Full Itinerary Percutian DIY Ke Osaka, Kyoto dan Kobe, Jepun September 2017 (Part 2)

0

Day 2: Tempat Menarik Di Kyoto dan Kobe.

Hari kedua ni kami menggunakan Hankyu Pass 1-Day untuk bergerak ke Kyoto dan Kobe. Hankyu Pass merupakan pilihan terbaik untuk mereka yang travel bajet.

Harga 1 pass hanyalah 800yen atau bersamaan dengan lebih kurang RM30 seorang. Dengan spen RM30 sahaja kita dapat cover Kyoto dan Kobe. Jimat kan?

Tapi kena ingat, kalau nak guna Hankyu Pass, kita hanya boleh guna line Hankyu sahaja. Jadi, kena pandai-pandai  diri tengok peta.

Seeloknya study dulu lebih kurang masa kat Malaysia. Supaya bila sampai kat Jepun nanti, takdelah kita blur sangat nak paham peta kat sana.

Masa beli Hankyu pass tu, dia akan bagi sekali map untuk Hankyu Line ni. InshaaAllah mudah je nak faham. Dia dah listkan setiap station yang bakal kita lalu nanti. Boleh jadikan rujukan untuk nak tahu kita dah sampai kat mana.

Bertolak ke Kyoto dari Umeda Station

28/9/17 Khamis

Pagi ni cuaca agak sejuk sekitar 14°c sebab hujan. Macam biasa, pagi ni menu sama, sarapan pagi dengan Bubur segera Knorr perisa ayam dan telur separuh masak bahagi 2.

Bubur Knorr perisa ayam beli kat Malaysia lagi. Teloq pula beli kat supermarket hat mana nampak. Lawson pun ada jual. Beza dia harga je lah. Macam 7E kita dan kedai runcit biasa. Kedai runcit biasa lagi murah. Gituuww

Malam sebelum tu kakda dah masak air siap, salin dalam botol 1.5L untuk dibawa jalan sekali. Bekalan sepanjang hari lah tu 1.5L.haha

Untuk baju pula, walaupun cuaca sejuk, tapi kakda just pakai blouse muslimah yang biasa kita pakai kat Malaysia. Tapinya kakda angkut sekali lah cardigan hitam kakda. Mau tak sejuk, keluar dari rumah tu pun dah rasa beza sangat. Dalam bilik tak rasa mana sebab kami on kan Heater.haha.. (beriya wat suhu panas, acah-acah g musim sejuk lah kenkonon.haha)

Bergambar di depan rumah ka tokong ka tak sure jugak. Tapi ni dah on the way nak masuk ke dalam Bamboo Forest Arashiyama.

Lepas mandi dan sarapan, basuh terus mangkuk yang guna untuk makan tadi, lebih kurang pukul8, kami pun keluar memulakan perjalanan.

Agak neves jugak sebenarnya sebab tau pukul8 mesti train sesak. Tapi apakan daya, hujan pun baru je stop dan dah tak sabar nak jalan, maka keluar jugak!!Biar lah bersesak pun.hahah

Stokin busuk!hihi

Kitakagaya Ke Nishi-Umeda Naik Subway Biasa (Yotsubashi Line). Then Tukar Ke Hankyu Line Di Umeda Station.

Naik train dari Kitakagaya (tempat penginapan AirBnB) menuju Nishi-Umeda Station. Masa ni dapat lah rasa bersesak-sesak dalam train sekali dengan orang nak p keje! Dan uniknya, majoriti semua orang pakai baju kemeja putih. Adakah memang kakitangan Awam Jepun wajib pakai baju macam tu? Tak tau lah kakda pun.huhu

Dari station homestay, kakda kena beli tiket train kat mesin dulu. Sebab Hankyu Pass kena start guna di Umeda Station.

Keluar dari Nishi-Umeda Station menuju ke Umeda Station mencari Hankyu Line Kyoto

Sampai station Nishi-Umeda, kita kena keluar dan transfer ke Umeda Station. Umeda Station yang kita nak p adalah Umeda Station Hankyu Line. Selain Umeda Station Hankyu Line, ada jugak station lain yang namanya Umeda tapi Line nya berbeza.

Maka sebab tu penting untuk ingat kita nak naik Line apa. Bukan setakat ingat nama lokasi nak p. Faham tak anak-anak?hehe

Arashiyama Bamboo Forest

Dari Umeda, ambik train Express Hankyu Kyoto Line. Sampai di Katsura, sila keluar train dan ambik train menuju ke Arashiyama, bukannya train ke Kawaramachi. Kalau tersalah naik, xapa. Teruskan je perjalanan dan turun di stop seterusnya, pastu patah balik g Katsura dan naik lah train yang betul.hehe

Jangan risau sebab pass yang kita guna tu valid sepanjang hari. So kalau keluar masuk tempat yang sama berkali-kali pun tak akan ada extra caj. Keluar masuk lah berapa kali pun yang ko nak.hahah

Arashiyama Hankyu Station. Bagi yang naik Hankyu Line, kat sini lah station Arashiyama. Kalau yang dari Kyoto, biasanya akan naik JR Line. So tak akan stop sini.

 

Bila sampai di Station Arashiyama Hankyu, keadaan di station agak tenang dan damai. Kami ambik peluang untuk masuk ke tandas terlebih dahulu. Tandas kat sini agak manual. Jadi selain botol mineral 1.5L yang perlu dibawa bersama, pastikan bawa jugak botol air yang kecil macam yang kakda pegang dalam gambar tu.

Untuk apa ye? Iyaa anak-anak. Tujuannya adalah untuk kita cebok.hahah. Kalau jumpa tandas yang sama spesis macam tandas kat sini, maka anak-anak kena tadah lah air terlebih dahulu di sinki. Kemudian baru lah masuk melabur. Faham tak anak-anak?hahah

Macam ni haa. Jangan ingat kat Jepun semua tandasnya canggih. Kat kawasan perkampungan tandas macam ni pun dah cukup. Jadi jangan lupa bawa botol kecik. Ingat tu!haha

Agaknya tak ramai yang naik Hankyu Line melainkan orang tempatan dan orang-orang yang bersungguh cari cara murah untuk sampai ke Kyoto macam kakda.(haha) Sebab apa kakda cakap macam tu? Sebabnya kat sini sangat lengang. Hampir takdak orang. Dan keadaan ini mungkin akan buat kita sedikit was-was. Iya ka ni? Bakpo takdok orang sedangkan Bamboo Forest ni femes.

Tandas yang macam ni hanya di bandar-bandar saja. Nak guna mudah je. Yang penting ko kena duduk dulu baru lah semua butang itu berfungsi. Kalau ko takut nak duduk lalu menekan butang yang ada, jangan harap dia nak functioning. Sila duduk terlebih dahulu ya. Baru lah try test. Jangan risau, takdak butang keluarkan najis. Jadi ianya selamat dan tak berbahaya.hahaha

 

Jangan panik. Keluar macam biasa dan terus ambik kanan untuk ke Bamboo Forest. Jalan je ikut gerak hati. Kalau ambik kiri pun akan sampai jugak rasanya. Sebabnya kami pun berjalan ikut naluri dan gerak hati. Tengok kiri, tengok kanan. Ambik je kanan. Malas dah nak google. Yakin Allah akan tolong.hehe (Allah kan ada. Minta Allah tolong.)

InshaaAllah korang akan nampak ramai manusia nanti. Dan bila nampak manusia yang ramai, sila lah jalan menuju ke arah mereka.haha.

Jika belum nampak tanda-tanda manusia, sila lah jalan lagi.hahah

Jambatan pertama yang kami jumpa. Mula-mula ingatkan ni lah Jambatan Togetsukyu, rupanya tak sampai lagi. Patut lah takdak orang. Tapi masa sampai kat jambatan kecik ni pun dah cukup buat hati jatuh cinta. Sungai dia subhanallah. Cantiiiikkkk sangat!! Bunyi air sungai yang mengalir deras cukup mengujakan. Dan pemandangan dari sini, seluas mata memandang, boleh tengok seluas kawasan Arashiyama. Semuanya cantik. Haiii.. kena p lagi ni!haha

Setelah puas bergambar, kami jalan lagi ke depan. Dan dari kejauhan dah nampak, belah nuhhh ramaii sangat orang. Ok. Dah konfem tak sesat.hahah

Bila berjalan ke depan sedikit, kita akan dapat nampak deretan kedai lama dari kejauhan berserta banjiran manusia. Kereta juga banyak. Padahal sebelum tu, kami ingatkan kami sudah berada entah di kampung mana. Sebab tak jumpa manusia, kedai dan juga kereta. Ada pun kereta yang sedang parking dan beberapa buah basikal yang sedang berjalan diatas jalan.haha

Semuanya masih hijau. Ada pun oren sikit jah. Frust!!Sebab tu kena p lagi sekali. heheh
Bergambar menghadap sungai. Kanan adalah dari arah jambatan kecik tadi. Lokasi seterusnya adalah ke arah kiri. Kami lunch area sini. Ada banyak bangku panjang disediakan. Khas untuk berehat. So senang. Buka je bekal, duduk, makan. Paip pun ada untuk basuh tangan dan basuh bekas makanan kita.

Suami kakda ni dia ikut je arahan. Kakda suruh stop, dia stop. Nak ambik gambar pokok-pokok kat belakang tu sebenarnya sebab lawa.huhu

Puas snap gambar, kami teruskan perjalanan ke Jambatan Togetsukyu yang hanya tinggal beberapa langkah saja lagi dihadapan. Ramai orang lepak kat jambatan ni. Sampaikan nak bergambar pun payah.hahah

Kalau lah semua pokok di bukit sudah bertukar warna kan..(tak pa. nanti kita p lagi.)

Dari jambatan Togetsukyu ni, kita kena berjalan agak jauh lagi sebelum sampai ke Bamboo Forest. Kita akan melewati deretan kedai-kedai yang majoriti menjual makanan. Makanan nya pula sangat menggoda. Tapi kakda tak yakin lagi nak beli. Tunggulah mai kali kedua atau ketiga nanti. InshaaAllah kakda try beli.

Ramai pelancong dari China dan Korea. Jumpa bertudung, tapi dari Indonesia. Orang Malaysia tak tau p mana.

Kalau korang berani cubalah tanya. Rasanya paling selamat pun beli air green tea. Kalau nak cuba aiskrim, pastikan gelatin aiskrim tu dari tumbuhan. Apa pun kakda tak beli. Last-last buka oreo je. Pastu beli air isotonik dari vending machine.haha (sedih!)

Sambil menyelusuri Bamboo Forest, sambil kudap-kudap orea dan biskut beras.hahah

(spam gambar dulu, dah alang-alang banyak bergambar, kita buh la semua.haha)

Terlebih cahaya. Dah tak nampak muka!haha
Nak posing yang paling cun, tapi tak dak bakat. Ni je yang termampu.haha
Ku geram betul dengan lakiku, apasal semua gambar aku tak cantik? (padahal memang muka dah tak cantik, nak buat macam mana kakda weii.haha)

Actually bamboo forest ni takdak apa pun. Pokok bamboo je pun. Dan kat sini ada banyak temple. Dan ada jugak perkuburan. Agaknya ditanam bamboo di sekitarnya untuk menimbulkan rasa ketenangan dan kedamaian. Untuk tujuan kerohanian lah gamaknya.

Susah sangat nak snap pic yang takdak orang sebabnya memang ramai sangat orang yang datang sini. Gambar ni kira dah ok la ni. Tapi kalau mai ramai-ramai, senang sikit cover orang-orang yang kat belakang tu dari termasuk dalam gambar kita.
Tak dok monopod. Jadi gambar couple pun jadi tak cantik..

Ada sekali tu, 1 family dari Indonesia minta kakda tolong snap gambar dorang 4 beranak. Punya lah cun kakda snap. Sekali tu dia offer lah nak tolong tangkapkan gambar kitaorang pula, tapi adakah patut suami kakda kata tak payah. Haishhhh. Tak patut betul lah.huhu.. tak patut, tak patut.

Kakda nak panggil semula pun dah segan. Jadinya hanya mampu ber ‘huhu’ jelah.

Bamboo ni makin kedalam makin dia cantik. Pokok nya lebih segar, lebih bermaya dan rimbun je.

Masa mula-mula masuk, bamboo nya sedih-sedih je. Tak nampak merimbun dan tak cantik. Mujur lah kami teruskan jugak jalan dan masuk sampai dalam-dalam. Padahal sebelum tu memang rasa nak patah balik dah. Tapi sebab perjalanan nak masuk dalam tu tak tau hujungnya kat mana, kami pun teruskan je lah jalan lagi.

Rupanya cantikkkk sangat kat dalam tu. Dan memang spot cantik untuk bergambar. Jalan rasa tak letih langsung padahal berbukit. Sebab terpesona dengan kecantikan bamboo, sampaikan tak rasa apa.haha

Deretan kedai yang comel-comel. Sangat keJepuanan kan?

Bila dah puas bergambar, posing sana posing sini tapi tetap tak cantik jugak gambar kakda, maka kakda pun surrender.hahah.. moh ler kita balik bang! Boleh bergaduh ni tak puas hati cara suami snap gambar.haha.

Konon kakda lah yang paling hebat tangkap gambar. Gambar dia semua cun, gambar kakda hancus!haha (tak mau sedar diri lagi yang diri memang tak cun, macam mana lah gambar nak jadi cantik.huu)

Nok beli ko tokseh, nok beli ko tokseh! ^_^

Dekat pukul12, kami pun patah balik. Perut dah lapaq nasi. Masa lalu kawasan sungai tadi, kami dah decide nak makan lunch kat sana. So singgah beli nasi kosong dulu kat Lawson.

Nasi kosong dalam bekasye, bukan onigiri. Jadi dia tak letak kat area fridge ye. Dia ada kat rak. Kawasan kering. Kalau nasi yang kat peti tu biasanya Onigiri. Kami tak beli Onigiri. Kami beli nasi kosong ja.

 

Lunch kat area sungai.Ada banyak kerusi panjang. So boleh duduk sambil makan dengan riang dan gembira. Kakda tak dan tangkap gambar masa nak makan tu sebabnya masa tu angin sangatlah kuat. Rasa macam nak terbang je nasi kami.haha.

Taktau nak posing apa dah! Baru lepas beli nasi.

 

Jadinya kalau kakda sibuk jugak nak bergambar, alamatnya memang berterbangan la semua benda.huhu

Oh ya, Nasi kosong beli kat Lawson tu minta cashier panaskan terus. Cara nak minta tolong panas, korang tunjuk je microwave kat belakang cashier tu. InshaaAllah dia paham. Tak yah susah-susah nak kecek Jepun.hihi

Pastukan kalau betul, sila lah angguk. Ataupun oyak “hai’..hai’..” dah siap tu oyak “Arigatooo..” gituuww dong. ^_^. Mudah sangat!hahah

Masa ni juga, kakda beli aiskrim Coolish. Sebab sokmo tengok orang kat RTJ share pasal aiskrim ni. Sedap katanya. Aiskrim Coolish adalah antara makanan halal yang boleh dimakan sebab gelatin pembuatannya dari tumbuhan, maka kakda beli tanpa was-was. Memang Oishi lah aiskrim ni! Perisa Vanilla.

Tengahhari tu, kami makan nasi putih berlaukkan ayam merah Brahims. Lauk dah panaskan sesiap kat homestay. Takyah koyakkan plastik dia tu. Rendamkan je ke dalam air panas. Tak yah panaskan dalam microwave. So bila dah sampai kat tempat nak makan, baru koyakkan plastik. Dengan cara ini, lauk kita selamat dan takdak risiko tertumpah dalam beg.

Alhamdulillah, sebekas nasi pun dah cukup mengenyangkan. Sebab nasi jepun ni dia jenis mudah kenyang. 1 bekas harganya lebih kurang 132yen.

Habis makan, kami pun bertolak ke Gion.

Tengah tunggu Express train Hankyu nak ke Gion.

Gion, Kyoto.

Next destinasi adalah ke Gion. Nak tahu kena ambik train apa, refer je map yang ada kat belakang Hankyu Pass kita. Perjalanan ke Gion tidak lah terlalu lama. Tapi yang buat rasa lama adalah sebab Kakda lupa apa yang nak dicari kat Gion ni. (Dah balik Malaysia, baru teringat nak p mana.hahah)

Sebenarnya memang kakda dah siapkan itinerary awal-awal lagi. Tapi husben kakda tolong print kan pastu tertinggal kat meja ofis dia, tu yang agak bluurr masa kat GION ni.

Makanya, bila sampai je GION, kami just jalan-jalan pusing dalam bandar dan tengok-tengok je apa yang ada. Buka map jugak, tapi memang takdak idea langsung nak p cari apa.haha

Sepatutnya nak jalan-jalan kat area yang ada deretan bangunan lama. Tapi disebabkan dah dapat tengok scenery macam tu masa kat Arashiyama, jadi kami decide untuk jalan-jalan sekitar station yang kami stop je. Kalau korang ada banyak masa, sila lah p sana.

Banyak lagi tempat menarik yang ada di Kyoto ni. Kami memang tak dan lah nak pusing banyak tempat sebab trip kami memang singkat.

Express train ni agak cantik. Klasik gitu.

 

Habis pusing-pusing, kami pun gerak ke Kobe.

Sebenarnya kalau ikut plan asal, kami nak ke Inari Shrine yang ada pintu gerbang oren tu selepas ke Gion. Tapi memandangkan masa tak berapa mengizinkan, maka kami terus ke Kobe. Pusat bandar Kyoto pun takdan nak kenal-kenal.huhu

Kalau guna Hankyu Pass, kita memang tak akan sampai kat bandar Kyoto. Sebab Hankyu Line Kyoto ni hanya sampai Kawaramachi saja. Kalau nak proceed ke bandar Kyoto, kena beli tiket biasa. Tak mahal sangat , sekitar 200yen sehala.

Kobe-Sannomiya, Kobe.

Jika nak ke Kobe, dari Gion kita perlu naik train ke Juso Station. Juso Station adalah station transit untuk bertukar ke Hankyu Kobe Line.

Signboard kat Jepun ni semuanya dalam bentuk kartun. Dalam train pun sama. Tapi betul lah. Bila fikir logik, yang kita nak warning paling utama kanak-kanak. Sebab orang tua biasanya dah tahu bahaya ka tak. Bila buat signboard macam ni, orang dewasa dan kanak-kanak akan rasa lebih selesa dan hepi.

Pastikan ambik train yang ada tulis EXPRESS. Hat ni dia lebih laju sikit banding yang tulis Local Train. Beza dia cuma jumlah Stop. Kalau hat EXPRESS tu dia tak stop kat semua station yang dia lalu. Kalau hat local, dia akan stop semua station yang dia lalu. Jadinya lambat lah nak sampai.

Kawasan sekitar sebelum sampai Masjid. Masa ni badan dah rasa letih.. muka pun dah hilang seri pengantin.haha

Tempat yang paling jauh kita boleh sampai di Kobe dengan menggunakan Hankyu Pass ni adalah Kobe-Sannomiya. Untuk pergi lebih jauh, kena lah beli tiket lain. Tapi jika anda merancang untuk berlama-lamaan di Kobe, boleh consider untuk beli pass yang lain.

Solat Jamak Qasar Di Masjid Kobe.

Sampai di Kobe-Sannomiya station, kami turun dan mula mencari Masjid Kobe. Masa tu dah pukul 3 petang.

Jika diikutkan plan asal, takdak pun nak singgah Masjid Kobe. Sebab konon nya trip ni nak acah-acah solat kat mana-mana saja asalkan tempatnya selesa dan bersih. Tapi kita hanya merancang, Allah juga merancang untuk kita. Dan sesungguhnya, perancangan Allah itu jauh lebih baik. Dan Dia yang menggerakkan hati untuk mencari Masjid Kobe.

Masjid Kobe. (Payung tu kakda beli dengan harga 500yen di Lawson kawasan perumahan BnB. Tapi takdak rezeki nak pakai dan tak dapat bawak balik sebab tak boleh bawak masuk dalam cabin.huhu)

Masjid Kobe merupakan masjid yang tertua dan pertama di Jepun. Ianya dibina bermula pada tahun 1928 dan dibuka mulai 1935. Masjid Kobe dihormati oleh seluruh rakyat Jepun bukan sahaja oleh mereka yang beragama islam kerana ia pernah menjadi tempat perlindungan ketika Perang Dunia Ke-2 dan ketika Gempa Bumi Hanshin 1995.

Ketika Perang Dunia Ke-2, seluruh bandar Kobe musnah sepenuhnya. Namun Masjid Kobe masih berdiri gagah, hanya mengalami keretakan kecil pada dinding luar dan beberapa tingkapnya pecah. Ia menjadi tempat perlindungan mangsa perang pada ketika itu.

Pada kejadian gempa bumi dahsyat Great Hanshin 1995, bandar Kobe sekali lagi mengalami kemusnahan yang sangat besar. Gempa bumi Great Hanshin diketahui merupakan antara kejadian gempa bumi yang paling dahsyat yang pernah menggoncangkan bumi Jepun.

Hampir kesemua mangsa yang terkorban di seluruh Jepun pada ketika itu adalah terdiri daripada penduduk Kobe. Namun Allah Maha Besar. Masjid Kobe sekali lagi masih kukuh dan tidak terjejas sama sekali.

Di depan Masjid Kobe ada kedai runcit yang menjual barang runcit yang halal. Tapi ikut pandangan kakda, better beli je dari Malaysia. Barang yang dijual jugak agak mahal dan basic je. Baik beli awal-awal dari sini dan angkut p Jepun.

Kitano Groceries berhadapan dengan Masjid Kobe.
Antara barangan yang dijual disini.

Restoran Halal pun ada selang beberapa kedai dari kedai runcit ni. Tapi kakda tak makan pun kat sana. Melalui pembacaan kakda di blog-blog travel Jepun, ramai jugak yang singgah makan kat Restoran tu. Sedikit tips kakda, kalau ada plan nak makan kat mana-mana restoran halal, pastikan cek masa operasi restoran sebelum decide nak p makan.

Sebab masa kakda datang aritu, sekitar pukul 3 lebih. Kedai tutup. Mujur lah jugak memang takdak dalam plan nak makan sana. Kalau tak konfem kecewa.haha

Tujuan kami ke Kobe adalah saja-saja jalan nak kenal Kobe. Maka takdak lah tempat tertentu yang nak ditujui. Habis solat, refer map Kobe then masa tu jugak decide nak p mana. Kami bercadang untuk ke Earthquake Memorial Park dan Gai Shopping Street.

Sekitar bandar Kobe.

Dari Masjid Kobe, kami pasangkan Google map untuk mencari Gai Shopping Street. Jalan kaki menelusuri setiap ceruk deretan kedai di bandar Kobe ini merupakan suatu pengalaman yang sukar untuk dilupakan. I really love and enjoy it very much. Walaupun ia hanyalah sekadar aktiviti berjalan kaki tapi ada satu perasaan yang sangat menenangkan. Tak tau lah macam mana nak cakap.haha

My Man!Aummm.hahah

Mula-mula kami sampai area Gai Shopping Street, kami just pass by. Sebabnya tiba-tiba tukar plan. Nak p tengok Earthquake Memorial Park dulu, alah balik baru nak singgah Gai ni.

Sepanjang perjalanan, kakda perati Kobe mempunyai banyak bangunan yang tinggi-tinggi. Agaknya kat sini lebih kepada urusan perdagangan dan korporat. Kot?haha (suka hati aku je!) Macam mana dorang boleh bina balik bandar ni selepas kejadian Great Hanshin ek.huhu

Teruja tengok construction site (net biru+grey) di tengah bandar. Sungguh kemas kejadiannya.haha

Di Jepun ni, kat mana-mana pun semuanya kelihatan sangat kemas. Hatta dalam bilik BnB kakda, tandasnya sangat bersih. Tak tau macam mana dorang punya stail mencuci. Agaknya memang semua sudut dia bersihkan sebab yelah ruang pun kecik dan sempit kan. Nak gosok semua sudut pun takdak masalah. Tak letih. Cuba dia duduk rumah aku. Mau pengsan tonyoh setiap sudut dan ruang.haha

Adui lah. Muka gelap gila!haha.. Naik kusam sebab berjalan sehari suntuk.haha (lagi 1 sebab kakda takleh solat masa ni. So masa kat Masjid tu, tak basuh muka pun. Padan lah balik dari Jepun habis muka naik jerawat. Kotor!haha)

Basikal merupakan kenderaan yang banyak digunakan disini. Motosikal macam tak berapa ada. Ada kot, tapi kakda tak perasan. Kalau tak perasan tu maksudnya memang sikit lah kan?haha

Gigih laki ku bawak payung.huhu
Cover perut buncit. Malu beb. 

Berjalan kaki di street dan ditiup angin yang sejuk buat kakda malu. Apa tak malunya, baju lekat, perut tertonjol ke depan. Tu yang duk heret beg Al-Ikhsan ke depan. Nak tutup perut. Orang Jepun punya perut semua slim-slim. Mesti dorang kejutan budaya tengok perut kakda buncit. Its so obvious, perut i sorang je yang buncit kat sini tau. (uwaaaa.. i dah beranak 4 okay! hahaha..cover2)

Sekitar Earthquake Memorial Park. Kalau daun semua dah tukar kaler oren dan merah, mesti taman ni akan menjadi sangat cantik!

Kami jalan setakat kawasan ni ja. Tak larat dah nak p jauh lagi. Ada juga terfikir nak lepak kat harbour dia. Tapi rasanya jauh lagi nak jalan kaki p sana. Badan pun dah letih. So lepak-lepak kejap sambil tengok orang-orang Jepun yang balik keje.

Cubaan selfie yang paling cantik. Tapi muka dah tak bermaya. Dah tak boleh jadi cantik dahhh. huhuh
Kepingin tengok daun oren atau merah. Pokok kat belakang tu baru je acah-acah nak tukar kaler. Lambat lagi gamaknya nak bertukar.
Suamiku sibuk google pasal gempa bumi Great Hanshin 1995.

Dalam pukul 5 kami pun bergerak, patah balik. Sebab nak balik ke Osaka, kena naik train kat station yang sama masa turun tadi. Sebelum tu cuba tinjau apa yang ada di Gai Shopping Street yang kami just pass by tadi.

Laluan berbumbung. Kalau hujan pun still boleh shopping dengan tenang.

Kami macam biasa. Tak shopping apa. Sebab kami p ni pun bajet trip. Takdak bajet yang di allocate untuk shopping. Dah lah conversion rate mahal. Kami tukar duit awal. Masa tukar tu rate RM39.25 = 1000yen. Masa kami p ni, rate menurun p RM37. Mau kau tak meraung. Shopping memang tak lah jawabnya!haha

Kononnya kat sini murah berbanding di Dotonbori. Tapi i pun tak sure lah.

Lepas puas cuci mata di Kobe, sekitar pukul 7 lebih kami pun bertolak balik ke Juso Station. Dari Juso ambik train ke Umeda Station Hankyu. Sampai Umeda Station Hankyu, pindah p Yotsubashi Line kat Nishi-Umeda Station. Jarak antara station ni sebenarnya agak jauh jugak.

Ko bayangkan lah ko kena berjalan sampai ko rasa tapak kaki ko dah naik kebas. Yelah, kat Malaysia, mana pernah ko jalan sejauh ini. Kan? Kejutan budaya betul la tapak kaki tu. hahah

Di Nishi-Umeda (Yotsubashi Line) nak ke Kitakagaya kena beli tiket biasa. Hankyu Pass dah tak boleh guna. Maka berakhirlah penggunaan Hankyu Pass 1-Day kami.

Untuk hari kedua, kakda ringkaskan dalam vlog kat bawah ni. Jemput lah tengok. Part 2: Travel Kyoto & Kobe Guna Hankyu Tourist Pass 1 Day.

Tips:

  • Bertolak awal sekitar pukul7 lebih baik dari keluar pukul 8. Tapi kalau nak cuba bersesak-sesak dengan warga kota yang kalut nak p keje, boleh lah start jalan pukul8.huhu
  • Beli air mineral botol besar. Masak air dalam bilik dan refill la botol tu. At least dah jimat duit nak beli air. Kita jalan sehari suntuk, tak balik bilik. Maka tekak mesti kering. Kalau asyik nak beli air, kopak la kak oiii.hahah (Kami beli air mineral botol besar masa mula-mula sampai di supermarket on da way nak cari homestay)
  • Bawak bekal untuk lunch sesiap. Just panaskan lauk, dan buh dalam bekas. Nasi boleh beli kat Lawson. Kat Jepun merata kedai Lawson dan 7E. Lawson adalah kedai minimarket yang serupa macam 7E.

  • Jangan lupa bawak snek. Mesti lapar masa jalan. Kalau berani, boleh cuba street food yang macam-macam jenis ada dijual. Kami tak berani nak try. Sebab tak pasti halal haram nya. Nak tanya pun tak berani lagi. InshaaAllah next time bila kekuatan itu ada.huhu
  • Kalau banyak masa, jalan lah sampai ke bandar Kyoto dan boleh sambung ke Nara.

 

Baca lagi:  Full Itinerary Percutian DIY Ke Osaka, Kyoto dan Kobe, Jepun September 2017 (Part 1)

Sambungan: Full Itinerary Percutian DIY Ke Osaka, Kyoto dan Kobe, Jepun September 2017 (Part 3)

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge