Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

Masalah Kulit

Health is Wealth

Info Sihat

Dont's wait for opportunity. Create it.

Kakda Go Travel

Osaka, Kobe, Kyoto (Autumn 2017)

Full Itinerary Percutian DIY Ke Osaka, Kyoto dan Kobe, Jepun September 2017 (Part 3)

Day 3: Lawat Bandar Osaka Menggunakan OAP Pass (Osaka Amazing Pass)

Suhu hari ni macam biasa, paginya masih sekitar 14-16 degree, tengahari ke petang naik sehingga 22 degree.

Lepas bersarapan dengan susu segar, bubur nasi knorr dan telur rebus separuh masak, kami mula bersiap.

Harini kami keluar lewat sikit. Sebabnya just nak jalan-jalan dalam bandar Osaka sahaja. So bagi lepas orang nak p keje dulu.hehe

Walaupun sejuk, kakda decide tak nak dah bawa cardigan pagi ni. Malas nak bawak. Lagipun mula-mula je rasa sejuk, dah lama pakai rasa panas pula.

Tapi masalahnya, keluar je rumah, sampai kat bawah rasa sejuk macam tak tahan. Niat nak naik atas semula, tapi suami kakda kata “Tak Payah!”. Baik. Daku menurut perintah. haha

Takpelah. Lagipun kakda dah pakai inner kat dalam.

Suami kakda macam biasa. Rilek gitu jah. Sejuk? Sejuk jugak. Tapi sebab kita akan banyak berjalan, so inshaaAllah tak akan rasa sejuk mana.

Fefeeling like locals gituu kan..ala.. baru 14degree, belum 4 degree lagi..rilekss.  (Baru 3 hari duk Jepun dah berlagak kau kakda!) haha..

Next..

Osaka Amazing Pass 1Day

Bermula dari Kitagaya Station (station dekat rumah) lagi kita dah boleh guna OAP Pass ni. Sebab OAP Pass boleh cover semua line subway yang ada di dalam bandar Osaka. Kecuali JR Line.

Tapi macam yang kakda dah cerita dalam entry pass pengangkutan terbaik semasa bercuti di Osaka, JR Line tak banyak dalam bandar. Kalau tak naik JR Line pun kita still boleh sampai ke semua tempat-tempat menarik yang ada di Osaka.

Ohsem kan!

Kat Mana Tempat Menarik Di Osaka?

Sebelum bertolak ke Jepun hari tu, kakda pun macam korang jugak. Bukan main lagi google tempat apa yang menarik untuk dikunjungi semasa berada di Osaka nanti.

Masa duk kumpul info tu, tak jumpa sangat apa aktiviti menarik yang boleh dibuat di bandar Osaka melainkan shopping di Shinsaibashi, Dotonbori, pergi ke Osaka Castle, naik Umeda Building dan main kat Universal Studio Japan.

So dalam kepala otak, Osaka ni takdak tempat menarik mana. Pusing-pusing je lah nanti.

So masukkan la jugak dalam itinerary tempat-tempat kat atas tu. Follow je ikut apa yang blogger lain rekemen.

Tapi plan cuma plan. Bila refer guidebook Osaka Amazing Pass yang kita dapat semasa membeli OAP Pass ni, terus lari semua plan asal.haha!

Sebabnya rupa-rupanya ada banyak sangat tempat yang kita boleh kunjungi dengan menggunakan Osaka Amazing Pass ni.

Tinggal lagi sempat tak sempat je nak p semua tempat.haha.

Jadinya planning memang penting. Refer map, plan betul-betul supaya perjalanan lebih smooth, supaya banyak tempat dapat di cover dan pergilah ke tempat-tempat yang bayaran masuknya mahal.

Biar berbaloi sikit duit kita beli OAP mahal-mahal.

Osaka Castle

Tempat pertama yang kami kunjungi adalah Osaka Castle.

Cara Nak Pergi Ke Osaka Castle

Station subway Osaka Castle adalah Osaka Business Park N21.

Untuk pergi ke Osaka Castle kita kena naik Nagahori-Tsurumiryokuchi Line dan turun di Osaka Business Park N21.

Kakda stay di area Kitakagaya (Y20) yang cuma ada subway Yotsubashi Line.

Jika nak ke Nagahori-Tsurumiryokuchi Line, kita kena pergi ke Shinsaibashi Station (Y14) untuk tukar line.

Dari Kitakagaya station Y20 (Yotsubashi Line) naik train menuju Shinsaibashi Y14 (Yotsubashi Line).

Sampai di Y14, keluar dan tukar line ke Nagahori-Tsurumiryokuchi Line.

Seterusnya ambil train di Shinsaibashi Station N15 (Nagahori-Tsurumiryokuchi Line) menuju ke Osaka Business Park N21.

Nak tukar station di Shinsaibashi ni kita kena jalan jauh sikit. Tapi tak susah. Kena sentiasa alert dengan signboard.

Incase tak jumpa signboard arah nak ke Nagahori-Tsurumiryokuchi Line, cuba undur balik. Maybe terlepas pandang. Sebab mesti ada dia tunjuk.

Atau pun, on kan je google map. Senang. Hehe..

Pintu Belakang Istana

Sampai di Osaka Business Park station, sila lah keluar. Osaka Castle terletak di sebelah kanan. Jadi sila lah gerak ke kanan.haha

Kena jalan sikit lah. Tak jauh mana. Sambil-sambil tu boleh lah enjoy view taman Osaka Castle. Kita akan approach castle dari pintu belakang. Jadi jangan pelik kalau nampak jalan macam lengang.

Kat atas tu dah berbiji bas pelancong.haha

Tak Perlu Beratur Untuk Naik Castle

Memandangkan kita guna OAP, kita tak payah beratur untuk masuk dalam istana.

Caranya ialah, g approach pakcik yang duk jaga pintu masuk tu. Tunjuk OAP kita. inshaaAllah pakcik tu akan bagi lepas naik terus.

Orang-orang yang duk beratur tu semua nak beli tiket. Kita masuk PERCUMA. Naik atas, enjoy view bandar Osaka dan boleh baca sejarah-sejarah. Dah puas, turun. Kita p tempat seterusnya.

Jom layan gambar kami.haha

Jambatan di lingkaran luar istana. Jauh lagi nak sampai kat atas nuhh.haha

Pintu Gerbang belakang istana. Sila jalan lagi ya anak-anak. Jauh lagi nak sampai.haha

Jambatan istana lingkaran dalam. haha.. Jalan lagii. Tak sampai istana lagi.

Fuhhh.. sampai pun.haha.. bukan main jauh nak jalan. Jom serbu istana.

Boleh lah tengok bandar Osaka dari atas istana ni. Acah-acah raja duk tengok kawasan jajahan seluas mata memandang.haha

Dah puas pusing, lebih kurang pukul11am, kami pun blah. Singgah beli Coolish di Lawson sebelum jambatan linkaran luar. Sedap ni. Aiskrim vanilla. Halal.hehe

Ok dah. Seterusnya kita ke Osaka-ko.

Tempozan Giant Ferris Wheel Di Osaka-Ko

Tempat kedua yang kakda pergi adalah Tempozan Giant Ferris Wheel di OSakako.

Dari Osaka Business Park (N21) – tukar train ke Chuo Line di Morinomiya (N20). Kemudian naik Chuo line Morinomiya (C19) ke Osakako (C11).

Jalan lebih kurang 5 minit dari station Osakako.

Selpiee duluuu.haha

Posing jugak!

Kat Osakako ada banyak tempat menarik. Antaranya Tempozan Ferris Wheel (free with OAP), Aquarium (dapat diskaun if tunjuk OAP), Santa-Maria Cruise (Free with OAP), Legoland Research Center (free with OAP) tapi wajib ada kids baru boleh masuk.haha

Mula-mula kami naik Tempozan dulu.

Ada 2 jenis cabin. Satu yang ada kaler, satu lagi cabin yang ‘see thru’. Kami beratur nak naik yang see thru punya. Kalau naik yang ada kaler, cepat je sampai turn. Kalau nak naik see thru, menunggu la jawabnya. haha

Jangan lupa, naik ni PERCUMA ya. Yang penting ada Osaka Amazing Pass (OAP)

Nyummy!!Jangan lupa beli.haha Hanya ada di jual di kedai Family Mart. Kalau cari di Lawson atau 7E memang tak jumpa lah jawabnya.

View dari atas ni sangat lah cantik. Rugi kalau tak naik.haha

*Tembamnya!!huhu*

Next adalah Legoland Discovery Center.

Legoland Discovery Center ni ada dalam mall. Masuk je dalam, ada je signboard.

Kalau tak bawak kids, tak boleh masuk ya. Syarat nak masuk kanak-kanak kena ada. Kalau Adult saja, tak payah berangan nak masuk. haha.. (Free with OAP)

Untuk tatapan anak-anak bila balik nanti.haha

Bergambar depan kedai-kedai untuk kenangan berada diJepun. Tulisan Jepun tu mahal. Kena masuk dalam gambar. Kang orang cakap kita tak sampai Jepun lagi.haha

Next kakda ke Santa-Maria Cruise. Ni pun area sini jugak. Keluar dari mall, pastu jalan je ikut signboard.haha

Jom ke Santa Maria Cruise!

Masuk kat dalam. Dalam tu ada Starbucks. Jalan depan lagi nanti jumpa lah kat mana nak menunggu.

Pergi ke Kaunter untuk cek operation hour Santa-Maria cruise. Kita naik PERCUMA menggunakan OAP.

Laluan ke pier. Tempat menunggu.

Baca jangan tak baca. hehe

Tengah tengok orang keluar dari cruise. Tak sabar dah nak naik. Kami orang paling depan. haha

Kapal ni besar tau. Mula-mula kami duduk kat depan sekali. Dah puas duk sini, pusing-pusing la satu cruise.haha

Di bahagian dalam kapal.

Okay. Letih dah layan gambar kan? haha..

Next nak p tempat lain pulak. haha.. Kalau nak masuk akuarium, kena bayar tiket masuk. Tapi kalau tunjuk OAP, boleh dapat diskaun. Kami tak masuk, kalau bawak anak lagi best dan boleh lah masuk.

Kawasan sekitar.

Belakang tu mall yang ada Legoland tadi. Dan jugak Tempozan Ferris Wheel.

Aquarium yang best kalau bawak anak-anak. Kami tak masuk sebab nak masuk kena bayar. Just dapat diskaun guna OAP.

Ketika sesat tak jumpa jalan masuk Santa Maria.haha..

Next kami ke Osaka Musuem of Housing and Living. Biasalah civil engineer memang minat bab-bab gini.haha Korang tak payah la follow. Korang decide sendiri nak p mana. Berlambak lagi tempat percuma guna OAP tu.hehe

Kakda update nanti. Sekarang nak masak dulu. Kang marah tok laki asyik caro blog, masak dok lagi!haha

Previous Post Next Post

You may also like

Leave a comment

Leave a Reply