Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

Masalah Kulit

Health is Wealth

Info Sihat

Dont's wait for opportunity. Create it.

Kakda Go Travel

SANTAI

Kedai Bunga Perhiasan Yang Murah Di Kota Bharu Sesuai Untuk Mereka Yang Kurang Bajet Tapi Nak Rumah Cantik

Kat Mana Nak Beli Bunga Perhiasan Di Kota Bharu – Murah Dan Cantik

Assalamualaikum kawan-kawan.

Sejak ada rumah sendiri ni kakda ada hobi baru. Apa lagi kalau bukan gubah bunga!hehe

Walaupun kakda ni orang kata tak berapa ada bakat nak deco-deco, tapi rasa nak menghias rumah tu tetap ada. well kakda kan perempuan.

Perempuan mestilah suka nak cantik-cantik kan.

Bukan kulit muka je nak cantik, kalau boleh rumah, sofa, kain langsir, karpet, meja kopi, side table, kufi, haaa apa lagi?apa lagi? Hahah..semua lah pendek kata. Semua benda nak cantik. Kan?

MegaLace Kota Bharu berdekatan Nagoya.

Jadi untuk raya kali ni, kakda dengan rasa beriya dan terujanya telah mengajak suami kakda ke Kota Bharu dengan harapan dapat jumpa bunga hiasan yang murah, cantik berwarna hijau dan putih.

Tapi kakda tak tau nak beli kat mana. Jadi kakda pun kol lah mak mertua kesayangan. Tanya ma kat mana boleh beli bunga murah-murah.

Ma kata try cari kat Megalace dekat Nagoya Kota Bharu.

Jadi kakda pun pergi lah ke MegaLace ditemani satu-satunya anak dara kakda. Budak comel dan putih bernama Nuur.

Masuk je kedai tu baru kakda perasan kedai MegaLace ni adalah kedai menjual barang untuk hantaran perkahwinan. Ada juga bunga-bunga yang sudah siap digubah dan yang masih diletakkan berlonggok dalam bekas.

Tanpa berlengah-lengah kakda pun buat-buat pandai pilih bunga.

Tapi kan mak aiiihhh.. punya lah konfius!!hahah.. nak pilih bunga apa ni. Nak gubah macam mana ni. Nak gabung bunga kaler apa ni.. huhu.. blurr kakda uols!kesian kan? First timer lah katakan.hahah

Maka pusing lah kakda beberapa kali tak tau nak pilih bunga apa. Mujur lah ada Nuur tempat minta pendapat. I dont care walaupun ianya hanyalah pandangan budak umur 5 tahun!haha

Dipendekkan cerita, kakda berjaya beli bunga dengan total kerugian lebih kurang RM70.

1 bekas kaca yang agak tinggi dan 2 gugus bunga.

Bekas = RM30

1 gugus bunga = RM19.90 (mohon darab 2 sebab kakda beli 2 gugus)

Bagi kakda MAHAL! hahah..

Kaison AEON Lembah Sireh Bunga Cantik Dan Murah.

Tiba-tiba teringat kat kedai KAISON. Mak kakda kalau nak shopping bunga, shopping kat Kaison 1Borneo. Mak kata murah.

Bekas kaca RM8.90

Bunga ni RM5.90 seikat.

Bunga putih peach ni RM6.90

Total kerugian RM40.40

Kenapa lah sebelum ni tak terfikir langsung nak pergi direct kat AEON.huhu

Jadi hari Rabu baru ni kakda pun pergi lah shopping ditemani Yusuff dan Nuur.

Suami kakda drop saja. alhamdulillah.. suka tau bila suami drop je macam tu.

Itu maksudnya kakda boleh belek-belek bunga, belek buku dengan bahagia sekali tanpa ditanya ‘tak siap lagi kaa mama?’ 😂

Lama kakda shopping. Berjaya lah juga beli 2 bunga. 1 kaler putih + hijau dan satu lagi bunga lavender.

Bekas diamond RM6.90

4 gugus bunga lavender yang ada daun hijau. RM2.50/segugus

Segugus bunga lavender tanpa daun. RM4.50

Harga bunga hanya RM21.40

 

Murah je uolss.

Dua bunga tu dalam RM61.80. Bestt! kakda puas hati!hehe

Jadi kalau ada kawan-kawan nak beli bunga sempena raya ni, masuk lah kedai Kaison. Bantal sofa nya pun murah, cantik dan banyak pilihan.

Lainkali nak beli lagi bunga. Tapi tunggulah raya tahun depan pulak.haha❤

Previous Post Next Post

You may also like

12 Comments

  • Reply Collen

    cantiknya bunga² tu… Kalau sy, nak mengubah bunga pun tak reti 😁😁..
    Memang tak ada bakat langsung ni 😅😅

    June 19, 2017 at 8:14 am
    • Reply KakDa

      haha.. macam tu lah perasaan saya masa mula-mula nak pilih bunga. Blurr yang amat.hehe
      Tapi once dah pergi, mesti automatik jadi kreatif tu.hehe

      June 20, 2017 at 11:09 pm
  • Reply sueanna

    Wah cantik2nya bunga tu..

    June 19, 2017 at 8:20 am
    • Reply KakDa

      sila shopping bunga jugak!hehe

      June 20, 2017 at 11:10 pm
  • Reply Wahidah Haron

    Saya pun aim kaison 1b ni. Tapi nantilah. Rumah pun belum lagi siap. Haha

    June 19, 2017 at 12:43 pm
    • Reply KakDa

      haha.. mesti tak sabar kan?

      June 20, 2017 at 11:10 pm
  • Reply Mezra

    Wah..semua cantik2.. Pandai kakda pilih bunga-bungaan 😉

    June 19, 2017 at 9:32 pm
    • Reply KakDa

      adudu..sayang ku.
      Bunga di Kaison tu yang cantik. kakda tinggal pilih je mana yang bekenan di hati.haha

      June 20, 2017 at 11:11 pm
  • Reply Nija

    Terus rasa mau beli bunga juga 😍

    June 19, 2017 at 10:14 pm
    • Reply KakDa

      hahha.. terjangkit sudah!

      June 20, 2017 at 11:12 pm
  • Reply AyuRosman

    Murah sangat ni. kalau kelantan ada di selangor pun mesti ada kan. mesti kene cari ni, bleh hias-hias rumah baru nanti.. 🙂

    June 19, 2017 at 11:44 pm
    • Reply KakDa

      Bumi Selangor tu konfem ada yunk!hahha
      Sila shopping. Raya tinggal beberapa hari je lagi nih.

      June 20, 2017 at 11:13 pm

    Leave a Reply