8 Kebaikan Nutriferon Shaklee Sebagai Vitamin Untuk Tingkatkan Antibodi

0

Nutriferon Penemuan Terhebat Dalam Bidang Immunologi

Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954.

Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr. Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi di dunia (Nutriferon).

Dia telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago, mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.

Formula yang digunakannya adalah semulajadi, selamat, tulen dan berkesan. Penemuan dan rekaannya telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi.

Nutriferon adalah satu Formula Eksklusif dan dipaten oleh Shaklee dan tidak dijual dikedai-kedai biasa. Ianya hanya boleh didapati melalui Shaklee.

Di dalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hydrophobia (penyakit anjing gila), herpes dan HIV dll.

Tambahanpula, ia telah terbukti bahawa interferon amat berkesan untuk melindungi kita dari jangkitan influenza dan berbagai jenis penyakit.

8 Manfaat Utama Nutriferon:

Mengukuhkan Sistem Imun dalam masa 3 hari- ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian-kajian telah menunjukan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh: T-cells, B-cells dan makrofag.

– Melawan Kanser & Tumor – interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor & kanser. Selain dari itu ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi.

– Melindungi dari Influenza – ia mengimbangi kepada respon alergi persekitarandan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selesema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.

– Meringankan Stress & Kelesuan – meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.

– Melambatkan Penuaan – formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Justeru itu sel-sel akan menjadi lebih sihat.

– Mengurangkan Infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C – keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan seperti kembung perut, rasa mual, muntah dll kepada pesakit-pesakit Hepatitis B & C.

– Mempertingkatkan Menopaus – Hypertensi, tahap kolesterol yang tinggi, kitaran darah, dan masalah lain berkaitan menopaus akan menjadi lebih baik.

– Mempertingkatkan PMS – terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing.

Dari mana datangnya Virus, Kuman dan Mikrob?

Kita sentiasa terdedah kepada beribu jenis mikrob melalui pernafasan (hawa-dingin, gas buangan, asap, virus diudara, habuk), berjabat tangan, sentuhan dengan objek (perabot, habuk hama pada selimut, pengangkutan awam, peluh, air), makanan, latihan fizikal, persekitaran kerja dll.

 

Bagaimana Mikrob menjejaskan kita?

Apabila banyak kuman dan mikrob menyerang kita pada sesuatu masa, terutama sekali apabila tubuh kita kekurangan interferon dan sel-sel imun, kita akan cepat keletihan, stress, terganggu tidur atau dijangkiti flu, batuk, alergi, asma, eczema, jerawat dll. Sel-sel yang teroksidasi dan tidak sihat membentuk lebih banyak radikal bebas yang seterusnya mengakibatkan penyakit degenerative, penyakit kronik, kanser dll.

 

Kadar penambahbaikan sistem imun biologi aktif yang dirangsang oleh pelbagai Polysakarida

Cadangan:

Untuk pemeliharaan kesihatan : 1 paket sehari (tuang ke dalam mulut terus atau campur dengan minuman panas atau sejuk pada bila-bila masa)

Sewaktu rawatan influenza dan kanser : 2-3 paket sehari. Lebih baik apabila diambil bersama Vitamin C.

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge