Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

KECANTIKAN

Set Kesihatan Shaklee

KESIHATAN

Resepi, Travel, Our Story

MY PRECIOUS LIFE

KESIHATAN Set Total Detox Shaklee Solution

Detox| Perlu Atau Tidak?

Selalu kan kita dengar, kalau nak dapatkan kulit yang cantik kena detoks dulu. Kalau nak kurus, kena detoks dulu. Kalau kurang subur pun sama, kena detox juga. Dan macam-macam lagi lah pasal detoks dan toksin.

Majoriti orang kita memang kurang info pasal detox ni. Samalah juga dengan kakda. Tau tu tau, tapi kurang pasti sejauh mana keperluan detox untuk menjamin kesihatan tubuh badan sendiri.

Jadi, jom kita sama-sama fahami apa itu detox. Kakda cuba terangkan secara mudah dan ringkas untuk awak-awak semua ya. Cewahhh..hehe

Apa Itu Detox?

Ringkasnya, detox adalah proses membuang toksin keluar dari dalam badan. Toksin adalah bahan buangan yang tidak diperlukan oleh badan dan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

So, kena buang lah kan. Tak mau lah simpan benda tak perlu ni.

5 Organ Yang Terlibat Dengan Proses Detox.

Seterusnya kita kena tahu, ada 5 organ utama didalam badan kita yang terlibat dalam proses detoks.

  1. Peparu
  2. Kolon / Sistem Penghadaman
  3. Buah Pinggang
  4. Hati
  5. Kulit

Setiap organ detox ini memerlukan nutrisi khas bagi membantu proses detoksifikasi dapat dilakukan dengan lebih efisien dan efektif.

Kenapa Perlu Detox?

Sama macam kereta, kalau lama tak servis, performance kereta akan merosot. Betul tak? Sama lah juga dengan organ detox kita, kalau organ detox terlalu terbeban maka ia pun tak dapat berfungsi dengan optimum (tak mampu buang toksin dengan baik).

Bila organ detox tak mampu berfungsi dengan baik, maka lebih banyak toksin yang masuk ke dalam badan berbanding toksin yang keluar. Kenapa? Sebab organ detox letih dan tak mampu untuk menapis semua kotoran yang masuk ke dalam badan.

Maka berlakulah lambakan toksin didalam badan. Bila toksin banyak, pelbagai penyakit mulai timbul. Antaranya seperti;-

  1. Masalah kesuburan
  2. Masalah kulit berjerawat, kusam dan tidak berseri
  3. Masalah berat badan berlebihan
  4. Mudah letih
  5. Kurang stamina
  6. Kulit gatal dan elergik
  7. Masalah sembelit
  8. Sering sakit kepala
  9. Dan banyak lagi.

Punca Toksin Dari Mana?

Terlalu banyak punca sebenarnya. Setiap hari kita terdedah kepada pelbagai sumber toksin. Daripada makanan, minuman, persekitaran, gaya hidup yang kurang sihat dan macam-macam lagi.

  1. Makanan – Bahan pewarna dan perasa tiruan, tinggi msg dan garam, fast food dll.
  2. Minuman – Air minuman yang kurang bersih, tidak ditapis dengan baik dan mengandungi bahan kimia berbahaya termasuk logam.
  3. Persekitaran yang kurang bersih, terdedah kepada pelbagai pencemaran, jerebu dan asap dari kenderaan.
  4. Gaya hidup yang kurang sihat – selalu stress, lewat tidur malam, mengambil ubat-ubatan, merokok.

Kelebihan Detox

Jadi marilah kita buat detox agar tubuh badan kita menjadi lebih sihat dan kita terhindar daripada pelbagai penyakit berbahaya.

Selepas membuat detox, kita akan mengalami beberapa perubahan yang positif seperti;-

  1. Nasfu makan lebih terkawal
  2. Badan lebih bertenaga dan cergas
  3. Mood yang lebih baik dan tenang
  4. Hilang masalah elergik dan kembung perut
  5. Membuang najis dengan lancar
  6. Mudah mengawal berat badan
  7. Tahap kesuburan meningkat dan lebih mudah hamil
  8. Kulit menjadi lebih berseri dan kelihatan sihat

Cara Detox Yang Betul

Berpuasa merupakan salah satu cara detox. Eat Clean juga boleh diamalkan untuk detox badan. Sebenarnya ada banyak cara yang diperkenalkan kepada kita untuk membuat detox. Di Facebook sendiri, ada ramai coach kesihatan yang boleh membantu kita untuk detox.

Namun secara peribadi, kakda prefer untuk buat 7 Days Total Detox Shaklee sebab Total Detox Shaklee Solution (7 Days) menggunakan campuran sinergi dan nutrisi semulajadi untuk membantu proses detoksifikasi semulajadi badan kita secara menyeluruh.

Kebanyakan produk Detox dipasaran, mereka hanya fokus satu organ detox sahaja. Contohnya produk detox untuk usus bagi mengelakkan kembung perut dan sembelit sahaja. Sedangkan kita tahu, organ detox ada 5 kan. So kenapa tidak kita buat detox secara menyeluruh? Betul tak?

Dan Total Detox Shaklee Solution juga ada menyediakan produk semulajadi dan meal planning untuk memudahkan program detox kita.

Jom follow kakda untuk buat detox menggunakan Total Detox Shaklee Solution. Baca lebih lanjut kat sini untuk mengetahui cara detox shaklee, apa makanan yang sepatutnya diambil semasa detox dan jadual pemakanan selama 7 hari.

Previous Post

You may also like

Leave a comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.