Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

YOUTH Skincare

Kongsi Pengalaman Besarkan Anak Kembar

Intai Si Kembar

Pengalaman Travel & Tips Menarik

Kakda Go Travel

INTAI KEMBAR KAKDA

Coretan Masa Si Kembar Berusia 4 Bulan

Seingat mama masa kembar Ahmad Muhamad umur 4 bulan, kita semua menetap di Gua Musang. Kenapa kita ke Gua Musang?

Sebabnya rumah kita belum siap. Masa mama mengandung kembar, kita tinggal di atas kedai pusaka arwah Tok Abah. Sampai lah satu masa tu, air perigi terasa masin.

Kedai tok abah ni tepi sungai. Belah kedai takdak air kerajaan. Jadi kita kena guna air perigi. Mama agak disebabkan musim kemarau, air perigi jadi masin. Habis rosak sinki mama. Sudu, garfu, sudip memasak, periuk dan kuali seamua jadi berkarat.

Tak tau lah bahan kimia apa yang ada didalam air perigi yang kita duk guna tiap hari, mama jadi risau. Sedangkan sinki mama pun boleh berkarat, agaknya macam lah efek dia kat baby kembar mama dalam perut.huhu

Belah kiri Muhamad. Kanan Ahmad. Cakk!!

 

So mama request kat abah, kita kena pindah tinggal sekali dengan Tok Ma. Dulu masa mama dan abah mula-mula kahwin, memang mama dan abah tinggal sekali dengan tok ma.

Hai Muhamad! Hai Ahmad! Mama rindu lah korang masa kecik!haha

Sampai lah abang Yusuff lahir dan masa umur 7 bulan kita pindah duduk atas kedai.

Mama tak ingat exact month bila kita pindah balik tinggal dengan Tok Ma. Yang penting mama blah camtu ja. Sebab masa ni perut mama dah besar. Barang-barang, baju dan semua barang lain masih ada kat rumah atas kedai.

Macam nilah keadaan kita dalam kereta. Ni kita on da way balik Gua Musang. Kalau nak p mana-mana, jarak yang jauh, abah akan set up toto jadi macam ni. Abang Yusuff akan duduk kat depan dengan abah. Kakak Nuur duduk sebelah mama. Kalau incase Muhamad atau Ahmad nak momo (bf), kakak Nuur akan pindah duduk atau tidur tempat Ahmad atau Muhamad. Semua anak mama masih kecik-kecik lagi masa ni. Dan saat besarkan korang ni lah antara saat-saat mama dan abah paling kreatif dan sabar.

Nanti mama sambung lagi cerita ni.

Previous Post Next Post

You may also like

Leave a comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

WhatsApp chat