntah yang dirasakan oleh ibu hamil adalah disebabkan oleh kehadiran hormone hCG.

Hormon hCG adalah hormon yang akan hadir didalam darah jika seseorang wanita itu hamil. Hormon ini dikeluarkan oleh uri dalam rahim.

Senang cerita macam ni, semasa kita buat ujian air kencing menggunakan kit ujian kehamilan (pregnancy test kit), hormon ini lah yang akan dikenalpasti oleh alat tersebut yang menentukan sama ada kita hamil atau tidak.

Jika ada 2 line, ia menandakan kita sedang hamil. Jika ada 1 line, maksudnya ‘Sila Cuba Lagi’. (huhuhu)

Tapi ada je sesetengah kes dimana hanya ada 1 line yang timbul tapi bila buat ultrasound scan, wanita itu sedang hamil. (Syukurrr lah kan…)

Apa itu Hormon hCG?

Hormone hCG menjadi petanda bahawa kandungan sihat dan bayi membesar dengan baik.

Namun tidak bermakna, wanita hamil yang tidak mengalami alahan mempunyai kandungan yang bermasalah. Sebaliknya mungkin wanita hamil sebegini mempunyai kadar toleransi yang tinggi terhadap hormone hCG. Jadi, takdak lah alahan.

Hormon ini jugalah yang menyebabkan ibu hamil menjadi lebih sensitif. Kadang tak suka bau suami, kadang tak suka bau tumis, tak boleh bau nasi menggelegak dan macam-macam lagi.

Ada seorang kawan kakda tu, masa mengandung dia tak suka warna kuning. Kalau nampak je apa-apa yang berwarna kuning, dia rasa macam nak marah dan muntah.Hahah!

Siapa ada pengalaman yang lebih pelik? hehe

Siapa yang mudah kena?

  • Wanita yang mudah mabuk semasa menaiki bas ataupun bot untuk perjalanan jauh.
  • Wanita yang hamil kembar kerana peningkatan hormone hCG yang berganda.
  • Wanita yang kekurangan Vitamin B6.

Kesan Morning Sickness:

  • Badan ibu letih dan tidak bertenaga kerana tidak dapat makan dan minum disebabkan tiada selera.
  • Makanan yang dimakan akan dimuntahkan semula disebabkan rasa loya jika makan atau minum.
  • Dehidrasi (dalam bahasa mudahnya, masalah kurang air dalam badan).

Bila Morning Sickness bertukar menjadi bahaya?

Morning Sickness tidak berbahaya. Namun ia boleh menjadi bahaya jika alahan yang dialami terlalu teruk.

Hyperemesis Gravidarum (HG) – satu keadaan dimana ibu hamil mengalami muntah dan loya yang sangat teruk beberapa kali sehari.

Jika alahan yang dialami terlalu teruk, ia akan menjejaskan kesihatan si ibu kerana ibu langsung tak boleh nak makan dan minum. Sedangkan wanita hamil perlu makan untuk kesihatan diri dan anak dalam kandungan.

Ibu hamil akan mula mengalami dehidrasi jika semua makanan dan minuman yang ditelan dimuntahkan semula. Kes sebegini biasanya berlaku sekitar usia kandugan 14 minggu hingga 16 minggu.

Dan biasanya ibu ini pasti akan dirujuk ke hospital dan akan diberikan rawatan seperti ‘tambah air garam’ bagi mengelakkan dehidrasi melampau yang boleh mengancam nyawa ibu dan bayi yang dikandung.

Cara Mengatasi Morning Sickness.

Terdapat beberapa petua mudah yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah alahan teruk/Morning Sickness yang kakda ambil dari blog Dr.Zubaidi.

  1. Makan sedikit-sedikit tapi kerap.
  2. Makan makanan yang kaya protein. Elak makanan pedas, berlemak atau bergoreng.
  3. Makan makanan yang tidak panas. Biasanya makanan panas buat ibu lebih loya.
  4. Minum pagi / biskut disebelah katil.
  5. Simpan diari (catat makanan dan minuman yang diambil dan bila masa muntah. Ini akan memudahkan doctor yang merawat nanti)
  6. Banyakkan minum air mineral atau jus
  7. Banyakkan berehat.
  8. Minum teh halia.
  9. Buat rawatan alternative seperti aromaterapi.
  10. Mengambil multivitamin.

 

Cadangan Shaklee Set Atasi Alahan Ibu Hamil.

1. Vitamin B Complex

  • Mengandungi vitamin B6 yang dapat membantu mengatasi masalah loya dan pening semasa hamil. Kekurangan Vitamin B6 merupakan salah satu penyebab ibu mudah mendapat alahan semasa mengandung.
  • Mengandungi asid folik yang penting untuk perkembangan janin diawal kehamilan. Asid folik boleh diperolehi daripada nasi, tapi kalau ibu asyik muntah, makan nasi pun tak lalu.

2. Peppermint-Ginger Plus

  • Membuang angin lebihan dalam usus. Bila tak makan, perut kita akan masuk angin. Kalau angin banyak, ibu akan jadi lebih tak selesa.
  • Mengurangkan rasa sakit pada abdominal dan kembung perut.
  • Melegakan loya dan muntah.
  • Memberikan kelegaan dan menyamankan perut.

3. Performance Drink

  • Mengelakkan ibu terhidrasi akibat terlalu kerap muntah.
  • Memberikan tenaga segera ‘instant energy’ kepada ibu hamil yang tak lalu nak makan dan minum.
  • Mengelakkan ibu hamil menjadi terlalu lemah dan lesu.
  • Tambah ‘air garam’ dalam darah supaya ibu kekal sihat.
  • Mudah dibancuh dan sedap diminum dengan perisa oren dan rasa seperti air gas.
  • Tiada GULA!
  • Selamat dan sesuai untuk ibu yang kecing manis.

4. ESP (Energized Soy Protien – Non GMO)

  • Membekalkan protein dari sumber yang berkualiti tinggi. Salah satu tips mengatasi morning sickness.
  • Membantu perkembangan bayi yang sihat dalam kandungan meskipun ibu tidak dapat makan dan minum akibat morning sickness yang teruk.
  • Membekalkan tenaga kepada ibu hamil agar mampu bangun dan membuat sedikit kerja-kerja rumah.
  • GI rendah, sesuai untuk ibu yang mempunyai kencing manis.

Testimonial:

Peppermint-Ginger Plus

Vitamin B Kompleks

Peppermint-Ginger Plus buat tekak kurang loya dan angin mudah keluar.

Vitamin B Complex hilangkan pening dan muntah alahan mengandung.

Performance Drink badan jadi bertenaga dan mabuk hilang.

ESP – Badan bertenaga, mabuk berkurangan, gastrik hilang.

Order/Pertanyaan:

Untuk order dan sebarang pertanyaan, klik direct link whatsapp ini.

Atau klik link dibawah untuk membuat pembelian shaklee secara online menggunakan Kad Kredit/Debit.

“Order Set Atasi Morning Sickness Teruk (Online)”

Luvs,

KakDa MamiKembar

010-760 4946

Pengedar Shaklee Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

(Penghantaran sampai rumah)

 

++++++++++++++++++++++++++++++++

Dapatkan Produk Daripada Pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia.

KEDAH

Pendang, Kedah

Pengedar Shaklee Pendang, Kedah Syazwani Zulkifli 019-411 8498

Klik link ini untuk menghubungi beliau terus melalui WhatsApp

TERENGGANU

Kuala Terengganu, Terengganu

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Farah 012-735 4137

Klik link ini untuk menghubungi beliau terus melalui WhatsApp

PERAK

Seri Manjung,Perak

Pengedar Shaklee Seri Manjung, Perak Ekin 014-942 2263

Klik link ini untuk menghubungi beliau terus melalui WhatsApp

SABAH

Kota Kinabalu, Sabah.

Pengedar Shaklee Kota Kinabalu, Ewi 011-1205 1705

Klik link ini untuk menghubungi beliau terus melalui WhatsApp

Kota Belud, Sabah

Pengedar Shaklee Kota Belud, Collen 013-557 7849

Klik link ini untuk menghubungi beliau terus melalui WhatsApp

Papar, Sabah

Sandakan, Kota Kinabalu, Sabah

Pengedar Shaklee Sandakan Nida 016-584 2330

Klik link ini untuk menghubungi beliau terus melalui WhatsApp

Tuaran, Sabah

Pengedar Shaklee Tuaran Wazie 016-810 4057

Klik link ini untuk menghubungi beliau terus melalui WhatsApp

SARAWAK

Sibu, Sarawak

Pengedar Shaklee Sibu Syima 013-567 6802

Klik link ini untuk menghubungi beliau terus melalui WhatsApp

Pengedar Shaklee Sibu Lyiyana 014-596 6167

Klik link ini untuk menghubungi beliau terus melalui WhatsApp

Jika tiada pengedar/agen shaklee berhampiran kawasan anda, anda sendiri berpotensi besar untuk menjadi agen/pengedar shaklee di kawasan anda.

Untuk menjadi pengedar/agen, anda hanya perlu membayar sebanyak Rm80 sahaja. Tidak perlu menyimpan stok dan semua urusan penghantaran dan pengeposan akan dilakukan oleh pihak Shaklee sendiri.

Whatsapp Kakda Segera Untuk Menjadi Agen Shaklee Kawasan Jajahan Anda!

 

 

Previous Post Next Post

You may also like

2 Comments

  • Reply Collen

    Nasib baik time preggy alahan tak teruk sangat… Kesian tengok preggy mom yang teruk sangat alahan sampai admitted…

    February 13, 2018 at 2:04 pm
    • Reply KakDa

      Sama lah kita. Memang tiada alahan cuma kuat makan jak la.hehe Tu pun kira alahan jugak ka tu ah?haha

      February 13, 2018 at 10:30 pm

    Leave a Reply

    CommentLuv badge