Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

Masalah Kulit

Health is Wealth

Info Sihat

Dont's wait for opportunity. Create it.

Kakda Go Travel

Jerawat Tips Cantik

Cara Yang Paling Senang Nak Buat Masker Kunyit Untuk Kecutkan Jerawat. 

Masker Kunyit Cara Selamat Kecutkan Jerawat Batu.

Kalau ada jerawat, apa kata cuba buat masker kunyitKunyit selain digunakan untuk memasak, ia juga sering digunakan untuk kecantikan.

Kunyit juga dibuat menjadi air rebusan untuk diminum oleh ibu berpantang agar peranakan cepat kecut. Itu petua orang tua-tua kita.

Kehebatan Kunyit Sebagai Agen Kecantikan Kulit

Bersifat anti-bakteria, anti-septik dan anti-radang membuatkan kunyit mampu mengecutkan jerawat yang sedang mengamuk. Maksud kakda ialah jerawat yang sedang merah, membengkak dan sakit jika disentuh.

Malah jerawat yang baru bercadang nak membesar turut kecundang. Kan seronok kalau dapat elakkan dari awal lagi sebelum jerawat batu timbul di muka.

Kunyit Elak Keradangan Kulit

Dari sudut kesihatan, jerawat yang sedang merah dan membengkak itu dipanggil keradangan kulit. Kunyit bersifat anti-radang. Jadi ia sangat sesuai digunakan untuk meredakan keradangan kulit muka kita.

Selain itu, dengan sifatnya sebagai anti-bakteria dan anti-septik, ia akan membunuh bakteria penyebab jerawat yang hidup didalam liang pori kulit. Bakteria penyebab jerawat ini sememangnya sedia tinggal di liang pori kulit kita, tetapi jika tiada benda yang merangsang ia untuk mengganas, jerawat tak akan terjadi.

Namun jika liang pori tersumbat dengan minyak yang berlebihan, tersumbat dengan sel kulit mati dan kotoran, ia bisa mengamuk dan terjadi lah jerawat.

Cara-cara Buat Masker Kunyit.

Langkah 1: Sediakan 1/2 cup beras

Untuk lebih mudah, boleh juga kalau nak rendam dulu beras semalaman. Beras akan lebih mudah dikisar jika direndam terlebih dahulu.

Untuk cara step by step buat masker kali ni, kakda tak sempat rendam. Kisar je terus.

Langkah 2: Sediakan 2 ke 3 inci kunyit hidup.

Kunyit hidup banyak djual di pasar. Tapi kalau korang yang stay kat bandar, mesti susah kan nak cari kunyit hidup.

Jadi gunalah serbuk kunyit. Serbuk kunyit yang dijual dikedai biasanya sudah dikisar sekali dengan beras. So kalau nak guna terus jadikan sebagai masker pun boleh. Dah tak payah susah-susah kisar beras.

Langkah 3: 1/2 cup air

Sediakan 1/2 cup air. Tapi jangan tuang semua air dalam bekas ni. Tuang ikut keperluan. Kalau agak-agak mesin susah nak kisar, tambah lagi. Kalau still tak hancur, tambah lagi. Sikit-sikit.

Langkah 4: Kisar guna blender kering

Masa nak kisar campuran beras dan kunyit ni, kita kena sentiasa on off kan blender. Cek tekstur campuran kita tu. Sebati tak? Hancur tak?

Buka dan suditkan campuran yang melekat kat badan blender tu. Mix kan sekali biar semua hancur sebati. Jangan lupa tambah air jika perlu.

Langkah 5: Siap sudah.

Tu je. Dah siap!hehe

Hebat bukan? Selain murah, ia juga mudah untuk disediakan. Blend kan saja kunyit dan beras. Jangan lupa campur sedikit air.

Lepas tu tepek je kat muka. Biarkan selama lebih kurang 30minit. Dah kering nanti bilas lah.

Kuning? Memang lah. Dah nama pun kunyit hidup bukan kunyit mainan.(hahah) Gurau je okay. 😊
Kalau basuh muka guna pencuci muka nanti, hilang la. Jadi lebih baik pakai masker kunyit dihujung minggu saja. Sekurang-kurangnya, kalau muka kuning sedikit pun tak mengapa sebab kita tak perlu keluar rumah.

Sekian tips mudah untuk kecutkan jerawat. Semoga bermanfaat. Kita jumpa lagi di entry kakda yang seterusnya.

 

Luv,

Kakda MamiKembar

010-760 4946

Pengedar Shaklee Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan.

Previous Post Next Post

You may also like

Leave a comment

Leave a Reply