Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

KECANTIKAN

Set Kesihatan Shaklee

KESIHATAN

Resepi, Travel, Our Story

MY PRECIOUS LIFE

Kuantan Malaysia

Hotel Apartment Di Kuantan Yang Ada Water Theme Park Budak | PERCUMA

Assalamualaikum buat semua pembaca blog Mamikembar.

Cuti kali ni korang ke mana? Kami sekeluarga baru balik dari bercuti di Kuantan dan menginap secara percuma di Swiss-Garden Residences Resort Beserah, Kuantan Pahang. Kalau diikutkan, kos 1 malam di Swiss-Garden Residences Resort untuk Studio Unit adalah lebih kurang RM260. Tapi kami dapat stay secara percuma!

Nak tahu tak macam mana nak dapatkan penginapan PERCUMA ni?

Jom kakda kongsi. Paling tidak pun, anda tetap layak dapat diskaun sebanyak Rm120!

Hotel Apartment di Pantai Timur Yang Ada Water Park

Jika anda ingin mencari hotel/homestay yang mempunyai kolam renang yang menarik untuk kanak-kanak seperti mempunyai gelongsor dan permainan seperti yang biasanya ada di taman tema air, apa kata tempah 1 unit apartment di Swiss-Garden Residences Resort Beserah.

Resort ini terletak di persisiran pantai Beserah Kuantan sangat cantik dan masih baru. Kebanyakan kemudahan dan unit di sini juga masih baik, baru dan selesa untuk digunakan.

Swiss-Garden Apartment ini sebahagiannya adalah dibawah pengurusan Resort dan sebahagiannya pula dimiliki oleh orang persendirian. Jadi anda boleh saja membuat tempahan melalui aplikasi hotel seperti Agoda, Booking.com dan boleh juga melalui aplikasi homestay Airbnb.

Reviu Apartment / Homestay Unit Studio Puan Nashita.

Untuk stay secara percuma di Swiss-Garden Residences Resort ini, kakda membuat tempahan menggunakan kemudahan kredit Airbnb. 

Sebelum kakda berkongsi tips , kakda nak reviu sedikit homestay yang kakda stay haritu. Mana tahu ianya dapat membantu anda membuat pilihan jika hendak membawa anak-anak ke sana nanti.

Ada banyak pilihan unit yang boleh kita pilih. Setiap unit tak sama. Tergantung kepada tuan rumah nak deco dan sediakan kemudahan apa untuk para tetamunya.

Kakda memilih untuk menginap di unit Studio milik Puan Nashita.

Jom tengok apa yang ada di unit Studio Pn. Nashita. Semua gambar kredit kepada beliau. Kakda tak dapat nak snap sendiri memandangkan bateri fon dah habis ketika tiba di sana.

View dari tingkap bilik tidur.

Kakda memilih untuk menginap di unit Studio Puan Nashita memandangkan unit beliau paling sesuai dengan bajet kami dalam masa yang sama mampu memberikan keselesaan kepada kami sekeluarga (3 dewasa, 4 kanak-kanak berumur 8tahun, 6 tahun, 4 tahun (twins) dan baby).

Masa kami stay disini, katil ni diletakkan di tepi dinding manakala di tepi tingkap ini pula dihamparkan karpet yang agak tebal. Nak tidur atas karpet pun boleh dan agak selesa.

Pemandangan pantai dari unit ni cantik sangat!

Unit ini hanya mempunyai 1 bilik tidur yang mempunyai 1 katil queen. Di ruang tamu disediakan 1 sofa L-Shape (sesuai nak bagi anak-anak tidur) dan 1 tandas. Puan Nashita ada menyediakan 2 tilam extra bersaiz single. Jadi semua orang dapat tidur dengan selesa. Sebenarnya itu sebab utama kakda pilih unit ini.

Anak kakda yang umur 8tahun dan 4 tahun tido atas ni.hehe

Jika anda ingin menyewa di unit yang mempunyai 2 bilik tidur, bayaran semalaman adalah lebih daripada RM300. Rasanya lebih berbaloi tinggal di unit ni.hehe

Tv juga disediakan.

Selain itu Pn Nashita juga turut menyediakan kemudahan lain seperti pinggan, cawan, sudu, peti ais, tv dan microwave.

Air mineral jenama spritzer tong besar disediakan. (tiada dalam gambar)

Beliau turut menyediakan beberapa paket serbuk minuman 3in1 yang diberikan secara percuma kepada penyewa yang menginap di unit beliau.

Meskipun unit ini tiada mesin basuh baju, tempat menyidai pakaian yang disediakan sudah cukup memudahkan kakda untuk mengeringkan pakaian renang anak-anak.

Unit ni paling atas. View pantai sangat cantik dari koridor ni.

Cara Mendapatkan Travel Credit | Penginapan PERCUMA

1.Daftar akaun Airbnb anda disini dan anda layak untuk mendapatkan Travel Credit sebanyak RM120 untuk tempahan pertama kali. Jika anda mendaftar tanpa melalui link ini, anda tidak layak mendapat potongan sebanyak RM120.

2. Untuk mengumpul Travel Credit yang lebih banyak yang boleh digunakan untuk tempahan-tempahan seterusnya, anda perlu kongsikan link Airbnb anda kepada lebih ramai orang di luar sana. Lebih ramai yang mendaftar Airbnb menggunakan link anda, lebih tinggi peluang untuk mengumpul Credit.

3. Mereka yang mendaftar menggunakan link anda pula perlu membuat tempahan bilik/hometstay yang bernilai lebih daripada RM290. Selepas mereka check-out, barulah Airbnb akan mengkreditkan sejumlah wang ke dalam akaun Airbnb anda.

Antara kredit yang kakda berjaya dapat hasil daripada berkongsi link airbnb.

Harga satu malam untuk tarikh yang kakda pilih di unit Pn Nashita ialah Rm230 (harga semalaman berubah-ubah mengikut permintaan semasa), jumlah yang perlu dibayar termasuk servis caj adalah sebanyak RM260. Alhamdulillah kakda tak keluarkan wang tunai walau 1 sen pun. Kakda hanya menggunakan Travel Credit yang diberikan oleh Airbnb.

Balance kredit kakda tinggal Rm70.

Daftar akaun Airbnb anda hari ini juga! Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan kredit secara percuma sebanyak RM120. 

Sedikit tips untuk anda yang sudah pernah menggunakan kredit percuma RM120, untuk mendapatkan lagi sekali kredit ini, anda hanya perlu mendaftar menggunakan email yang baru. Dan daftarkan akaun baru anda itu dibawah akaun sedia ada anda. Anda akan mendapat pulangan berganda. RM120 untuk akaun baru dan Kredit sebanyak RM55 untuk akaun sedia ada.

Boleh lah anda bercuti lagi lepas ni! Seronok kan? ^_^

 

 

Previous Post Next Post

Leave a comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.