Contest Poster Testimonial NutriWhite Di iReach 2017

0

Contest Poster Testimonial Pertama Kakda Sertai Menang Collagen Powder Shaklee

Harini dah masuk hari ketiga kakda struggle berjuang nak dapat Top 6 contest poster testimonial untuk skincare NutriWhite Shaklee.

Mak aiiihh.. boleh tahan juga.haha.. mata pun dah rasa kelabuu je ni haa.hahah

Agaknya sebab asyik tengok fon je memanjang dua tiga hari ni. Mata pun rasa tak sedap. Bangun pagi tadi tengok ada eyebag!

Kakda is jarang sangat lah boleh dapat eyebag ni. Walaupun stay up layan korea sampai ke pagi, tak pernah bengkak bawah mata.huhu..tapi pagi tadi, untuk pertama kalinya tengok bawah mata bengkak.

Agaknya inilah yang dipanggil eyebag. Hanya mampu ber’huhu’ je lah.

Tak Pandai Tangkap Gambar

Kakda sebenarnya kan, baru-baru je pandai tangkap gambar (puji diri sendiri sekali-sekala tak apa.wkwkwkkw). Berbeza dengan Kak Lin dan Kak Aya, dorang memang hebat sejak dari dulu kala lagi. Sebelum terjebak dalam dunia Shaklee, memang DSLR dah jadi mainan dorang.

Mungkin juga asalnya sama je.

Kak Lin dan Kak Aya hebat pun bukan disebabkan bakat semulajadi. Tapi menjadi hebat sebab dorang dah lama asah bakat ketik-ketik kamera. Kakda pula asyik rasa tangkap camera is not my thing! Tak minat gituuu..

Sebenarya bukan juga sebab tak minat, tapi sebab rasa gambar yang kakda snap tak cantik, sebab tu jadi tak minat. Dan sebab tak minat tu, kakda takde rasa nak asah skill snap gambar.

Huawei P9 Merubah Minat

Bila suami tercinta belanja beli Huawei P9, kakda sangat lah teruja. Sebab camera Huawei P9 ni ala-ala DSLR tau.

Boleh buat blurr.. boleh set titik fokus. Best la. Teruja lah!hahah

Lepas tu pula, start guna Apps VSCO untuk edit gambar. Lepas edit, tetiba rasa kagum dengan hasil tangkapan sendiri. Hebat gambarnya. Thanks to VSCO yang buat gambar kakda jadi cantik.haha

Terus Berlatih, Berlatih Dan Berlatih.

Lepas tu makin rajin lah kakda tangkap gambar.

 

Makin rajin belek-belek gambar cantik dan cuba tiruvasi.

Kakda bukan ada bakat istimewa. Juga bukan seorang yang kreatif.

Sebab tu bila orang puji gambar kakda cantik, kakda kreatif, sangatt lah TIDAK BETUL. Semua tu datang tiba-tiba. Selayaknya hanya Allah yang boleh dipuji sebab bagi idea yang datang tiba-tiba.

Sebab kalau diikutkan memang kakda hanya biasa-biasa saja. Takde bakat terpendam mahupun bakat semulajadi, tapi kakda suka bila berkongsi hasil tangkapan dan dapat menggembirakan orang lain dengan hasil tangkapan kakda yang kadang-kadang kakda pun kagum.heheh

 

 

 

 

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge