Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

YOUTH Skincare

Kongsi Pengalaman Besarkan Anak Kembar

Intai Si Kembar

Pengalaman Travel & Tips Menarik

Kakda Go Travel

Hal Anak Kakda SANTAI

Kedai Jual Baju Sekolah Murah Di Kota Bharu 2017

Beli Baju Ketua Kelas Warna Purple

*Assalamualaikum kepada semua warga Kota Bharu yang nak cari baju sekolah.

Maaf ya.
Saya tak jual baju.

Entry ni saya tulis tujuannya nak bagitau nama kedai baju yang saya pergi.

Mohon baca sampai habis.hehe..
Ada nama kedai saya tulis kat bawah.*

Hari ini misi mencari baju untuk Ketua Kelas warna ungu dan beg sekolah Yusuff.

Kasut dah beli kat Tesco Kota Bharu awal bulan 12 lagi. Untuk 2018, Yusuff kata nak pakai kasut hitam.

Kakda sebenarnya tak tahu, rupa-rupanya budak sekolah zaman sekarang (merujuk kepada: SK Kota Jembal, Kedai Lalat) dah pakai kasut hitam ke sekolah.

Memandangkan tahun lepas kami pertama kali menghantar anak ke sekolah rendah, so memang taktahu gapo skaro hal berkaitan warna kasut. Maka beli lah kasut putih.

Majoriti anak-anak yang berkasut putih adalah anak first time parents yang baru berjinak-jinak dengan alam sekolah rendah.haha

Obvious sangat tau! haha! (whatever!!)

Kedai Jual Baju Sekolah Murah Di Kota Bharu Kelantan

Info yang kakda nak share harini sebenarnya adalah pasal kedai kat mana nak beli baju sekolah yang murah di Kota Bharu.

Tahun lepas, kisah baju sekolah kami agak sadis.

Kami beli baju putih di AEON Kota Bharu sebanyak 2 helai.

Start hari persekolahan, selang beberapa hari Yusuff bagitau cikgu suruh beli baju warna purple. (Sudohh!!) Katanya dia telah dilantik menjadi Ketua Kelas. (Kerlass kau nak!haha)

Jadi dengan rasa geram bercampur eksaited, kami pun cari lah baju baru untuk Yusuff. Baju berlengan panjang berwarna ungu untuk jawatan Ketua Kelas.

Kami beli baju di kedai ni. Baju lengan panjang warna ungu, material kain licin jenama HAYS Kent Collection berharga RM20+. Suami kakda kata RM28. Tapi sebenarnya kami berdua ‘ingat-ingat lupa’.haha

Baju putih yang sudah dibeli sebelum tu, berharga lebih kurang RM80 untuk 2 helai itu, ku gantung dengan baik di dalam almari. Dengan harapan, bila si kembar naik darjah 1 which is pada tahun 2021 nanti, baju tu tak bertukar menjadi kuning.huhu

Dipendekkan cerita, petang tadi kami tidak bercadang untuk ke kedai ini lagi. Sebab ia jauh di dalam bandar.

Kedai yang kami tujui pada hari ini adalah kedai menjual pakaian sekolah di depan Kompleks Sukan Panji.

Sewaktu turun kereta, kakda tertarik melihat satu beg kecil yang bergantung. Dalam hati tiba-tiba teringat si kembar yang juga bakal memulakan sesi tadika di Tadika Aulad Pintar bermula Isnin nanti.

Terdapat tag harga di beg kecil itu. RM22. Mahal! Detik hati kecilku. (amboii.. versi novel pulok dohh.haha)

Namun ku layankan saja kaki ku berjalan masuk hingga ke dalam kedai. Lalu adik manis menyapa.

“Kak, nok cari gapo?”

“Baju kaler pepel untuk ketua kelas ado?”

Lepas je jawab pertanyaan sopan adik manis tadi, kakda mengekori dia dari belakang sampailah berhenti di satu rak baju.

Try test baju sebiji sama jenama dan juga material macam baju Yusuff masa darjah 1 dulu, pastu kakda pun tanya harga.

“Berapo ni dik?”

“RM38+..”

Perghhhh!! Mahal tu bah!

“Takpo lah dik. Nanti nak try tengok-tengok dulu deh.”

Terus kami blah.hahah! (Terkejut ler tu dengar harga. huhu)

So, kami pun dengan segera menuju ke Kota Bharu. Nak p kedai beli baju haritu. Kedai Perdagangan Yong Fatt. 

Dalam beberapa minit jah dah sampai sebab Kota Bharu kalau jumaat memang tak jem.

Parking kereta mmolek, tubik dan tiba-tiba terperasan ada satu lagi kedai jual baju sekolah depan kedai Perdagangan Yong Fatt. Nama kedai tu kedai Bob Shop.

Memandangkan kereta kami lebih dekat dengan Bob Shop yang ownernya Melayu ni, jadi kami pun decide untuk intai kedai ni dulu.

Alhamdulillah, langkah kanan. Murahh baju dia jual.

Yusuff kata kali ni nak cuba pakai jenis cotton. Harga baju purple (baju ketua kelas) jenama yang sama HAYS Kent Collection hanya RM18!. Senyum lebar kakda!haha

Kalau kain licin mahal sikit dalam RM3 jadi agaknya dalam RM21 je lah. Murah kan?hahah.

Jadi kawan-kawan semua, p lah serbu kedai Bob Shop ni kalau nak cari baju sekolah anak yang harga murah.haha

Sekian perkongsian kakda. Nak bagitau pasal kedai murah ni jah benar! Kalau ada kedai yang lagi murah, boleh bagitau kakda. Tahun depan kakda g intai. heheh

Anda juga mungkin meminati:

6 Pilihan Tempat Bersalin Swasta Di Kota Bharu

Kidzoona AEON Mall Kota Bharu, Indoor Playground Untuk Anak-Anak Bersuka Ria Semasa Cuti.

Previous Post Next Post

You may also like

Leave a comment

Leave a Reply

CommentLuv badge