Limit 100ml Cecair Masuk Cabin.
Harini kakda nak share satu tips untuk mereka yang bakal travel. Tips ni takdelah hebat sangat, tapi boleh lah.. Agak membantu bagi mereka yang masih baru berjinak-jinak nak travel.haha
Untuk info, kita tidak dibenarkan untuk bawak cecair melebihi 100ml masuk ke dalam cabin (ruang penumpang) bagi penerbangan antarabangsa.
Biasanya masa lalu imigresen, akan ada berlambak botol air yang disekat masuk.
Terdampar dan ada jugak yang dibuang terus masuk tong sampah berdekatan. Kalau kat KLIA2, masa lalu kat imigresen terakhir, kat situlah akan berlaku proses penahanan semua botol2 air yang ada. Kalau botol air mineral yang kecil tu, memang konfem tak lepas.
Jika perjalanan singkat, maybe takde isu sangat dengan limit cecair ni, tapi bagi flight antarabangsa yang memakan masa, macam lebih dari 3 jam, pening kepala jugak kalau asyik nak kena beli air minuman dalam flight kan?
Eh, tak kan korang tak kering tekak kot duk lama-lama dalam flight? ish.ish.ish.haha
Air Minum Tak Lepas Imigresen Tau!
Pengalaman pertama kakda bab-bab air tak boleh bawak masuk flight ni masa g Medan tahun 2015.
Sebab selama ni kalau balik Sabah, sokmo bawak air pahtu tak pernah pun kena tahan. Tak pernah dirampas pun. Jadi memang boleh minum air dengan tenang di dalam cabin.
Masa ke Medan haritu, di imigresen terakhir KLIA2, disuruhnya kakda buang botol mineral kakda. Air banyak lagi tau. Sedih!
Mujur lah flight ke Medan tu dalam sejam je tak silap. So takde lah kering tekak sangat.huhu
2016 kakda ke Jakarta dan Bandung. Dengan mentaliti ‘tak boleh bawak air minum masuk cabin‘, dari awal lagi memang kakda dah buang botol mineral. So no issue.
Penerbangan ke Jakarta lebih kurang 2jam 30minit. Kakda order in-flight meal. Dapat air mineral kecik. So no hal. Boleh lah untuk hilangkan rasa kering tekak dengan cara berjimat cermat minum air yang ada.haha
Flight 6jam 30 minit, Tak Mau Minum? Puasa Ka Apa?
Seterunya pada September 2017, kakda ke Jepun. Masih lagi dengan mentaliti yang sama.
No liquid exceed 100ml for international flight!!
Tapi tak pa. Flight ke Osaka pukul 8pagi. Sebelum tu dah breakfast kat KFC depature floor, dah minum air banyak-banyak. Lagpun niat masuk kapal jah nak tido.
Lunch dah order in-flight meal Airasia.
So akan dapat air. Masa tu boleh minum. Yess thats the plan.
Tapi mata tak mau tidoq! Tekak pun kering. Tambahan lagi asyik ke tandas. Dah lah takleh topup air kut mulut, kena buang pulak kut bawah. adehh!!
Tunggu dapat meal, maka boleh lah minum air dengan gembira.haha
So, tak dak masalah lagi pasal air minum.
Tapi, Sampai Bila Catuan Air Minum Ni Kakda?
Sampailah saat nak balik Malaysia.
Masa kat Kansai International Airport (KIX), semasa beratur nak lalu imigresen, ku lihat beberapa orang duk buang air ke dalam tong sampah. Bukan buang air hat ‘air kecil atau air besar’ tu, hat ni buang air mineral. okay!haha
Barulah kakda mai terfikir, laaaa..
Demo tu buat lagu tuh! Bakpo lah aku ni sedih sangat, selama ni sampai je imigresen, habis botol-botol aku p buang. Selama ni kenapa lah tak terfikir nak buat cara tu.
Buang Isinya, Simpan Botolnya.
Rupanya apa yang penumpang lain buat masa kat KIX, dorang just buang isi dalam botol. Botol nya pula disimpan dan buh je dalam beg. Bila di scan nanti, jangan takut.
Staf yang bertugas tak akan marah kita dan suruh buang botol tu. Percaya lah!
Sampai di ruang menunggu balai berlepas, ada banyak water dispenser. Jadi keluarkan balik botol yang disimpan tadi, dan buh lah air. Dan bawak lah masuk dalam cabin dengan perasaan yang gembira tak terkata!haha
Masa flight balik ke KLIA2 dari KIX haritu, majority penumpang beli termos dan buh air dalam tu. Ada pakcik tu, siap bancuh kopi lagi tau. Masa beratur nak isi air tu, bukan main semerbak bau kopi dia.Perghhh!!
Lucu Tapi Berguna Untuk Orang Baru
Sekian tips travel sempoi dari kakda.
Perlu diingatkan, tak semua airport ada sediakan Water Dispenser di ruang berlepas. Hanya ada sesetengah airport saja yang sediakan.
So tips ini hanya sesuai untuk airport yang ada bekalan air minum sahaja. Pepandai korang lah nak cek kat mana. haha!
Medan takdak, water dispensernya kat luar.
Jakarta tak sure sebab i is just landing kat sana.
Bandung pun macam takdak. Tapi serius i is tak perasan.
KLIA2 pun i tak perasan. Ada kot? Kah? Sape tau?
KIX konfem ada water dispenser! Siap panas dan sejuk lagi. Boleh lah kalau kau mau berkupi-kupi dalam flight. (aummm.haha!!)
Tips ni mungkin agak lucu bagi mereka yang dah biasa travel, tapi untuk orang baru macam kakda, ianya sangat berguna.haha
Selamat travel korang! XOXO!
6 Comments
Wah tips berguna. Hehe.
Berfikir macamna yg bawa anak kecik kan. Trpksa letak barang barang anak tu semua d kargo?
December 20, 2017 at 3:41 pmhaha.. sebab tu BF yang paling senang. Kalau mau bancuh susu, special kes kali kan.haha
December 20, 2017 at 3:47 pmKakDa recently posted…Cara Tapau Air Minum Masuk Dalam Flight Antarabangsa
heheh….rupanya kan….good tips untk dyg guna msa travel thn depan…selalu juga buat gini kalo domestik flite….bwk jotol sendiri yg comel2….lain kali kalo travel jauh2 cam pi jepun ka bandung ka….nak guna cara gni….tq sis
December 20, 2017 at 4:26 pmKalau domestic ok jak kan? Haha. Mau cek apa reason nda boleh bawak liquid lebih dari 100ml tapi end up di depature hall boleh isi balik botol. Dan lepas jak masuk cabin.huhu
December 20, 2017 at 8:22 pmKadang kak dok pikir apa rasional x bagi bawak masuk air dlm flight. Sebab nak suruh beli ngan diorang je la kan?
December 20, 2017 at 5:07 pmJazilah Ilyas recently posted…Ibu Cervical Incompetence Perlu Hadkan Bilangan Anak?
Haha. Tak tau lah kak. Tapi masalahnya international flight jah wat gitu. Sebelum ni duk mikir adakah sebab kapalnya terbang lebih tinggi di langit dan tekanannya sangat berbeza dengan domestic flight yang membuatkan botol air tokleh masuk cabin.
Tapi masalahnya, dia duk jual jugak minuman dalam botol. Haha
December 20, 2017 at 8:20 pm