Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

YOUTH Skincare

Kongsi Pengalaman Besarkan Anak Kembar

Intai Si Kembar

Pengalaman Travel & Tips Menarik

Kakda Go Travel

Jerawat

Elak 10 Jenis Makanan Ini Untuk Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat

Makanan Yang Perlu Dielakkan Supaya Jerawat Cepat Hilang.

Macam mana cara untuk menghilangkan jerawat dengan cepat dan tak tinggal parut?

Untuk menghilangkan jerawat di muka, sekurang-kurangnya seseorang itu kena tahu apa punca-punca yang menyebabkan jerawat terlebih dahulu.

Jerawat sebenarnya adalah sejenis penyakit kulit. Biasanya jerawat berpunca daripada pelbagai faktor seperti jenis kulit muka, tersalah pakai produk penjagaan muka, masalah hormon yang tak seimbang, keturunan dan kotoran.

Korang pernah tak terfikir yang mungkin makanan juga boleh menjadi penyebab jerawat di muka tak pernah surut-surut? Perasan tak, kadang ada yang lepas makan sesuatu kemudian baru tersedar jerawatnya menjadi semakin teruk dan bernanah.

Biasa kan kita dengar,

“Semalam aku makan X, harini naik jerawat batu kat hidung.”

Sebenarnya faktor makanan juga boleh menyebabkan masalah jerawat di muka tak pernah surut.

Jadi kali ini kakda nak kongsikan 10 jenis makanan yang perlu dielakkan supaya jerawat semakin mengecut dan cepat-cepat hilang dari muka kita.

1. Ayam Goreng

Ayam goreng memang sedap. Bukan saja ayam goreng KFC, ayam sendiri goreng kat rumah pun sedap!haha

Tapi ia tak elok jika kerap dimakan oleh mereka yang berjerawat. Sebab ayam goreng ni adalah sejenis makanan yang berminyak. Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat disebabkan kulit berminyak, makanan berminyak  dan berlemak akan membuatkan kilang minyak di dalam kelenjar bawah kulit untuk menghasilkan lebih banyak minyak lagi.

Kita sepertinya memasukkan lagi lebih banyak minyak dan lemak ke dalam badan. Minyak dan lemak yang masuk ke dalam tubuh sukar untuk dicerna lalu masuk ke dalam darah dan digunakan untuk membentuk sel kulit baru.

Masalahnya bukan sel kulit baru yang cantik yang terbentuk sebaliknya jerawat.

Jadi, kesimpulannya bila lebih banyak minyak dihasilkan, maka jerawat akan semakin banyak dan sukar untuk hilang.

2. Donut

Alangkah ruginya kalau tak dapat makan donut JCo, Big Apple, Dunkin Donut dan donut makcik tepi jalan. Sebab donut ni sedap!

Kalau dulu setakat makan donut yang disalut dengan gula halus, namun sekarang donut bukan lagi sekadar donut. Ia lebih dari itu tau! haha

Masalahnya donut juga sangat kaya dengan minyak. Pernah tengok kan cara goreng donut macam mana? Banyak tak minyak yang diperlukan? Iyaa anak-anak. Banyak. Kalau goreng guna minyak yang sikit, tak jadi donut lah jawabnya. huhu.

Bila banyak serap minyak, sudah tentulah ia menjadi makanan penyebab jerawat.

3. Kentang Goreng

Kentang goreng ni sama kes dengan donut dan ayam goreng.

Makanan berminyak kena elakkan. Kalau tak tahan sangat, makan lah. Tapi makan berpada-pada ya. Selagi dapat elak, elakkan. Bila muka dah makin elok nanti, baru lah makan.

Selain jerawat batu dan jerawat pasir, jerawat nasi juga mudah timbul kalau kita gemar makan makanan berminyak ni.

4. Mee Segera

Mi segera atau orang kita lagi suka panggil meggi juga antara makanan pencetus jerawat.

Rasanya semua orang tahu, mi segera mengandungi banyak bahan penambah perisa, bahan awet dan lebih menakutkan lagi ia mengandungi lemak tepu yang sangat sukar untuk dicerna oleh usus. Ia lalu akan masuk ke dalam darah dan menjadi sel baru yang bernama jerawat.

Jika anda mempunyai jerawat yang teruk dan sering pula memakan mi segera, cuba ubah tabiat anda itu dan lihatlah kesannya.

5. Coklat

Biasanya wanita yang dekat nak period sering mencari coklat. Sama lah macam kakda. Bila rasa macam nak makan makanan yang bercoklat, itu tanda dekat nak period lah tu.haha

Coklat ni bagus. Bila makan coklat, ia akan merangsang tubuh untuk menghasilkan hormon penenang. Sebab tu kita akan rasa lebih rileks dan bahagia.

Yang tak baiknya ialah coklat mengandungi gula yang tinggi. Kandungan gula yang tinggi di dalam coklat akan menyebabkan sistem daya tahan tubuh kita menurun. Bila antibodi menurun, bakteria jerawat mudah menyerang dan mulalah muka kita naik jerawat.

6. Minuman Kopi

Minuman yang mengandungi kopi membantu tubuh menjadi lebih segar dan tidak mengantuk. Ini kerana kopi mengandungi Kaffien.

Kaffien di dalam kopi boleh menyebabkan jerawat. Selain itu, kopi juga akan membuatkan mata segar sehingga menganggu pola tidur kita.

Pola tidur yang tidak teratur menyebabkan kulit tidak sihat dan akhirnya jerawat mudah timbul.

7. Produk Tenusu

Susu memang penting untuk tulang, namun jika terlebih ia boleh menyebabkan masalah jerawat.

Biasanya jerawat nasi sering dikaitkan berpunca daripada terlebih mengambil produk tenusu.

8. Aiskrim

Aiskrim seperti yang kita ketahui mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi.

Bakteria jerawat mudah hidup dan membiak dalam keadaan bergula. Ini kerana kulit kita kurang kuat untuk melawan serangan bakteria pencetus jerawat yang sememangnya sudah tinggal di dalam liang pori muka.

9. Bijirin Sarapan

Jangan tertipu dengan iklan bijirin sarapan yang sihat.

Bijirin sarapan yang banyak terdapat di pasaraya juga mempunyai gula yang sangat tinggi. Gula pencetus jerawat. Jadi elakkan mengambil gula berlebihan.

10. Kekacang

Jerawat yang disebabkan oleh kekacang lebih kepada jerawat elergik. Macam suami kakda, kalau makan je kacang tanah esoknya mesti naik jerawat. hehe

Jadi kalau dah tahu kita alah pada kekacang, maka elakkan lah supaya jerawat tak timbul.

Cuba Elakkan Makanan Ini.

Kesemua 10 jenis makanan ini hanyalah sebahagian daripada makanan penyebab jerawat. Ini kerana sebenarnya terdapat banyak lagi makanan di luar sana yang boleh saja menjadi punca kepada masalah jerawat yang dialami oleh seseorang.

Jika jerawat anda terlalu teruk, cuba perhatikan apa yang anda makan. Jika anda kerap mengambil salah satu makanan yang ada dalam senarai ini, maka cuba elakkan makanan tersebut buat sementara waktu.

Jika memang benar anda alah terhadap makanan tersebut, beruntunglah anda kerana telah berjaya menemui punca jerawat anda selama ini.

Previous Post Next Post

You may also like

Leave a comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

WhatsApp chat