Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

YOUTH Skincare

Kongsi Pengalaman Besarkan Anak Kembar

Intai Si Kembar

Pengalaman Travel & Tips Menarik

Kakda Go Travel

Jerawat

Jenis-jenis Jerawat Di Muka Dan Cara Untuk Mengatasinya

Kenali Jenis Jerawat Di Muka Agar Mudah Nak Hilangkannya.

Jerawat merupakan sejenis penyakit kulit yang biasanya tumbuh di muka. Ia sangat menganggu imej dan membuatkan si empunya diri berasa tidak yakin untuk keluar rumah dan berhadapan dengan orang ramai.

Antara jenis jerawat yang biasa kita dengar adalah seperti jerawat batu, jerawat pasir dan jerawat period.

Kali ni kakda nak share ada beberapa jenis lagi jerawat yang kita perlu tahu. Jadi kita dapat mengambil langkah yang sepatutnya untuk atasi masalah jerawat masing-masing.

Jerawat Pasir

Jerawat Pasir semua orang pernah ada.

Jerawat jenis ini mudah dikenali kerana ciri-cirinya yang berbentuk kecil dan berwarna putih kemerahan.

Jerawat ini tumbuh disebabkan masalah liang pori-pori kulit tersumbat dan berlaku jangkitan bakteria. Bakteria jerawat ini sebenarnya memang tinggal di kilang kalenjar kulit (sebaceous gland) kita.

Sekiranya jerawat ini tidak ‘dikacau’ oleh jari-jermari kita, biasanya ia tidak akan membengkak, mudah untuk hilang dan tidak meninggalkan parut.

Cara paling mudah untuk mengelakkan jerawat pasir antaranya adalah dengan konsiten mengamalkan pengambilan vitamin c setiap hari.

Jerawat Batu

Jerawat Batu mempunyai saiz yang besar.

Biasanya ia berwarna merah dan bernanah yang menunjukkan tanda-tanda keradangan kulit yang teruk.

Jerawat batu juga dikenali sebagai Cystic Acne biasanya sukar untuk diatasi berbanding jerawat pasir kerana ia berpunca daripada penghasilan minyak yang terlalu banyak oleh kelenjar minyak dan juga terdapat pertumbuhan sel yang tidak normal di bahagian itu.

Jerawat batu akan meninggalkan parut yang sukar untuk dihilangkan. Dan permukaan kulit muka bekas jerawat batu biasanya akan berlekuk.

Cara Kecutkan Jerawat Batu Sepantas 3 Hari

Namun jika konsisten mengambil kolagen, keadaan kulit yang berlekuk itu tadi masih boleh dipulihkan. Ini kerana kolagen merupakan nutrisi yang bertindak untuk mengekalkan struktur dan keanjalan kulit.

Untuk mengatasi masalah jerawat batu, kakda cadangkan untuk mengambil GLA Complex, Vita C Plus dan Garlic Complex. Baca lebih lanjut mengenai Set Premium Atasi Jerawat Batu.

Whitehead Dan Blackhead

Apa beza whitehead dan blackhead kakda dah pernah sentuh sebelum ini disini.

Sebenarnya dua benda ni adalah sama. Yang membezakannya adalah keadaan liang pori tempat dimana ia berlaku.

Jika liang pori yang tersumbat itu adalah jenis tertutup, ia akan membentuk whitehead. Jika liang pori jenis terbuka, ia akan membentuk blackhead.

Sebab utama whitehead adalah disebabkan liang pori tersumbat disebabkan produk kosmetik.

Sebab utama blackhead pula adalah disebabkan liang pori tersumbat dengan kotoran. Sebab itulah biasanya blackhead lebih banyak dialami oleh kaum lelaki. Sebab kaum lelaki jarang yang menggunakan pencuci muka.hehe

Meskipun kakda kata punca utama whitehead dan blackhead ni daripada faktor luaran, sebenarnya ia juga boleh saja berpunca daripada faktor dalamanBaca lebih lanjut disini.

Jerawat Hormon

Jerawat Hormon biasanya dialami oleh golongan remaja yang sedang dalam fasa menjadi dewasa.

Jerawat hormon adalah disebabkan oleh hormon yang tidak stabil. Ia juga kadang-kadang menyerang orang dewasa terutama ketika didatangi haid dan ada juga ketika hamil.

Untuk mengatasi jerawat yang disebabkan oleh hormon, kakda galakkan anda untuk mengambil GLA Complex dan Vita C Plus.

GLA Complex akan membantu untuk menstabilkan hormon didalam badan manakala Vita C Plus akan membekalkan nutrisi dan rintangan terhadap jangkitan bakteria. Klik untuk mengetahui bagaimana Set Jerawat Student bertindak mengatasi jerawat sebelum Order.

Baca lebih lanjut bagaimana GLA Complex bertindak untuk membantu menghilangkan jerawat disebabkan hormon tak seimbang disini.

 

 

 

Previous Post Next Post

You may also like

Leave a comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

WhatsApp chat