Hokkaido Ice Cream Puff Kota Bharu di Wakaf Mek Zainab Yang Wajib Korang Cuba.

Siang tadi kakda dan suami ke Aeon Mall sebab nak beli kasut Skechers sempena harijadinya yang ke 36.

Dah lama en. Suami usha-usha kasut hitam Skechers tu, tapi kononnya nak tunggu birthday lah baru syok sikit. Lagipun kalau beli awal-awal biasanya takdek less, so tunggu la dulu beberapa bulan, at least ada less 20% pun dah cukup bagus.hihi

Tapi disebabkan PKP, kebanyakan kedai dalam Aeon tutup. Yang banyak buka kebanyakannya cuma kedai makan. Jadi tadi sempatlah juga kakda grab Squid Boy dan Inari Sushi. Ikutkan nafsu nak juga grab Auntie Anne sekali.haha!

Lepas beli makanan, kami pun blah. Ke KB mall pula mencari Blue Cube. Kakda nak tukar telco dari DIGI kepada CELCOM. Sebab line DIGI kat rumah kakda tak kuat, pulak tu CELCOM jauh lebih murah. So tukar la. Apa yang boleh jimat, kita jimatkan.

Kakda pun dah order Modem di Shopee untuk plug in kan simkad yoodo preoaid 3Mbps Unlimited Data untuk kegunaan wifi di rumah. So tak perlu lah langgan bil postpaid bayar mahal-mahal.

Lepas hampir 2 jam, urusan di KBMall setel. Now sampai masa nak beli Hokkaido Ice Cream Puff Kota Bharu! Nyummy!

Haritu nampak post viral pasal Hokkaido IceCream Puff ni lalu di FB kakda. Terus laju kakda screenshot dan forward kepada suami tercinta dengan harapan setinggi gunung agar dibawa ke sana.haha!

So sampailah juga kami pada harini. Beli 2 ja tadi. Perisa mint dan coconut. Not bad!! Sedap juga makan aiskrim dengan puff. Aiskrimnya biasa-biasa je, bukan tahap Baskin Robin sebab tu lah harganya pun masih mampu beli.

Untuk pengemar aiskrim seperti suamiku, inshaAllah 1 puff ni cukup mengenyangkan. Bagi diri ku. 1 puff ni tak mampu nak habiskan. Hahah!

Kesimpulannya, kakda salute tuan kedai Hokkaido IceCream Puff sebab ada idea untuk jual aiskrim menarik macam ni. Biasanya kita makan aiskrim dengan roti je kan, nampaknya makan dengan Puff pun sedap juga. Korang semua wajib cuba!

Lokasi: Google Maps – Hokkaido Icecream Puff Kota Bharu.

Hokkaido Ice Cream Puff (Kota Bharu)
Kelantan, Kota Bharu, Bandar Kota Bharu, Jln Kebun Sultan, 4376F, Tingkat Bawah邮政编码: 15350
019-937 3288
https://goo.gl/maps/ryqwe2rqeCyH6vQy6

Previous Post Next Post

You may also like

1 Comment

  • Reply Kak D

    Aduuuh sedapnya tue huhu

    January 31, 2021 at 9:48 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.