Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

KECANTIKAN

Set Kesihatan Shaklee

KESIHATAN

Resepi, Travel, Our Story

MY PRECIOUS LIFE

SR Vita-C Plus

Kawal Gula Dan Turunkan Tekanan Darah Tinggi| Hanya 2 Biji Vita-C Sehari

Anda penghidap Diabetes? Tahukah anda, dengan mengamalkan pengambilan suplemen vitamin c 500mg sebanyak 2 biji sehari, ia mampu membantu mengawal paras glukosa didalam darah anda dan dapat mencegah komplikasi penyakit diabetes yang lain.

Malah dengan mengambil 1000mg sehari Vitamin C juga dapat membantu membalikkan masalah rintangan insulin yang menjadi punca kepada diabetes jenis 2.

Apa Itu Penyakit Diabetes?

Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga.

Menurut portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.

Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi. (baca lebih lanjut mengenai diabetes disini…)

Bagaimana Vitamin C Bertindak Menurunkan Gula Dalam Darah?

Vitamin C adalah suplemen atau bahan anti oksida yang kuat yang berfungsi untuk melawan radikal bebas. Di dalam tubuh pesakit diabetes, paras radikal bebas adalah tinggi.

Jika pesakit Diabetes mengambil suplemen vitamin C sebanyak 1000mg sehari (iaitu 10kali ganda daripada kadar yang RDA sarankan) ia mampu melawan paras radikal bebas yang tinggi didalam tubuh mereka. Kesannya, paras glukosa dalam darah menurun.

Menurut kajian yang dilaporkan oleh Deakin University, pengambilan suplemen vitamin c dengan dos 500mg dua kali sehari (total 1000mg sehari) dapat membantu menurunkan paras glukosa darah pesakit diabetes jenis 2 sepanjang hari. Ia juga dapat mengurangkan pemuncakan glukosa darah selepas makan.

Selain menurunkan gula dalam darah, menurut kajian, pengambilan suplemen vitamin c sebanyak 1000mg sehari juga membantu menurunkan paras tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (Kajian secara ‘randomised cross-over study’ diterbitkan dalam Journal Diabetes, Obesity dan Metabolism tahun 2019. Kajian ini mendapat geran daripada Diabetes Australia Research Trust)

Info yang sangat bermanfaat ini telah dikongsikan sendiri oleh Dr Norman Norawi di status Facebook beliau.

Cara Memilih Vitamin C Terbaik

Amalkan mengambil suplemen vitamin c 500mg dua kali sehari untuk mendapatkan faedah daripada suplemen ini. Vitamin C jenama Shaklee merupakan salah satu jenama vitamin c yang bagus, halal dan terbukti sangat berkesan. 1 biji vitamin c shaklee bersamaan 500mg.

Antara ciri-ciri vitamin C yang baik adalah;

  • Organik dan semulajadi (bukan sintetik/buatan)
  • Tidak memedihkan perut khasnya buat penghidap gastrik. (Bukan dari sumber oren)
  • Mempunyai teknologi ‘Sustained Release’ pelepasan berperingkat kerana vitamin c adalah kategori vitamin ‘Mudah Larut Air’. Maksudnya, belum pun sempat kesemua 500mg habis digunakan oleh tubuh, ia sudah pun dikeluarkan melalui perkumuhan (kencing/peluh).
  • Diperkaya dengan Bioflavonoid untuk meningkatkan lagi fungsi serta keberkesanannya.

Ubat-ubatan Jangan Ditinggalkan

Penjagaan standard yang diterapkan oleh hospital untuk mengawal penyakit diabetes adalah seperti pesakit perlu membuat aktiviti fizikal, menjaga pemakanan yang baik dan pemberian ubat-ubatan anti diabetes. Namun banyak pesakit yang masih gagal untuk mengawal paras glukosa mereka dengan baik.

Jadi penemuan kajian ini menjadi satu bukti bahawa pengambilan vitamin c adalah salah satu kaedah yang mudah, murah dan efektif sebagai rawatan tambahan untuk merawat diabetes dan menambah baik kawalan paras glukosa didalam darah pesakit.

Meskipun pengambilan vitamin C sangat bagus untuk pesakit Diabetes, namun jangan sekali-kali meninggalkan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor kepada anda. Jangan menggantikan ubat dengan suplemen vitamin c. Vitamin C hanyalah suplemen tambahan untuk membantu mengawal glukosa dengan lebih baik lagi.

Untuk mendapatkan Vitamin C jenama Shaklee, anda boleh menghubungi saya dengan menekan logo WhatsApp di tepi skrin fon anda. Atau boleh juga melalui aplikasi Whatsapp dengan menekan link ini : Order Vitamin C Shaklee.

Previous Post Next Post

2 Comments

  • Reply Aimie

    Nice sharing, sukaa info nie 🙂

    July 5, 2019 at 3:43 am
    • Reply KakDa

      Thank you Aimie. Semoga bermanfaat.

      July 16, 2019 at 1:18 am

    Leave a Reply

    CommentLuv badge

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.