Itinerary Percutian Bajet Dan Backpack Jakarta-Bandung 2016

0

Itinerary Dan Perancangan Percutian Jakarta-Bandung 2016

  • Itinerary Percutian 5D4M
    (RM862/pax termasuk tiket Flight)
  • 5Dewasa 1Kanak-Kanak (2yr)
  • Conversion Rate Oktober 2016: 1Juta Rupiah = RM321

Perbelanjaan Yang Terlibat:

1. Tiket AA Promo (Kl-Jakarta, Bandung-KL) = RM200/pax

2. Upah Supir sepanjang 5h4m dari Jakarta hingga Bandung (Suzuki APV 7seater) termasuk tiket masuk ke FarmHouse dan Floating Market = RM176/pax

3. Hotel Residence 100 Jakarta (5 minit jalan kaki dari Grand Indonesia Mall) = Rm299.43/1 malam untuk 3 bilik. Setiap bilik adalah katil queen. (RM99.81/1 malam/ 1 bilik)

4. Hotel Vio Cihampelas Bandung (anggaran 5minit jalan kaki ke Cihampelas Walk Mall)= Rm874.93/ 3malam untuk 3bilik katil queen. (RM97.20/1 malam/1 bilik)

5. Duit Makan kutip Rm200/pax. ChaCha tak kutip sebab dia masih kecik. (ada baki lagi, kami order nasi dalam flight balik KL)

Farmhouse

6. Tiket ke TransStudio Bandung = IDR160.000/pax (cabut dari duit makan) lebih kurang Rm51.36/pax
(Semua umur harga sama)

7. Duit Shopping masing-masing.

8. Tak beli simkad. Online guna Wifi Hotel je.

Anggaran Kos Untuk Sorang = RM862 

Day 1:

  • KB-KL, KL-Jakarta
  • Makan Iga Bakar di Ganthari Blok M
  • Grand Indonesia Mall
  • Cek in Hotel Residence 100 Jakarta

Day 2:

  • CAR Free Day, Jakarta
  • Pasar Baru
  • Cek in Hotel Vio Cihampelas Bandung
  • Makan malam di Kambing Bakar Cairo Cihampelas

Day 3:

  • FarmHouse
  • Floating Market
  • Toko Tiga
  • Outlet Jalan Riau
  • Restoran Sangrai Jalan Riau (sebelah Heritage Outlet)

Day 4:

  • Trans Studio Bandung (Pagi sampai petang)
  • Shopping Levi’s di Toko Tiga

Day 5:

  • Outlet Cihampelas (sekitar hotel)
  • Kartika Sari
  • Airport

 

Bercuti ke Jakarta Bandung personally kakda rasa lebih sesuai pergi bersama family. Thats why inshaaAllah kakda akan bawak anak-anak, nenek dan tok ma untuk pergi sekali lagi pada November 2018.

Mana tahu boleh pergi ke Ladang Tea dan Strawberry pula? Harapnya masa tu ada tarikan terbaru di bumi Bandung.heeheh

Korang yang baca entry ni, tolong amin kan yaa.. thank youu.hihi

Baca lagi: Percutian Bajet Ke Jakarta-Bandung 5h4m, Part 1

 

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge